KECEMERLANGAN DIRI MELALUI KEKUATAN MINDA DAN KEBIJAKSANAAN DALAMAN (Mind Power and Internal Intelligence) - Master Izham Nayan - Kandungan _____________________ Mukasurat KEMPEN BERHENTI MEROKOK 1 1. Bahaya Merokok 3 2. Pembaziran Kewangan Akibat Merokok 12 3. Statistik 16 4. Dakyah Industri Tembakau 20 5. Fatwa Tentang Merokok 21 6. Kekuatan Fikiran Atau Minda 25 7. Apa Itu Tenaga Dalam 31 8. Chakra 34 9. Isyarat Ghaib Di Tubuh 45 10. Mengenal Diri 51 11. Tenaga 54 12 Syarat-syarat Untuk Mendatangkan Kesaktian Ghaib 63 13. Latihan Metafizik 68 14. Konsentrasi Mata 73 15. Magnetisma 77 16. Telepati 78 17. Pernafasan Daya Tahan Penyakit 83 KEMPEN BERHENTI MEROKOK 2 Pendedahan Pembaziran Rokok Secara Am dan Bahaya Merokok Kepada Kesihatan NIKOTIN Bahan psikoaktif, -mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu-tisu saraf dan sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah Kesan nikotin - rasa khayal serta 'ringan' pada mulanya, akibat rangsangan reseptor di saraf otak Lebih kurang 4,000 bahan racun lain telah dikenal pasti dan antaranya disahkan boleh menyebabkan kanser. Kesan dadah nikotin pada otak. Tolerans;- iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau pening yang dirasakan ketika mula-mula merokok. Peratusan perokok yang ketagih kepada dadah nikotin boleh dikaitkan dengan bilangan rokok yang dihisap oleh seseorang itu. Tabiat merokok menghasilkan sekurang-kurangnya dua jenis pergantungan. Pertama pergantungan psikologi atau mental. Kedua pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang itu mengalami ketagihan Ekoran daripada itu, seperti mana dadah-dadah lain, seseorang yang keputusan bekalan rokoknya akan merasa tidak selesa dan menjadi terdesak untuk menghisap rokok, malah ada yang gian. Rasa gian ini timbul kerana tanpa rokok dadah nikotin yang terserap dalam tubuh khususnya dalam darah (khususnya di otak) menjadi semakin rendah dan akhirnya dapat menjejaskan keselesaan seseorang itu. Dan ia menggeletar, rasa cemas, hilang tumpuan maupun kerengsaan. merasa pening, berpeluh ataupun tidak senang diam selagi 'bekalan' nikotin dalam tubuhnya (terutama otak) tidak dapat ditingkatkan semula. Dalam masa tujuh saat setelah menghisap rokok, dadah nikotin akan mula masuk ke otak. Bayangkan setiap batang rokok yang dihisap, anggaran 1 miligram(mg) dadah nikotin terserap ke dalam tubuh, termasuk otak, bersama bahan lain. Menghisap 10 batang rokok akan mengalami kesan tindakan nikotin sepuluh kali ganda dan seterusnya. Lebih banyak rokok dihisap, lebih banyak pula dadah nikotin berkumpul dalam darah tubuh. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 3 Tekanan Untuk mengatasi semua 'tekanan' ini, latihan kawalan minda merupakan satu latihan yang amat berfaedah khususnya untuk mengatasi pergantungan akibat merokok. Ini terbukti kerana semasa berpuasa ramai yang dapat menahan diri daripada merokok. Persoalannya mengapa sebaik saja berbuka puasa ataupun Hari Raya tidak kurang pula yang kembali merokok. Di sini letaknya niat satu proses mental yang boleh mengatasi tabiat merokok. Berpuasa merupakan satu-satunya cara baik. Di sini letaknya soal azam. apa lagi dengan kesedaran bahawa amalan rokok itu sering berlawanan dengan kehendak agama dari segi pembaziran wang dan usia. AMARAN oleh Kerajaan Malaysia: Merokok boleh membahayakan kesihatan. Demikian amaran yang terdapat di kotak-kotak rokok yang dibenarkan penjualannya di Malaysia. Di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, usaha-usaha mencegah perbuatan yang merosakkan kesihatan masih lagi belum dapat dijalankan dengan berkesan. Di Australia, umpamanya, pada sepertiga bahagian hadapan kotak rokok tertera huruf-huruf besar: MEROKOK MEMBUNUH - Amaran Kesihatan Kerajaan. Malah perkataan-perkataan ini lebih besar daripada jenama rokok itu sendiri. Pada bahagian belakang kotak rokok pula tertulis sekali lagi amaran tersebut, yang disusuli penerangan berikut: Di Australia, merokok menyebabkan lebih banyak penyakit dan kematian awal daripada penggunaan dadah-dadah lain. Merokok menyebabkan lebih empat kali ganda kematian daripada yang disebabkan kemalangan jalan raya. Pada bahagian tepi kotak rokok juga dinyatakan: KEMPEN BERHENTI MEROKOK 4 Asap dari setiap rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah; nikotin sejenis dadah beracun dan menyebabkan ketagihan; dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. Demikian, betapa terperinci usaha penyampaian maklumat yang diberikan kepada pengguna yang masih mahu memperjudikan kesihatannya. Penekanan terhadap kebebasan memberi maklumat yang amat berbeza ini menimbulkan satu persoalan yang membingungkan. Adakah nilai nyawa penduduk negara-negara membangun lebih murah daripada negara-negara maju. Dewasa ini ramai yang bercakap tentang rokok atas dasar fakta. Ini yang terbaik. Tetapi tidak kurang pula yang cuba memutarbelitkan kenyataan dan masih ada yang meragui pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya merokok. "Negara juga yang rugi pendapatan lebih 100 juta setahun", ulas jurucakap industri tembakau. "Petani tembakau juga akan merana", bunyi pendapat lain. Bukti kukuh Betulkah belum ada bukti kukuh yang mengaitkan tabiat merokok dengan pelbagai jenis penyakit seperti barah paru-paru dan saluran pernafasan, sakit jantung, ulser perut dan bermacam-macam lagi? Mungkin kita di Malaysia belum yakin tentang kebenaran ini. Tetapi di Amerika Syarikat, kongresnya telah pun menubuhkan Gedung Penjelasan Kebangsaan bagi 'Merokok dan Kesihatan' lebih 30 tahun lalu. Pertubuhan ini dipertanggungjawabkan untuk menilai semua laporan ilmiah tentang kesan merokok terhadap kesihatan. Setiap laporan tahunan yang dikeluarkan menunjukkan bahawa merokok pasti membahayakan kesihatan. Justeru itu, Kongres Amerika tiada pilihan lain dan terpaksa mengeluarkan perintah bahawa mulai 1 November 1970, setiap kotak rokok mesti mempunyai label amaran bahaya merokok. Hari demi hari pelbagai laporan diterbitkan tentang bahaya merokok terhadap sistem-sistem tubuh. Bukan sekadar sistem jantung dan pernafasan yang sering tergugat, malah sistem pencernaan, sistem saraf, sistem penglihatan, sistem darah, sistem ginjal dan sistem pembiakan juga boleh terjejas. Nikotin sememangnya bahan racun dan digunakan sebagai agen pembasmi makhluk perosak. Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin dalam tubuh manusia! KEMPEN BERHENTI MEROKOK 5 Ada teori yang mengatakan pendapatan negara meleset sebanyak 100 juta ringgit setahun jika rakyatnya tidak merokok. Pendapatan ini mungkin datang dari hasil iklan dan pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan, contohnya cukai jualan dan cukai korporat keuntungan syarikat. Ini menguntungkan kerajaan. Bagaimana pula kerugian yang ditanggung? Contohnya, dalam tahun 1990 sahaja perokok Malaysia membakar lebih 1.7 bilion ringgit. Jumlah ini merugikan negara sebab jika jumlah itu dilaburkan ke dalam Amanah Saham Bumiputra, bayangkanlah jumlah pulangan yang akan diperolehi. Bagaimana pula dengan kos rawatan pesakit-pesakit yang menderita akibat merokok. Semuanya ditanggung oleh pihak kerajaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penyebab maut nombor satu di Malaysia sekarang ialah sakit jantung. Justeru itu kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk membangunkan Institut Jantung Negara (IJN) dan pelbagai pusat kesihatan dan hospital lain di seluruh negara. Namun, kebanyakan katil di unit-unit rawatan jantung tidak mencukupi untuk menampung pesakit-pesakit jantung. Sakit jantung yang disebabkan merokok adalah suatu jenis penyakit yang boleh dielakkan. Ramai juga pesakit jantung yang tidak diberi pilihan. Ini termasuk kanak-kanak kecil yang dilahirkan dengan jantung yang bermasalah. Alangkah tidak adilnya jika perokok yang sememangnya memilih untuk menderita sakit jantung terpaksa menggunakan katil-katil yang diperlukan oleh mereka yang tiada pilihan sakit jantung? Itu soalan etika, yang pening tentunya pakar perubatan. Itu pun belum menyentuh pelbagai penyakit lain. Tempoh penderitaan seseorang pesakit agak lama. Ubat-ubatan yang diperlukan mahal sekali. Kos rawatan dan penjagaan memang besar. Memerlukan Tidak hairanlah Kementerian Kesihatan sentiasa memerlukan peruntukan kewangan yang besar setiap tahun. Bagaimana pula rakyat Malaysia yang mati dalam usia yang masih muda? Tidakkah ini merugikan negara? Produktiviti individu sukar dinilai tetapi negara memang kekurangan pekerja. Ini dikira kos habis. Bagaimana dengan nasib anak-anak perokok yang ditinggalkan? Namun yang pasti, masalah rokok bukan masalah fakta atau falasi, bukan juga masalah halal atau haram, tetapi sebenarnya percaturan untung rugi kewangan. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 6 Walaupun sejak empat (4) dekad yang lalu gejala-gejala merokok sudah diketahui umum, namun ramai di antara ahli masyarakat masih samarsamar tentang hakikat tersebut. Ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti industri tembakau yang begitu pesat menonjol keghairahan merokok sebagai satu gaya hidup yang berjaya dan sekaligus dapat menarik banyak langganan di kalangan orang dewasa dan kebelakangan ini anak-anak remaja serta golongan wanita. Akhirnya tabiat merokok menjadi satu perkara yang begitu lumrah di dalam masyarakat kita sehinggalah hari ini. Sungguhpun dalam jangkamasa yang sama, berbagai bukti saintifik telah dapat dikumpulkan, tetapi ianya tidak tersebar luas untuk mengubah budaya merokok di kalangan masyarakat. Malah para penggubal dasar sendiri tidak menampakkan kesungguhan untuk bertindak mengurangkan tabiat merokok berasaskan kepada bukti-bukti tersebut. Akibatnya pada pertengahan abad ke-20 di negara-negara maju sahaja, produk-produk tembakau telah membunuh lebih daripada 60 juta manusia. Lebih ramai lagi nyawa terkorban jika diambilkira negara membangun yang lain termasuklah negara Malaysia. Kecenderungan ini diramalkan akan berterusan tanpa sebarang tindakan yang berkesan diambil. Adalah dianggarkan bahawa dalam masa tiga (3) dekad lagi lebih kurang 10 juta manusia akan mati setiap tahun akibat produk-produk tembakau dan 70% daripada kematian ini berlaku di negara-negara membangun. Mengikut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. H. Nakajima, kematian yang sia-sia ini bolehlah dianggap sebagai satu keadaan kecemasan pada peringkat global dan ianya berkehendakkan kepada satu tindakan yang bukan sahaja berkesan tetapi pada kadar yang amat segera sekali. Ini bermakna tidak seorang pun yang terkecuali dalam mengambil langkah untuk menghentikan budaya merokok ini di kalangan masyarakat. Gandingan bahu di antara individu, organisasi dan masyarakat umumnya amatlah diperlukan sekiranya hasrat untuk mencapai sebuah dunia yang bebas tembakau ingin dijayakan. Oleh yang demikian, tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada kali ini amat bererti sekali kepada kita semua. Sayugia dinyatakan bahawa menangani masalah tembakau bukannya satu perkara yang mudah. Ini memandangkan bahawa industri tembakau itu sendiri mempunyai wang ringgit dan pengaruh yang amat besar kepada banyak kerajaan dan penggubal-penggubal dasar, khususnya di negara-negara membangun. Mereka membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menaja dan mengiklankan barang-barang jenama tembakau secara terang-terangan dan cuba mendapat satu imej positif daripada aktivitiaktiviti tersebut. Keadaan ini mengelirukan lagi fahaman umum tentang bahaya merokok. Oleh itu tidak hairanlah misalnya aktiviti sukan di negara ini masih ditaja oleh syarikat-syarikat tembakau dengan hasrat membentuk satu pengaruh bahawa merokok itu sealiran dengan aktivitiaktiviti bersukan. Sedangkan gabungan kedua-dua aktiviti ini sebenarnya amatlah bertentangan antara satu sama lain: merokok memusnahkan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 7 kesihatan, bersukan membina kesihatan. Perkara ini telah ditekankan dengan jelasnya pada Hari Tanpa Tembakau Sedunia tahun lalu yang bertemakan "Sukan dan Kebudayaan Tanpa Tembakau", tetapi kesannya di Malaysia tidak ketara. Dalam hal ini, Pusat Racun Negara mengambil pertimbangan yang agak berat dan sedia bergabung dengan mana-mana pihak untuk menjayakan matlamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Ia memerlukan perkongsian tanggungjawab. Salah satu aktiviti utama yang akan dianjurkan oleh PRN adalah Telekempen Anti-Merokok yang akan dilaksanakan mulai 1 Mei 1997 ini untuk sebulan sehinggalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei 1997. Tujuan telekempen ini adalah untuk membantu merekamereka yang merokok berhenti daripada tabiat yang sia-sia ini. Perokok ataupun mereka-mereka yang berminat bolehlah menelefon PRN melalui talian 800-8099 pada waktu pejabat. Selain daripada itu, maklumatmaklumat lanjut disediakan melalui Laman Internet PRN http://prn.usm.my. Kearah Kawalan Tembakau yang Komprehensif: Satu Perkongsian Tanggungjawab "Saya katakan kepada mereka yang membuat dan memasarkan rokok: setiap tahun 1 juta kanak-kanak mula merokok, walaupun ianya menyalahi undang-undang, 300 ribu daripada mereka akan mempunyai kehidupan yang agak pendek akibat daripada itu. Pentadbiran kami telah mengambil langkah untuk memberhentikan kempen pasaran bahanbahan yang menarik perhatian anak-anak kita". - Presiden Bill Clinton (Tentang Kawalan Merokok) Kos akibat merokok kepada masyarakat adalah agak ketara dan memerlukan perhatian daripada semua sektor. Wabak tembakau semestinya merupakan satu masalah kesihatan, malah lebih daripada itu. Satu kajian oleh seorang pakar ekonomi Bank Dunia menganggarkan bahawa pengguna tembakau menyebabkan kerugian global sebanyak US 200 bilion (RM 500 bilion) setahun. Separuh daripada kerugian ini berlaku di negara-negara membangun. Kos ini meliputi perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tembakau secara langsung, ponteng kerja, kerugian akibat kebakaran, pengurangan produktiviti dan juga kehilangan pendapatan akibat daripada hilang upaya. Terdapat juga kos-kos lain yang agak tinggi, walaupun ianya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun pembaziran tetap nyata berlaku. Ini termasuklah penurunan kualiti hidup bukan sahaja bagi perokok dan mereka yang terbabit dengan asap rokok secara tidak langsung, tetapi juga kesengsaraan yang dirasakan oleh mereka-mereka yang kehilangan saudara mara dan sahabat handai yang dikasihi. Boleh dikatakan bahawa amat kecil sekali sektor masyarakat yang tidak terjejas akibat daripada tabiat merokok ini. Sungguhpun begitu, bilangan negara di seluruh dunia yang boleh mengakui bahawa mereka benar-benar mengambil satu tindakan antara KEMPEN BERHENTI MEROKOK 8 sektor dalam menggalakkan kesihatan tidaklah besar. Di sesetengah negara, tidak banyak komunikasi di antara Kementerian Kesihatan dan juga sektor-sektor lain. Meskipun begitu, Kementerian Kesihatan pastinya merupakan tunggak utama dalam menganjur dasar-dasar seperti cukai tembakau yang lebih tinggi dan seharusnya menggalakkan agensi-agensi lain untuk berwaspada tentang bahaya menerima pelaburan lumayan daripada syarikat-syarikat trans-nasional untuk mendapatkan pasaran baru. Parlimen pula perlu mendengar daripada semua pihak tentang pentingnya perundangan mengawal tembakau. Satu pimpinan yang jelas daripada beberapa orang Menteri Kanan boleh merupakan kerangka untuk tindakan antara sektor yang berkesan. Contohnya di Lithuania (sebuah negara yang baru sahaja merdeka dari Rusia dalam tahun 1990an), Kabinet sendiri mengistiharkan bahawa ianya bebas tembakau. Inisiatif seperti ini menghantar satu mesej yang penting tentang kawalan tembakau kepada Parlimen, media dan juga masyarakat awam. Tindakan kerajaan dalam mengawal tembakau ternyata amat berbeza berbanding dengan tindakan mereka terhadap isu-isu seperti imunisasi. Sebahagian besar daripada belanjawan yang ada dijana hasil daripada merokok menunjukkan bahawa banyak kerajaan tidak mempunyai komitmen secukupnya untuk mengawal hasilan dan pemasaran tembakau melalui strategi berkesan yang sedia ada, contohnya cukai dan pengharaman pengiklanan. Sesetengah kerajaan mungkin tidak mempunyai inisiatif untuk mengawal penggunaan tembakau kerana mereka tidak dinasihati secukupnya tentang akibat buruk, baik daripada segi kesihatan mahupun pembangunan, dalam ekonomi mereka sendiri. Oleh itu, para penyokong kawalan tembakau mesti menentukan bahawa pegawai-pegawai kerajaan sentiasa dimaklumi dan dinasihati tentang dasar kawalan tembakau yang berkesan. Sumber: Internet http://www.who.ch. Muslihat Syarikat Tembakau Mula Terbongkar Sejak kebelakangan ini, banyak perkara baru yang timbul yang mengaitkan secara langsung kedudukan syarikat-syarikat tembakau khususnya di Amerika Syarikat dalam mengendalikan perniagaan mereka. Malah pada lewat bulan Mac yang lalu, salah sebuah daripada syarikat tersebut, Liggett Group Incorporated, telah membuat pengakuan tentang beberapa hal apabila ia bersetuju untuk menyerahkan di antara lain dokumen-dokumen syarikat untuk diteliti oleh peguam-peguam antimerokok. Dokumen-dokumen ini adalah penting sekali kerana ianya dianggap sulit dan dirahsiakan oleh syarikat tersebut buat hampir 30 tahun lamanya. Namun demikian, isi kandungannya masih berguna kepada pihak yang ingin tahu tentang muslihat pemiagaan rokok di dunia antarabangsa. Pengakuan yang dibuat oleh syarikat Liggett sekali gus membuktikan bahawa dunia perniagaan rokok secara amnya dengan sengaja menyorok beberapa fakta kesihatan yang penting untuk pengetahuan umum, khususnya perokok. Dengan adanya pengakuan seumpama ini, satu KEMPEN BERHENTI MEROKOK 9 perspektif, baru dapat dibentuk dalam usaha kita untuk membasmi tabiat merokok di kalangan masyarakat amnya dan remaja kita khasnya. Berikut adalah di antara pendedahan yang dapat dipetik daripada dokumen-dokumen yang diserahkan oleh syarikat Liggett kepada pihakpihak yang berkuasa di Amerika Syarikat. Muslihat 1: Nikotin dalam tembakau adalah dadah Buat beberapa lama, perkara ini telah disyaki dan turut dibuktikan secara saintifik yang bahan nikotin terkandung di dalam tembakau terdiri daripada sejenis dadah yang boleh menyebabkan ketagihan. Walaupun demikian, hakikat ini tidak langsung mendapat pengiktirafan daripada syarikat-syarikat rokok yang terus mempertahankan bahawa nikotin itu tidak mendatangkan ketagihan. Malah syarikat-syarikat rokok bersepakat dalam menafikan perkara ini baik kepada pihak Kongres Amerika Syarikat sekalipun. Kini jelas terbukti daripada dokumen-dokumen syarikat tersebut bahawa ia telahpun mengenalpasti yang nikotin itu sebenarnya dadah yang boleh mendatangkan ketagihan. Tetapi ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Dengan kata lain, syarikat-syarikat rokok telah memperdayakan orang ramai dalam hal yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Lantas kini, ramai warganegara Amerika Syarikat termasuk lebih daripada 25 kerajaan negeri-negeri sekutu Amerika Syarikat sedang dalam proses menyaman syarikat-syarikat tersebut. Muslihat 2: Rokok dicemar racun makhluk perosak Satu lagi perkara yang jelas daripada dokumen berkenaan adalah daripada aspek keselamatan bahan-bahan tembakau yang pernah digunakan. Ini terbukti daripada pengakuan yang menunjukkan bahawa tembakau rokok ada dicemari oleh bahan racun makhluk perosak seperti DDT, Malathion, Endrin, Champhechlor di antara lainnya. Dokumen dari syarikat Liggett juga mengakui bahawa bahan ini adalah "amat berbahaya". Ini selaras dengan tindakan yang diambil oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat mengharamkan jenis-jenis racun makhluk perosak yang sama. Sekali lagi fakta ini tidak dinyatakan secara terperinci kepada orang ramai khususnya pengguna bahan tembakau, demi menjaga keselamatan dan kesihatan mereka. Malah tembakau yang mengandungi bahan-bahan tersebut terus dijual kepada masyarakat umum. Muslihat 3: Tembakau sumber berbagai penyakit Sepertimana yang kita sedia maklum, tembakau melalui tabiat merokok boleh mendatangkan berbagai kemudaratan kesihatan seperti sakit jantung, kanser, lelah dan sebagainya. Lagi sekali perkara ini sememangnya diketahui oleh syarikat tembakau melalui penyelidikan yang mereka lakukan. Dokumen-dokumen berkaitan dengan hal ini juga KEMPEN BERHENTI MEROKOK 10 telah diperolehi melalui syarikat Liggett. Namun begitu, syarikat-syarikat tembakau sentiasa mempertahankan barang dagangan mereka seolaholah kemudaratan kesihatan yang berkaitan merupakan satu perkara yang kecil. Lantas tidak ada mana-mana syarikat rokok yang secara sukarela menyatakan gejala-gejala buruk merokok baik secara umum apa lagi secara terperinci selagi tidak dipaksa oleh perundangan. Maka keadaan ini menjadi lebih buruk apabila tidak wujud undang-undang kawalan tembakau yang ketat. Bukti-bukti tentang penyakit akibat merokoklah yang menggalakkan ramai perokok menyaman syarikatsyarikat tembakau. Dijangkakan dalam masa 2 tahun ini, lebih banyak kes akan dibicarakan berbanding dengan 40 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa para pengguna umumnya dan para perokok amnya rasa tertipu dengan dakyah yang disebarkan melalui iklan-iklan rokok di merata tempat. Muslihat 4: Remaja menjadi sasaran pemasaran rokok Dengan bertambahnya pasaran rokok khasnya di negara membangun, lebih ramai para remaja kini terlibat dengan tabiat merokok. Walaupun selama ini disyaki beberapa strategi telah digunakan untuk menarik langganan remaja, hal ini terus terbukti melalui catatan-catatan yang terdapat dalam dokumen-dokumen syarikat tembakau. Salah satu daripada dokumen tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa ada rancangan yang digubal oleh syarikat rokok untuk disasarkan kepada remaja berumur 16 tahun. Syarikat rokok mengakui bahawa pada peringkat umur seperti ini, mereka lebih mudah dipengaruhi dengan berbagai daya tarikan yang mendorong tabiat merokok. Syarikat-syarikat rokok juga faham bahawa tabiat yang dipupuk pada peringkat remaja akan berpanjangan sehingga umur mereka lebih lanjut. Tambahan pula nikotin dalam rokok akan menentukan bahawa apabila mereka mula merokok akan terus bergantung dengannya. Ini sekaligus menjamin pasaran rokok yang bukan sahaja stabil tetapi terus berkembang dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, tidak syak lagi yang kalangan remaja dijadikan mangsa dan bilangan ini terus meningkat tahun demi tahun. Muslihat 5: Promosi merokok berasaskan perkauman Ini merupakan satu lagi aspek yang amat meranjatkan yang selama ini tidak diketahui umum. Dokumen-dokumen yang diperolehi juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat rokok mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memasarkan rokok mereka bukan sahaja mengikut peringkat umur, aspek jantina, tetapi juga disalurkan secara halus khasnya kepada kaum-kaum tertentu seperti, orang-orang keturunan Africa, Hispanik (Sepanyol) mahupun Asia. Ini adalah dengan tujuan mendapatkan pasaran yang lebih menyeluruh di kalangan semua kaum. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa syarikat tembakau pada amnya seolah-olah tidak menghiraukan sama sekali kedudukan sesuatu bangsa itu asalkan sahaja pasaran rokok dapat dilariskan. Bagi kita di Malaysia, hal ini menimbulkan satu tanda tanya yang amat penting memandangkan lebih ramai orang Melayu didapati merokok. Adakah ini merupakan satu strategi yang disengajakan oleh syarikat-syarikat tembakau untuk KEMPEN BERHENTI MEROKOK 11 mengasuh remaja Melayu "mempelajari" tabiat buruk ini sejak awal-awal lagi? Hampir semua pengeluar rokok kretek mendapat pembiayaan besar dari kaum Yahudi. Kelima-lima (5) muslihat ini adalah di antara yang difikirkan penting untuk pengetahuan umum, walaupun banyak lagi dibongkar hari demi hari. Pendedahan terbaru ini diharapkan akan memberi satu kesedaran baru kepada kita dalam menangani masalah merokok di kalangan masyarakat. Pengakuan seumpama ini, menyakinkan kita bahawa industri tembakau memangnya mempunyai muslihat tersendiri tanpa menghiraukan kepentingan mana-mana pihak lain - individu, masyarakat maupun negara. Oleh yang demikian, orang ramai kini sepatutnya lebih berwaspada apabila berurusan dengan syarikat-syarikat tembakau supaya tidak terus terpedaya dengan dakyah yang mereka sebarkan baik melalui media massa khasnya iklan-iklan, mahupun melalui hujah-hujah yang sering diajukan untuk mengelirukan orang ramai. Kesan Bahaya Tembakau Terhadap lbu Hamil dan Kandungannya Dr Mohamed Izham Mohamed Ibrahim Masalah merokok di kalangan wanita di negara ini adalah tidak ketara jika dibandingkan dengan peratusan wanita yang merokok di negaranegara maju. Walau bagaimanapun tahap permasalahan ini di Malaysia perlu dikenalpasti terutamanya di kalangan wanita yang hamil kerana ia boleh membahayakan bukan sahaja kepada ibu malah boleh memburukkan keadaan janin dalam kandungannya. Fakta-fakta jelas mengatakan bahawa rokok boleh meracuni dan memudaratkan janin atau bayi yang akan dilahirkan. Tahap kesihatan persekitaran dalam rahim (intrauterin) adalah amat penting kepada kesejahteraan bayi dalam kandungan. Kepentingan gaya hidup ibu-ibu yang hamil (seperti merokok) tidak boleh dipandang remeh. Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang mati bila dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita prokok lebih sering meninggal pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat 1-3 peratus dadah nikotin. Nikotin sememangnya bahan racun dan digunakan sebagai agen pembasmi makhluk perosak. Bayangkaniah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap dari setiap batang rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah; nikotin akan menyebabkan ketagihan-, dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen. Tambahan lagi, nikotin juga boleh berpindah kepada bayi secara langsung melalui susu badan. Di antara akibat kesan toksik merokok terhadap janin yang telah dibuktikan oleh kaiian-kajian ditunjukkan di dalam Jadual I di bawah. Semua kesan di atas lebih besar kemungkinan beriaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok. Alangkah tidak adilnya jika wanita yang merokok yang memilih untuk KEMPEN BERHENTI MEROKOK 12 menderita juga "mendera" kandungannya. Jika bayi ini terus hidup, tempoh penderitaan bayi tersebut mungkin berpanjangan. Jadual I: Kesan Bahaya Rokok Terhadap Janin · Perencatan pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta. · Peningkatan kadar kematian janin (perinatal) · Kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan palate ("cleft lip dan palate") · Peningkatan risiko untuk mengalami sawan · Kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan) · Keguguran · Penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gm · Perkembangan sistem saraf yang tidak normal (contoh- strabismus) · Berisiko tinggi untuk mendapat lelah/asma · Sindrom kematian bayi mengejut · Dan ratusan akibat lain Rancangan kaedah pencegahan harus ditumpukan kepada kanak-kanak dan remaja. Proses ini memerlukan kombinasi penyelidikan yang terperinci mengenai masalah merokok di kalangan ibu-ibu yang mengandung dan kesannya kepada janin serta bayi yang dilahirkan, dan pendidikan yang berkesan kepada masyarakat tentang bahaya merokok. Program penerangan mengenai bahaya merokok perlu dijalankan di awal lawatan prenatal. Setiap wanita yang hamil harus berhenti merokok terutamanya semasa hamil dan dalam tempoh tahun pertama selepas bayi dilahirkan. Bahaya rokok bukan sahaja memudaratkan si ibu malah turut membahayakan anaknya. Setiap individu dan agensi seperti Kementerian Kesihatan, organisasi bukan kerajaan, dan penduduk tempatan mesti bertanggungjawab serta menggembeling tenaga serta kepakaran untuk mengenalpasti punca masalah dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini. Jika anda mengandung dan masih merokok, BERHENTILAH SEKARANG! KEMPEN BERHENTI MEROKOK 13 PEMBAZIRAN KEWANGAN AKIBAT MEROKOK Indonesia Gudang Garam Aug Cigarette Sales 7.2 Bln Sticks - by Dow Jones Newswires JAKARTA – Indonesia's total cigarette sales rose 19% in August to 18.47 billion sticks from 15.50 billion sticks in July, with the nation's largest clove cigarette maker PT Gudang Garam (P.GGR) maintaining its top position in the domestic market, the association of Indonesian cigarette producers, GAPPRI, said Wednesday. Gudang Garam's total cigarette sales, including sales of handand machine-rolled cigarettes, rose 72% in August to 7.2 billion sticks, from 4.2 billion sticks in July, according to GAPPRI data obtained by Dow Jones Newswires. This boosted Gudang Garam's market share to 39% in August from 27% a month earlier, the data said. The industry sold a total 126.95 billion sticks of cigarettes for the first eight months of the year, up only 1% from 126.27 billion sticks a year earlier. Another listed cigarette company, PT HM Sampoerna (P.HMS), came in second with 15% market share. This, however, was lower than its 18% share in July. Sampoerna's cigarette sales volume dropped 2% in August to 2.67 billion sticks from 2.73 billion sticks in July, GAPPRI said. In third position was PT Djarum Kudus, with a market share of 14%, down from 18% a month earlier. Djarum sold 2.51 billion sticks of cigarette in August, up 21% from 2.09 billion sticks in July. A cigarette analyst with a local securities company said the strong rise in Gudang Garam's sales reflected an improvement in smokers' purchasing power. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 14 "With the continued decline in prices of basic food commodities, people had more cash to switch back to Gudang Garam's cigarettes from cheaper ones," the analyst said. She added that an increase in tobacco and clove prices gives Gudang Garam and other large producers an advantage over smaller producers because the larger companies have the financial strength to build raw material inventory for several years. "This caused outputs of small companies to decline, allowing the big guys such as Gudang Garam (to capture the lost market share)," she said. Shares of Gudang Garam fell 125 rupiah ($1=IDR8,425) to close at IDR16,075 Wednesday. HM Sampoerna shares ended up IDR75 at IDR13,975. Source: The Wall Street Journal Interactive Edition Wednesday, 9/29/99 Malaysian tobacco company reaped RM12.1 million Malaysian Tobacco Company Bhd (MTC) reported a group pre-tax operating profit of RM 12.106 million for the half-year ended June 30, 1999. It is 11.7 per cent drop from the previous year's, RM 13.709 [USD 1.00 = RM 3.80]. The profit was achieved over a 24.5 per cent increase in group turnover to RM 327.809 million against RM 263.400 million in the same period last year. At company level, the operating pre-tax profit fell 26.7 per cent to RM 5.501 million from RM 7.098 million previously, on turnovers of RM 245,534 million and RM 174, 255 million respectively. Under the proposed merger of operations with Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Bhd, MTC will sell and Rothmans will acquire all of MTC's operating business for a total cash consideration of RM 769.5 million. Source: The New Straits Times Aug. 3, 1999, p.20 Rothmans, Malaysia's leading tobacco company, KEMPEN BERHENTI MEROKOK 15 to issue bonds Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Bhd is proposing a 5-year redeemable unsecured bonds of up to RM300 million [USD 1 = RM 3.80] and 8-year redeemable unsecured bonds of up to RM500 million. It has been rated AAA by Rating Agency Malaysia Bhd (RAM). RAM said that the rating was based on the stable growth of domestic tobacco industry and its resilience against economic cycles. "Due to its strong presence as a result of its positioning of Dunhill, Rothmans is the leading cigarette manufacturer in Malaysia. Commanding around 56% of the cigarette market, Rothmanss' size has allowed it to manufacture, market and distribute efficiently," RAM said. RAM added that Rothmans' market share has risen to about 70%, with ownership of largest and third largest tobacco brands in Malaysia following its acquisition of Malaysian Tobacco Company Bhd in July [1999]. "Rothmans expects to achieve annual earnings enhancement after goodwill, funding costs and taxation of not less than RM30 million by the year to December 2001 from this acquisition exercise," according to RAM. Source: Rothmans names bonds managers, Business section. The Star, Sept. 24, 1999, p.5 BAT Profits Rise, Snaps Up Imasco By David Jones LONDON (Reuters) - British American Tobacco Plc Tuesday reported a 14 percent rise in first half 1999 profits and said it would buy the 58 percent of Imasco Ltd it does not own and break up the Canadian group. BAT, the world's second largest cigarette company, with brands such as Lucky Strike and State Express 555, reported first half profits to June 30 of 661 million pounds ($1.07 billion), helped by an absence of any exceptional charges. BAT will pay a minimum of C$40 cash per Imasco share, or 4.2 billion pounds ($6.8 billion), with the final amount depending on the price obtained from the planned sell-off of Imasco's drugstore and property businesses Shoppers and Genstar. As part of the plan, BAT has agreed to sell Imasco's CT Financial Services unit to Toronto-Dominion Bank. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 16 The Imasco move extends BAT's strategy to focus solely on tobacco, which started in September 1998 with the demerger of its British and U.S. insurance interests. This was followed by the acquisition of Rothmans, announced in January, creating a 13 billion pound global giant and boosting BAT's world cigarette market share to 16 percent, within striking distance of Marlboro owner Philip Morris. ``The transaction represents a further step in British American Tobacco's strategy to become the world's leading international tobacco company, allowing us to concentrate on our strength in managing tobacco assets,'' Chairman Martin Broughton said. The half-year results showed underlying profits and cigarette volumes, stripping out one-off effects, both slipped nine percent, with volumes hurt by U.S. price rises to fund the state's Medicaid settlement, the start of an export tax in Brazil and weak exports in Asia. BAT shares slipped seven pence to 528p in a lower London stock market, although the company said that underlying 1999 operating profits should be similar to 1998 even before the effect of the takeover of Rothmans completed in June this year. ``Although forecasting is clearly difficult in the current circumstances, the board remains of the view that operating profit before exceptional items for the full year should be close to 1998, before taking account of the Rothmans merger,'' Broughton said in a statement. Merrill Lynch analyst Jonathan Fell said the first half results were toward the top of expectations and the company's flat underlying year forecast after a nine percent first half decline implied a big improvement in the second half. BAT said Rothmans' results since the merger were not included in its first half, and will be first reflected in the group's nine months results. The Imasco deal values the Canadian unit at 7.3 billion pounds. As part of the restructuring BAT will sell Imasco's 98.2 percentowned unit CT Financial Services to Toronto-Dominion for C$67 per share, leading to BAT receiving 3.2 billion pounds. After the sale of Shoppers and Genstar, BAT's only business in Canada will be Imperial Tobacco which has a 69 percent share of the Canadian tobacco market. BAT said the Imasco transaction is expected to be marginally earnings enhancing. BAT declared an interim dividend of 4.3 pence, which together with the special interim of 4.0 pence paid in July, was a four percent increase over the 1998 interim dividend. [$1-.6186 Pound] KEMPEN BERHENTI MEROKOK 17 Source: Reuters Aug, 3, 1999 US cigarette makers increase ad spending by 10% in 1997 U.S. cigarette makers increased spending on newspaper ads by 20.7 percent and overall promotion expenditures rose nearly 11 percent in 1997 while sales declined, the Federal Trade Commission reported to Congress. Spending for newspaper ads, which since 1992 has accounted for less than half of one percent of overall U.S. cigarette advertising expenditures, rose from $14.1 million to $17 million from 1996 to 1997, the FTC said. Continuing a long-term trend, the five major U.S. cigarette makers reported that they sold 5.5 billion fewer cigarettes in the U.S. market than they did in 1996. The industry reported that it had spent just $215,000 on Internet advertising in 1997. Source: Bloomberg News 28 July, 1999 Smoking related deaths worldwide On current trends, smoking will cause 10 million deaths per year by 2020-2030, not by 2000. Three million people per year die from smoking related illness orld-wide - roughly one every 10 seconds. Of these, one million die in developing countries and two million in the developed world. Unless the trends are reversed, by 2030 the death-toll will rise to 10 million per year with the seven million in developing countries. So far, about 50 million people have died from smoking, over the next 20 years a further 100 million are likely to die. Over twenty five to thirty years, the figure would be between 100 and 200 million. The current population of the world is about 5,800 million, so this is less than 10% of the world's present population. However, smoking may become responsible for 10% of deaths. In 'developed countries' smoking is responsible for 17% of deaths from all causes at all ages [WHO, 1997 Tobacco or Health a Global Status Report, page 45]. It is higher in men and in older age groups. WHO also estimates that in 1995, the three million deaths attributed world wide to smoking represented about 6% of all deaths in that year [page 47]. Allowing for increased population etc. over the next twenty to thirty years, it seems that 10 million deaths per year corresponding to 10% of all deaths per year by 2020/2030 is plausible. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 18 Clive Bates, Director Action on Smoking and Health Every cigarette smoked cuts your life by 5.5 minutes On average the time by which a habitual cigarette smoker's life is shortened is about five and a half minutes for each cigarette smoked, which is not much less than the time he spends smoking it. Source: Smoking or health. The Third Report of the Royal College of Physicians of London (1977), Chapter 2: Smoking, illness and shortening of life - the smokers increased risk of dying. London: Pitman Medical, p. 32. Underage smoking in Thailand The sale of tobacco and cigarettes to those under 18 is banned in Thailand. Violators can face a fine of up to B 2,000 and/ or a onemonth jail term. The juvenile affairs division of Thailand’s police has been told to tighten the enforcement of the ban and take serious action against those who violate the ban. There are now 800,000 smokers in Thailand who are age under 18 and two millions who are under 25 years old. Source: The Gale Group 3 July 1999 The high cost of damage from smoking The US Justice Department filed a massive lawsuit against eight major tobacco companies, charging that they concealed information about tobacco's health effects in order to protect their profits. The lawsuits claims the companies conducted an "intentional, coordinated campaign to fraud and deceit", thereby causing 400,000 deaths annually and costing taxpayers more than USD20 bilion (RM76 billion) each year in medical expenses caused by cigarettes, Attorney-General Janet Reno said. "In the compaints, the United States alleges that for the past 45 years, the companies that manufacture and sell tobacco have waged an intentional, coordinated campaign of fraud and deceit," she said. Cigarette makers have settled lawsuits settled lawsuits worth USD206 billion (RM782 billion) filed by 46 state governments seeking to recover medical expenses. Source: US Govt files suit against tobacco firms KEMPEN BERHENTI MEROKOK 19 The Star, Sept. 24, 1999, p.29 STATISTICS MALAYSIA Tobacco Company sponsored advertisements in Malaysia dailies Countdown 2000 in Malaysia sponsored by Tobacco Company Malaysia: Smoking prevalence There are at least 1.7 million smokers in Malaysia. One in every 5 Malaysia aged 15 years and above is a smoker. A study by the Ministry of Youth and Sports in 1994 on 6,000 youths showed that 71 percent has experimented with cigarettes. A recent survey showed that 85 percent of smokers were aged between 19 and 22 years. Source: The Star, January 4, 1997 -------------------------------------------------------------------------------- Malaysia: Comparison between 1965 and 1984 In total consumption increased by 57 percent over the period 1965-1984, an average of 3 percent per annum. An estimated 17 billion sticks of cigarettes is currently [1990] consumed, worth US$530 million [US$1.00=RM2.50]. Source: Tobacco Control in the Third World, Ed. S Chapman & WL Wong. Penang: International Organisation of Consumers Union, 1990. p.164 -------------------------------------------------------------------------------- Malaysia: Change in annual tobacco consumption 1970-1984 KEMPEN BERHENTI MEROKOK 20 Year Percentage increase 1970-1978 6.0% 1978-1982 3.5% 1982-1984 0.03% Source: Tobacco Control in the Third World, Ed. S Chapman & WL Wong. Penang: International Organisation of Consumers Union, 1990. p. 164 -------------------------------------------------------------------------------- Malaysia: Apparent adult per capita cigarette consumption, 1970 & 1985 1970 1440 cigarettes 1985 2256 cigarettes Percent Increase +57% Source: Masironi & Rothwell (1988) Tendences et effects du tabagisme dans le monde, Rapp. Trimest. Statist. Sanit. Mond. 27(11):1269-1275, cited in: Tobacco Control in the Third World, Ed. S Chapman & WL Wong. Penang: International Organisation of Consumers Union, 1990. p.23 Malaysia: Comparison between 1985 and 1995 1985 1995 Increase Male smoker 41% 45% 4% Female smoker 4% 5% 1% Male youth 10% 12% 2% Female youth 1% 2% 1% Source: Philadephia Inquirer -------------------------------------------------------------------------------- Comparison between 1986 and 1996 According to 1996 Ministry of Health Survey, there were 2.4 million smokers in Malaysia, the number of male smokers had increased from: 41.0% in 1986 to 49.2% in 1996 In the past 10 years, smoking related deaths comprised three out of the five main killers in Malaysia Source: The Sunday Star, July 18, 1999, p.11 -------------------------------------------------------------------------------- Malaysia: Bilangan Serta Peratus Pelajar Sekolah Merokok 1991- 1994 Tahun Bil. Sampel Sekolah Yang Melapor Bil. Pelajar merokok Peratusan sampel 1991 1879100 7310 0.39% 1992 2004979 7579 0.38% 1993 2104302 7889 0.37% 1994 2389433 8957 0.37% KEMPEN BERHENTI MEROKOK 21 Sumber: Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. -------------------------------------------------------------------------------- No. and Percentage of School Student Smoking 1991-1994 Year No. of Sample No. of Student Smoking Percentage of Sample 1991 1879100 7310 0.39% 1992 2004979 7579 0.38% 1993 2104302 7889 0.39% 1994 2389433 8957 0.37% Source: Report on Discipline of School Student in Malaysia Ministry of Education. -------------------------------------------------------------------------------- Prevalen merokok/ Smoking prevalence Berdasarkan Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 1986 (15 tahun ke atas) Based on National Health & Morbidity Survey 1986 (15 years and above) Prevalen merokok/Smoking prevalence (21.5%) Lelaki/Male 41% Wanita/Females 4% Prevalen merokok mengikut kumpulan ethnik Pravalence by ethnic group Melayu/Malays 24% Cina/Chinese 18% India/Indians 15% Prevalen merokok mengikut strata Pravalence by location Bandar/Urban 19% Luar Bandar/Rural 23% Prevalen mengikut kumpulan umur Prevalence by age Di kalangan kaum lelaki/Among male smokers KEMPEN BERHENTI MEROKOK 22 15 - 18 tahun/years 9% 19 - 20 tahun/years 29% 21 - 24 tahun/years 41% Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Source: Ministry of Health -------------------------------------------------------------------------------- Malaysia: Rothmans To Unveil Tobacco Deal July 19, 1999 KUALA LUMPUR -- Cigarette maker Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Bhd. (P.RPM) said Monday it planned to make an announcement Tuesday on its offer to buy the operating businesses of Malaysian Tobacco Co. Bhd. (P.MTB) for cash. "A detailed announcement will be made tomorrow (Tuesday) after the signing of the relevant agreements," Rothmans said. The acquisition is part of the global linkup between tobacco giants B.A.T. Industries Plc (BTI) and Rothmans International BV. Malaysian Tobacco is a unit of B.A.T. Industries. Rothmans' shares were trading unchanged from Friday's close at 28.25 ringgit ($1=MYR3.80), while Malaysian Tobacco was down 10 sen at MYR5.30 before the stocks were suspended Monday in afternoon trading. -------------------------------------------------------------------------------- Market shares of tobacco companies in Malaysia Companies Percent share Rothmans of Pall Mall (M) Bhd* 55% (estimated RM3.3 million) RJ Reynolds Bhd** 18% Malaysian Tobacco Company Bhd 14% Dunhill (40%); Perilly's (8%); Peter Stuyvesant (5%) **Philip Morris's product (esp. Malboro) is being contracted to RJ Reynolds. It commands an estimated 9% of the total sales [US$1.00 = RM3.80] Source: S. Govind, Where there's smoke...., Corporate World, Feb. 1998, p.8 Tobacco advertising in Malaysia (1) Rothmans of Pall Mall is the biggest advertiser in Malaysia estimated at RM 127 million in 1996 [US$1.00 = RM2.50]. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 23 (2) The Ministry of Information was cited as earning RM150.7 million from tobacco [brand] advertisements which make up 43 percent of the total revenue collected from the advertisments. Source (1): S. Govind, Where there's smile...., Corporate World, Fee. 1998, p.8 Source (2): J. George (1996). Malaysian Conference on Tobacco-Related Issues '96, p.12 -------------------------------------------------------------------------------- Smoking among Form 4 students in Penang (South-west District) Prevalence Male & female students (average age of 16 years) 12.4% Among male students only 25.1% Among female students only 0.6% : Male students smoked an average of 24.3 cigarettes per week About 14% of them reported that they are addicted to cigarettes Male students whose father smoked, were 1.81 times more likely to be a smoker compared to those whose father did not. Source: T.V. Valli (1996) - Malaysian Conference on Tobacco-Related Issues '96, p.15 -------------------------------------------------------------------------------- Smoking habits among school teachers (n=180) Prevalence of smoking maong teachers: 40.56% (None of the female teachers smoked) About 64% of the smokers started to smoke before 14 years of age About 59% smoked more tha 10 cigarettes per day About 67% of the smokers thought of quitting smoking. Of those 72% had tried at least once. Source: N.N. Naing et. al (1996) - Malaysian Conference on Tobacco- Related Issues '96, p.18 -------------------------------------------------------------------------------- Kurus Badan Melalui MEROKOK ? Satu Lagi Dakyah Industr i Tembakau Satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik di London mendapati bahawa kebanyakan remaja perempuan di London, Britain dan juga Ottawa, Kanada, merokok kerana mahu menguruskan badan. Mengikut penyelidikan tersebut, ia membabitkan kira-kira 2800 remaja perempuan di kedua-dua negara dalam lingkungan usia 11-18 tahun. Sejumlah 20% daripada mereka dikatakan merokok. Dapatan kajian ini sepatutnya menimbulkan rasa bimbang di kalangan ibubapa serta masyarakat umumnya oleh kerana ada kemungkinan yang KEMPEN BERHENTI MEROKOK 24 remaja perempuan di negara ini juga akan turut dipengaruhi dengan hujah-hujah yang sama. Ini memandangkan yang keprihatinan tentang berat badan di kalangan remaja perempuan amnya adalah satu perkara yang penting bagi kebanyakan daripada mereka. Kajian sosio-budaya di banyak tempat sering menonjolkan bahawa ramai wanita percaya bahawa tubuh badan mereka menjadi lebih ramping dalam masa dua (2) dekad yang lalu, sedangkan yang sebenarnya kebanyakan daripada mereka mengalami berat badan yang meningkat. Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan bahawa ramai wanita terus tidak berpuas hati dengan berat badan mereka dan menginginkan berat badan yang lebih langsing. Sekaligus ini membuat lebih ramai daripada mereka mengamalkan caracara yang tertentu untuk mengurangkan berat badan masing-masing. Pengaruh Iklan Mengikut satu kajian pada tahun 1996, kaitan merokok dengan kawalan berat badan telah mula diutarakan melalui iklan-iklan rokok sejak tahun 1920an lagi, khususnya di Amerika Syarikat. Sebagai contoh satu iklan jenama rokok Lucky Strike telah mengutarakan slogan "Reach for a Lucky instead of a sweet" (Cubalah Lucky daripada gula-gula). Malah mengikut kajian tersebut, iklan-iklan rokok semasa masih disasarkan kepada wanita dengan menekankan beberapa sifat kawalan berat badan melalui merokok secara tidak langsung. Mereka bukan sahaja menggunakan remaja-remaja perempuan berbadan langsing sebagai model dalam iklaniklan, tetapi acap kali mempamerkan nama-nama rokok yang ada kaitan dengan kelangsingan badan dengan menggunakan istilah seperti "slenderness" (ramping) dan "slimness" (langsing). Ini menunjukkan yang syarikat-syarikat tembakau mempunyai strategi untuk memperluaskan pasaran mereka di kalangan wanita yang sehingga kini masih belum dieksploitasikan sepenuhnya. Di Amerika Syarikat sahaja, industri tembakau dikatakan berbelanja sebanyak US$4.6 bilion setahun ataupun US$12.6 milion (anggaran RM 50 juta) sehari untuk pengiklanan. Iklan-iklan ini dipaparkan sebagai satu simbol "kebebasan", "kedewasaan", "kejayaan", "impian" serta juga cara-cara untuk bersosial dan berseronok. Ianya memberi gambaran bahawa penggunaan rokok adalah satu perkara yang biasa dan tidak lagi mengaibkan, khususnya kepada golongan wanita sambil mengambil kesempatan akan perubahan peranan yang kini sedang dialami oleh kaum wanita di dalam masyarakat dewasa ini. Imej diri baru Jelas iklan-iklan ini cuba memberi satu gambaran tentang imej positif kepada remaja-remaja melalui aktiviti-aktiviti merokok. Imej diri yang diutarakan mereka kepada remaja-remaja perempuan lebih bercorak "keyakinan", "kematangan" dan "keberanian" sebagai sifat-sifat dapat menukar imej seorang wanita yang sanggup melanggar nilai dan norma sosio-budaya apabila mengamalkan tabiat merokok. Ini diiringi pula dengan ciri keanggunan, seksi, sihat dan juga menyeronokkan sebagai daya tarikan kepada mereka. Pengiklanan seperti ini yang khusus disasarkan kepada wanita pada lewat tahun 60an dan awal 70an, didapati berjaya meningkatkan permulaan merokok di kalangan wanita pada ketika yang sama. Satu soal selidik di Amerika Syarikat sekitar tahun KEMPEN BERHENTI MEROKOK 25 1967 yang melibatkan lebih daripada 102,626 wanita menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam permulaan merokok bagi remaja perempuan berumur bawah daripada 18 tahun, apabila iklan tembakau menyasarkan jenama tertentu kepada wanita. Kadar permulaan ini dikatakan lebih tinggi bagi wanita yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. Sedangkan kadar permulaan bagi lelaki di peringkat umur yang serupa tidak menunjukkan peningkatan yang besar dalam jangkamasa yang sama. Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa dengan penekanan imejimej dan juga tema-tema yang mempunyai nilai tinggi kepada remaja perempuan, iklan rokok dapat mempromosikan tabiat merokok sebagai satu cara untuk meningkatkan imej diri. Berbeza dengan remaja lelaki, remaja perempuan yang dikatakan lebih mudah merokok adalah dari kalangan mereka yang mempunyai imej diri yang lebih baik dan mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi serta lebih yakin, berbanding dengan imej diri yang agak rendah bagi perokok remaja lelaki. Lindungi remaja kita Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia umumnya dan ibu-bapa khasnya perlu prihatin terhadap iklan-iklan rokok yang kini tersiar bebas di negara ini yang tidak kurang menggunakan taktik-taktik sama dalam memikat remaja-remaja kepada tabiat merokok. Ini jelas kelihatan dalam media-media seharian yang sering memaparkan berbagai nilai palsu melalui iklan-iklan mereka. Dengan kesedaran ini, adalah diharapkan pihak yang bertanggungjawap akan lebih memainkan peranan untuk melindungi remaja kita, khususnya remaja perempuan, daripada terjebak dengan berbagai dakyah syarikat tembakau. Satu cara yang jelas adalah dengan menyekat pengiklanan sedemikian rupa supaya remaja kita tidak lagi tertipu dengan berbagai nilai palsu yang ingin diterapkan oleh syarikat rokok tentang imej diri termasuk yang berkaitan dengan berat badan. Sekiranya kita gagal mengambil langkah-langkah yang berkesan sekarang ini besar kemungkinan berbagai lagi gejala sosial akan timbul dikalangan remaja perempuan dalam masa yang terdekat ini. Fatwa Tentang Rokok Perlu Dilaksanakan Isu tembakau baru-baru ini telah menarik lebih banyak perhatian orang ramai berkaitan dengan masalah-masalah kesihatan dan juga persoalan syri'ah. Ini memandangkan kini terdapat berbagai bukti yang lebih kukuh yang mengaitkan secara langsung kesan-kesan tembakau khususnya rokok kepada penyakit barah dan juga masalah ketagihan sepertimana dadah-dadah merbahaya lain. Di samping itu, berbagai lagi masalah kesihatan sememangnya telah didokumentasikan berkait rapat dengan amalan menghisap rokok. Seorang pengkaji Universiti Oxford, Dr. Richard Peto, telah menganggarkan bahawa merokok bertanggungjawab menyebabkan kematian kepada tiga (3) juta orang setahun di seluruh dunia dan dijangkakan dalam masa 30 tahun lagi, lebih daripada 10 juta orang akan mati kebanyakannya daripada negara-negara membangun. Ramalan- KEMPEN BERHENTI MEROKOK 26 ramalan seumpama ini telah banyak diutarakan dan kesannya kepada negara-negara maju begitu nyata sekali. Misalnya di Amerika Syarikat sahaja penggunaan rokok telah dikatakan menurun sejak lima belas (15) tahun yang lalu. Namun di negara-negara dunia ketiga khasnya, trend seumpama ini masih belum dapat dikesan. Di Malaysia, kadar penggunaan rokok adalah dianggarkan 2,000 batang setahun bagi setiap dewasa, berbanding dengan Indonesia 1,050 batang, Thailand 900 batang dan Vietnam 670 batang. Malah kita sering terbaca bahawa lebih ramai remaja dan muda-mudi kita terutamanya yang beragama Islam melibatkan diri dengan tabiat merokok. Keadaan seumpama ini menjadi lebih ketara lagi kerana baru-baru ini terdapat satu laporan yang menunjukkan negara-negara maju terus menggalakkan eksport tembakau mereka ke negara-negara lain di seluruh dunia (Laporan Akhbar Herald International Tribune, Nov. 18, 1996). Oleh kerana kesedaran yang begitu rendah di kebanyakan negara ini, tabiat merokok di kalangan warganegara masing-masing terus meningkat kepada tahap yang membimbangkan. Memandangkan perkembangan seumpama ini, Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia bersama dengan Pusat Racun Negara mengadakan satu Seminar Kebangsaan berjudul Tembakau, Kesihatan dan Islam bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan tembakau dan menggabungkannya sekaligus dengan penemuan sains terkini dan juga pendapat-pendapat ahli fikir Islam berkenaan isu tersebut. Ini menjadi lebih penting lagi kerana pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Pengharaman ini dapat disokong secara lebih saintifik jika diambilkira penemuan-penemuan mutakhir sepertimana yang telah dinyatakan di atas. Melalui menghisap sebatang rokok, tidak kurang dari 3,800 jenis racun akan disedut ke dalam tubuh semasa seseorang itu merokok. Secara semulajadi, bahan racun yang dihisap masuk akan dikeluarkan dari tubuh melalui proses perkumuhan (ekskresi) air kencing, najis atau pernafasan. Jika tabiat ini dilakukan secara berterusan setiap hari, maka jumlah racun yang dihisap akan melebihi jumlah yang berupaya dikumuhkan oleh badan. Akibatnya berlaku penggumpulan bahan racun di dalam badan. Kalau kita mengambil kira cara kemasukan racun melalui saluran lain seperti melalui makanan atau minuman, maupun udara tercemar, maka pertambahan racun di dalam tubuh tidak dinafikan meningkat berkali ganda. Untuk mengurangkan beban bahan racun yang telah terkumpul dalam badan maka alternatif yang ada ialah mengurangkan kemasukan bahan racun melalui saluran pernafasan atau permakanan. Kesan merokok kepada ubat Oleh Dr. Abu Bakar Abdul Majeed Pusat Racun Negara, USM KEMPEN BERHENTI MEROKOK 27 Kita kerap dinasihatkan tentang cara-cara terbaik makan ubat. Sesetengah ubat ada pantang larang tersendiri di segi kaedah memakannya. Contohnya ubat yang mengandungi ion kalsium tidak boleh dimakan bersama susu kerana saling tindakan di antara keduanya dan bahan boleh menyebabkan ion kalsium mendak sebagai kalsium laktat dan tidak aktif di dalam badan. Demikian juga dengan pesakit yang makan ubat bagi rawatan diebetes. Ubat diebetes tidak boleh dimakan bersama alkohol kerana dapat meningkatkan kesan ubat tersebut. Namun satu jenis pantang larang yang jarang atau belum pernah kita dengar ialah makan ubat dan kesannya kepada perokok. Jejas keberkesanan Oleh itu berbincang kita kali ini adalah tentang kesan merokok dengan sesetengah ubat. Kira-kira 20% daripada warga Malaysia dewasa yang merokok. Jadi kita tidak nafikan ada pesakit yang merokok. Adakah perokok tahu bahawa asap rokok yang disedut boleh menjejas keberkesanan ubat yang dimakan untuk menyembuhkan penyakit? Seperti yang telah dibincangkan pada beberapa minggu lalu, asap rokok yang disedut ke dalam paru-paru mengandungi kira-kira 4000 bahan kimia. Antaranya termasuklah nikotina, tar, karbon monoksida dan hidrogen sianida. Jadi tidak hairanlah jika terdapat kesan tindakan buruk di antara asap rokok dan ubat-ubatan. Di antara contoh-contohnya adalah seperti berikut: Merokok dan ubat antibiotik: Antibiotik digunakan bagi merawat jangkitan kuman, namun demikian, ada kalanya antibiotik gagal memberi kesan yang diharapkan. Contohnya gandingan antibiotik oksasilin dan omeprazole dalam rawatan ulser peptik berkaitan dengan jangkitan bakteria Helicobacter pylori. Kajian mendapati bahawa sesetengah pesakit yang terus merokok ketika sedang menggunakan antibiotik ini, gagal dirawat sepenuhnya. ] Merokok dan ubat antiparkinson: Amantadin ialah ubat bagi merawat penyakit Parkinson (sejenis penyakit gangguan pergerakan dan pertuturan yang dihadapi oleh bekas Juara Tinju Dunia Muhammad Ali dan penyanyi pujaan tahun 1960-an. A. Ramlee) dan juga sebagai ejen antivirus. Selepas dimakan, lebih banyak armantidin yang tersebar di dalam tubuh seorang pesakit yang merokok daripada pesakit yang tiada merokok. Jadi, bagi dos yang sama kesan ubat berkenaan mungkin berlainan bagi seorang perokok daripada kesannya terhadap pesakit yang tidak merokok. Merokok dan ubat antisawan: KEMPEN BERHENTI MEROKOK 28 Karbamazepin adalah sejenis ubat antisawan. Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang merokok ketika menggunakan karbamazepin lebih cenderung mengalami keadaan kurang ion natrium (hiponatremia) di dalam darah. Merokok dan ubat antimalaria. Kuinin digunakan bagi merawat malaria dan merokok boleh mempercepatkan penyingkiran ubat kuinin dari tubuh. Merokok dan ubat antilelah. Ramai pesakit telah menggunakan teofilin bagi meredakan kesesakan nafas. Perokok didapati lebih cepat menyingkirkan teofilin daripada pesakit yang tidak merokok. Oleh itu, kesannya untuk merawat lelah akan berkurangan. Merokok dan ubat antiulser. Kesan beberapa ubat antiulser yang dimakan pada sebelah malam juga didapati berkurangan bagi perokok berbanding pesakit yang tidak merokok. Merokok dan ubat pencegah hamil. Terdapat bukti menunjukkan bahawa sesetengah hormon yang terdapa`di dalam pil-pil pencegah hamil lebih mudah diungkai bina di dalam hati perokok. Ini boleh mengurangkan keberkesanan ubat tersebut. Merokok dan benzodiazepina. Benzodiazepina adalah sejenis ubat tidur yang kuat. Kesan ubat ini mungkin berkurangan kepada perokok. Menanggung risiko Daripada hasil kajian yang dirumuskan di atas, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa tabiat merokok ketika makan sesetengah jenis ubat boleh mengubah keberkesanan ubat-ubat tersebut. Pesakit yang terus merokok ketika makan ubat boleh menanggung pelbagai risiko akibat saling tindakan yang tidak diingini. Merokok dapat menekan prosentase dan angka absolut sel CD4 dan CD8 di dalam cairan pada paru-paru disebut bronchoalveolar lavage (BAL) pada pasien HIV-positif, demikian menurut para peneliti di Ohio, AS. Penemuan ini dan yang tidak normal lainnya memberi kesan berhenti merokok dapat memperbaiki pertahanan paru-paru pada Odha. Penelitian sebelumnya menyatakan bahwa bila tidak ada infeksi paruparu, Odha akan mengalami peningkatan jumlah limfosit pada paruparunya. Ini dijelaskan oleh Dr. Mark D. Wewers dan rekan-rekannya dari Ohio State University. Pada penelitian ini, yang muncul dalam American Journal of Respiratory and Critical Care, para peneliti menilai dampak merokok pada pertahanan paru-paru pada 92 Odha. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 29 Dibandingkan dengan yang bukan perokok (34 orang), orang yang merokok (58 orang) mempunyai "...penurunan yang berarti dalam prosentase dan angka absolut dari limfosit paru-parunya." Jumlah sel CD4 dan CD8 di dalam paru-paru berkurang dan "...perbandingan angka sel CD4/CD8 cenderung lebih rendah pada orang yang merokok." Sebagai tambahan, analisis BAL menampakkan peningkatan jumlah makrofag alveolar (gelembung paru) antara orang yang merokok, serta menekan produksi sitokin interleukin-1 dan unsur nekrosis tumor (tumor necrosis factor--TNF). Berdasarkan temuannya, kelompok Dr. Wewers menyimpulkan "...merokok menyebabkan paru-paru bersekat-sekat, situasi yang mendorong radang pada Odha." Hasilnya juga "...mendukung pentingnya keinginan untuk berhenti merokok pada orang yang terinfeksi HIV." KEMPEN BERHENTI MEROKOK 30 KEKUATAN FIKIRAN ATAU MINDA Kuasa Minda Minda atau akal letaknya di bahagian atas sekali iaitu otak. Ia seumpama roh kepada akal sebagaimana roh dalam tubuh manusia. Manusia tidak dapat berfikir tanpa akal atau minda sementara minda tidak akan ujud tanpa otak. Beratnya untuk orang dewasa lebih kurang 1.5 kilogram dan mempunyai lebih dari 10 billion sel yang dinamakan “neuron” dan berupaya membuat lebih dari 2 100’000’000’000’000 perhubungan dengan sel-sel otak. Walaupun berat otak hanya 2% dari isipadu keseluruhan tubuh namun ia memerlukan hingga 25% dari oksigen dalam darah manusia. Sekiranya neuron otak gagal menyerap oksigen pada kadar masa hingga 5 minit maka ia akan mati. Oksigen ini dibawa oleh darah ke otak. Setiap 5 minit, sebanyak 1 pain darah akan mengalir menerusi otak. Semakin banyak kita berfikir semakin banyak pula bekalan darah akan dibawa ke otak. Seorang ahli kaji minda pernah berkata, "Sekiranya kita membuat komputer sama dengan keupayaan satu otak manusia maka komputer itu akan meliputi kawasan seluas sebuah negeri yang terbesar di Amerika Syarikat. Tenaga yang diperlukan untuk ia beroperasi cukup untuk mengeluarkan haba yang dapat memanaskan lautan di dunia ini dan menonggang terbalikkan perimbangan suhu di dunia ini. "Alangkah hebatnya kuasa minda itu! Menurut ahli kaji minda lagi bahawa kebanyakan manusia hanya baru menggunakan 10% (sepuluh peratus) daripada mindanya, yang 90% (sembilan puluh peratus) lagi masih terpendam. Tiada digunakan langsung. Minda itu memang telah ada semulajadi lagi pada manusia. Kita tidak perlu membangunnya atau mempelajarinya atau menjananya atau memperolehnya dengan riadah atau latihan kejiwaan yang bersungguh-sungguh. Minda itu telah ada pada kita. Sekarang marilah kita memahami dan mengetahui bagaimana menggunakan 90% lagi kuasa minda itu tanpa memerlukan kudrat, tanpa latihan-latihan yang memenat dan membosankan. Dengan mengamalkan peraturan dan menyediakan transkrip yang akan dihuraikan, anda akan mendapat menggunakan tenaga dan kuasa dari 90% lagi tenaga minda yang anda miliki dengan serta merta. Minda kita itu adalah satu daripada alat yang paling bertenaga dan berkuasa yang dianugerahkan oleh Allah swt. kepada insan. Para ahli kaji minda pernah berkata bahawa insan biasa hanya menggunakan 10% daripada tenaga mindanya. Bagaimanakah kita boleh menggunakan kuasa minda itu sepenuh dan seluruhnya supaya dengan itu kita dapat mencapai apa jua matlamat dan hajat kita di samping dapat membantu kita meningkatkan mutu jesmaniah dan ruhaniah kita? Cara menimbulkan kuasa minda ini tidak memerlukan wang, dan tidak ada kena-mengena dengan soal-soal aqidah atau soal-soal agama atau soal-soal ajaran atau amalan sesat. Ini hanya kaedah atau cara-cara atau teknik menimbulkan tenaga minda yang telah ada pada anda itu. Anda tidak perlu mengasingkan diri dari khalayak ramai seperti orang KEMPEN BERHENTI MEROKOK 31 bertapa. Anda hanya perlu percaya bahawa anda ada memiliki minda dan 90% daripada tenaga minda itu belum lagi anda gunakan. Sekarang marilah kita gunakan kuasa atau tenaga minda yang 90% lagi itu yang selama ini tidak kita gunakan lantaran kita tidak sedar keujudannya atau tidak tahu menimbulkan dan membangunkan tenaga yang handal itu. Cara-cara atau teknik menimbulkan tenaga ini tidak bercanggah dengan suasana keliling anda, bahkan akan memberi anda keupayaan untuk hidup dalam dunia ini dengan lebih baik lagi dan menikmati kehidupan yang lebih selesa dan berjaya. Cara atau kaedah menimbulkan tenaga minda yang dikemukakan ini tidak memerlukan sebarang ubat atau dadah, tidak memerlukan masa konsentrasi fikiran atau meditasi yang panjang, tidak memerlukan kursus khusus, dan sebagainya. Cara yang dikemukakan ini terserah kepada diri anda sendiri untuk menggunakan minda anda bagi menyelesaikan masalah anda dan meningkatkan kualiti atau mutu diri anda. Anda hanya arahkan minda anda itu ke arah yang anda perlukan. Cara ini membawa anda masuk ke lautan minda anda dan kemudian ditunjukkan kepada anda bagaimana membangun dan menimbulkan kuasa minda itu agar ia berkerja untuk anda. Lautan minda ini ada bersama-sama anda dalam keadaan apa dan di mana sahaja anda berada, tetapi oleh kerana berbagai-bagai faktor, seperti pengaruh pendidikan, pengaruh alam sekitar, pengaruh rakan dan masyarakat, kehendak dan tekanan sosial, kejahilan kita tentang wujudnya tenaga minda dan cara-cara menimbulkannya, dan sebagainya lagi, maka kita tidak sedari bertapa tenaga minda ini dapat membantu kita dalam kehidupan kita seharian di dunia ini. “KERAJAAN TUHAN” Tuhan membenarkan orang-orang pilihan Nya siang malam berseru dan meminta kepadaNya. Wang merupakan sesuatu yang biasanya menarik pada tingkat mental daripada tingkat emosi, walau kita dapat membuat wang itu menarik bagi kita pada tingkat emosi bukan kerana wang itu sendiri tapi kerana kegunaannya. Inilah sebabnya. maka dosa itu sering dihubungkan dengan sex dan wang. Tapi yang sebenarnya wang itu mempunyai fungsi yang penting dalam tiap organisasi bangsa atau sekelompok manusia. Wang itu merupakan darah, bagi suatu bangsa serta kekuatan suatu negara bergantung daripadanya, kerana dengan wang itu suatu negara dapat memperkuatkan dirinya, memelihara kehidupannya, mendatangkan macam-macam sarana pembaharuan dan mendatangkan saranan perkembangan material serta prestasi mentalnya. Kesihatan badan bergantung dari sirkulasi darah di dalamnya, dan kesihatan suatu bangsa bergantung dari sirkulasi wangnya. Seperti halnya persediaan darah bagi sebuah anggota badan, bagi seseorang wang itu merupakan jaminan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 32 untuk dapat hidup dan bertindak atas kemahuan sendiri di dalam masyarakat. Salah satu kesalahan utama berkenaan dengan wang ialah dengan menahannya dari penggunaan yang baik, dengan menimbunnya. (Ini sudah tentu berbeza dengan menabungnya bagi keperluan tertentu). Pada perolehan "tingkat rendah" biasanya tidak terdapat banyak bahaya: wang yang didapati dengan kerja dalam dunia material itu sebahagian besar bukan merupakan "perolehan" tapi "pertukaran", sedangkan apapun yang diperoleh dengan jalan mudah, biasanya bersifat sementara. Tapi dengan perolehan yang didapat dari tingkat tinggi, adalah penting untuk menjaga kelangsungan peredaran dan penggunaannya. Sama seperti halnya tiap bahagian badan anda bertindak sebagai bahagian rencana keseluruhan sistem hidup anda, begitu pula anda harus bertindak sebagai sebahagian dari Kosmos. Anda tidak boleh mempertahankan kesihatan salah satu tangan anda dengan mengikatnya dengan tali untuk mempertahankan persediaan darahnya di dalamnya. (Kecuali kalau tangan itu luka parah, dan untuk selama waktu pendek). Dengan memperlakukan seperti itu tangan anda akan mati! Begitu pula anda, bila anda menimbun perolehan anda, maka anda akan menempatkan diri anda di luar peredaran, membuat diri anda tidak lagi menjadi bahagian peredaran hidup. GUNAKANLAH DENGAN HATI-HATI DAN SECARA BAIK APAPUN YANG ANDA PEROLEH, dan PELIHARALAH PEREDARANNYA. Bila kita memerlukan wang untuk mengembangkan cara hidup kita sendiri, untuk mengungkapkan dan mengembangkan diri kita, adalah baik bila kita mendapatkannya dari sumber tingkat tinggi. Seorang guru kebatinan memberikan nasihat kepada murid-muridnya mengenai wang sebagai berikut : DAPATKANLAH SEBANYAK-BANYAKNYA. BERIKANLAH SEBANYAK-BANYAKNYA. Marilah kita sekarang meninggalkan persoalan mengenai wang dan memeriksa bagaimana kita dapat menerapkan prinsip tersebut di atas pada manifestasi daya hidup lainnya, seperti KEKUATAN - PENYEMBUHAN : PANDANGAN DALAM - KESENIAN : PENGETAHUAN - PENDIDIKAN : KEBIJAKSANAAN - TUNTUTAN. Ada banyak jalan dan cara untuk melakukan pemberian seperti itu, tapi dalam semua hal, supaya anda mampu meneruskan tindakan anda, anda perlu : MENJAGA HUBUNGAN ANDA SENDIRI DENGAN SUMBER TINGGI DAN MENDAPATKAN SESUATU DARIPADANYA. MENERUSKAN DENGAN CARA APAPUN DAN MENJAGA PEREDARANNYA. Bayangkan sinar putih yang kuat, berkilauan dan berdenyut, memancar ke luar dari suatu tempat dalam diri anda - dari dalam batin anda - membanjiri tiap bahagian dari anda secara fizik mahupun abstrak dan memancar dari seluruh permukaan badan anda, melebar sekeliling anda sehingga anda terkeliling oleh sebuah bentuk lapisan yang berkilauan berwarna putih yang hidup. ATAU KEMPEN BERHENTI MEROKOK 33 Lihatlah sumber cahaya yang ajaib ini sebagai bola putih berkilauan agak jauh di atas kepala anda. Dari bola ini turunlah cahaya berkilauan dan berdenyut ke dalam tiap bahagian dari fizik dan abstrak anda serta menembusnya, serta memancar sekeliling anda sehingga anda terkeliling oleh bentuk lapisan yang berwarna putih hidup berkilauan. Alami cahaya ini bukan hanya sebagai pancaran yang kuat yang menembus segalanya, tapi juga sebagai kehangatan yang berdenyut mirip sinar matahari yang kuat dan murah hati. Kedamaian, kegembiraan dan kepercayaan penuh mengisi batin anda dan mengelilingi anda. Biarpun cahaya itu mengelilingi dan menembusi anda, anda dapat mengkonsentrasikannya pada bahagian tertentu di badan kita. Lihatlah ia memberi kekuatan fizikal anda. Rasakan ia membersihkan dan memberi hangat pada bahu anda yang kaku atau bahagian lain. Rasakan pengaruhnya, sekaligus menenangkan dan menguatkan, sampai ke hujung jari tangan kaki serta sampai ke dalam batin anda. Setelah beberapa waktu berselang, bila anda merasa cukup tenang selama memikirkan itu, anda dapat melenyapkan bayangan itu dari kesadaran anda. Inilah caranya merasakan dan mengetahui sedikit dari kemurahan Pribadi Tinggi terhadap diri anda. ALAMILAH SEPENUH-PENUHNYA DAN SESERING MUNGKIN SETIAP HARI, DAN KETAHUILAH BAHAWA ANDA HIDUP DAN BERGERAK DI DALAMNYA! JANGAN TAKUT MENGGUNAKAN TENAGA DIRI Selama membaca buku ini mungkin anda mendapatkan beberapa fikiran yang harus kita perhatikan. Mungkin anda menginginkan sesuatu bagi diri anda yang tidak boleh dibayangkan, misalnya kemahuan untuk menghentikan kebiasaan merokok, untuk meninggalkan alkohol atau makan terlalu banyak atau hal lainnya, atau ingin menjadi orang yang biasa bangun pagi atau anda mungkin hanya menginginkan beberapa benda material dengan menggunakan Imajinasi Kreatif dan hasilnya mungkin mengejutkan. Kenyataannya ialah, apakah anda menginginkan sesuatu yang bersifat spritual atau mental atau sesuatu yang bersifat material, bahawa anda bukanlah hanya roh sahaja atau hanya badan sahaja, anda merupakan satu perseorangan hidup yang kompleks. Untuk dapat berfungsi baik di tingkat mental dan spritual anda memerlukan kerjasama dari badan fizik anda. a) Pribadi Tinggi anda merupakan sumber kelimpahruhan BAGI ANDA, dan anda harus mengetahuinya. b) Barang-barang dan hasil yang diperolehi dari Imajinasi Kreatif seharusnya dijaga supaya kekal. Penjagaan yang diperlukan bagi mengekalkan barang-barang dan hasil-hasil ini, pertama : harus diisi dengan Daya Pribadi Tinggi, dan kedua : harus digunakan sebaik-baiknya tanpa menunda-nunda. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 34 Imaginasi Fikiran Akal fikiran adalah sumber semulajadi yang paling efektif, akan tetapi sumber ini jarang digunakan setahap dengan kemampuan yang sebenarnya. Otak adalah sebuah komputer ajaib yang boleh menganalisa dan boleh membuat pertimbangan lebih dari komputer sebenarnya. Ia adalah menjadi punca kemampuan manusia yang sungguh besar. Jika kita hanya menggunakan 10% dari kemampuan kita yang sebenar, maka kita sudahpun tergolong dalam kalangan orang-orang yang berjaya. Akan tetapi terlalu sedikit bilangan orang-orang yang berjaya di dunia ini berbanding dengan mereka yang gagal atau sederhana kehidupannya. Ini bermakna terlalu banyak manusia gagal menggunakan walau 10% daripada kemampuan mereka yang sebenarnya. Berjaya atau kejayaan di sini bukannya soal bersangkutan dengan wang ringgit dan harta kekayaan semata-mata tetapi juga soal tercapainya apa yang dicita-citakan seperti sihat, bahagia, keharmonian rumahtangga, pendidikan, kreatif, pembangunan, berkuasa, berpengaruh dan lain-lain. Apakah yang dimaksudkan dengan imajinasi kreatif? Ianya ialah Daya Kejayaan. Iaitu suatu gambaran di fikiran tentang keadaan atau suasana yang kita cita-citakan ingin kita jelmakan ke alam nyata ini agar menjadi suatu realiti kehidupan. Daya Imaginasi inilah yang membezakan manusia dengan makhlukmakhluk lain. Kita sebagai manusia dapat merancang dan mengatur kehidupan masa depan dan ianya menjadi suatu tanggungjawab peribadi kita tanpa bergantung kepada daya imaginasi orang lain. Kita bebas untuk menggunakan daya tersebut untuk merancang kehidupan seperti apa sahaja yang kita ingini. Keinginan itu juga merupakan suatu tenaga yang menimbulkan medan magnet melalui getaran elektrik emosi. Apa bezanya seorang yang berjaya dengan yang gagal? Ada orang berjaya yang gagal. Misalnya jutawan, doktor, penyanyi terkenal, pemimpin terkemuka yang gagal mempunyai rumahtangga yang sempurna atau memiliki kesihatan yang baik. Itulah yang dikata nasib. Ada orang yang mana kejayaan dan nasib sentiasa menyebelahinya hinggakan ia menjadi orang yang benar-benar boleh dicontohi. Inilah yang dikatakan keberkatan. Ada orang yang mempunyai nasib baik tetapi gagal memanafaatkan nasib dan peluang tersebut hinggakan ia menyesal seumur hidupnya. Hidup dengan berputih mata melihat kejayaan orang lain sedangkan ia suatu masa dahulu berpeluang untuk mencapainya. Bagaimanakah caranya untuk sentiasa bersedia dan berjaya dalam menjayakan segala peluang yang hadir dan boleh pula menciptakan peluang-peluang lain dan membuatkan nasib sentiasa menyebelahinya. Inilah rahsia yang tersembunyi dalam Daya Kejayaan Imaginasi Kreatif. Daya ini merupakan cara untuk kita mengaktifkan sumber kejayaan yang terpendam dalam diri. Ianya adalah pemerintah kepada daya kemampuan diri. Kita hidup dalam tiga dimensi dan kadang-kadang tersentuh ke dimensi keempat, tetapi alam semesta ini sebenarnya mempunyai lebih banyak dimensi. Dari dimensi-dimensi itulah terletaknya KEMPEN BERHENTI MEROKOK 35 kesempatan-kesempatan yang dapat kita tarik dan digunakan untuk mencapai apa yang kita ingini. Daya inilah merupakan kaedah atau alat untuk membuka saluran-saluran dari dimensi lain yang mempunyai berbagai kekayaan alam semesta yang boleh ditarik. CARA MEMANFAATKAN DAYA KREATIVITI IMAGINASI FIKIRAN Cara berfikir kita dipengaruhi oleh satu otak sahaja, akan tetapi otak kita mempunyai dua bahagian. Otak kanan dan Otak kiri. Sifat-sifat : Otak kiri Otak kanan 1. Menimbang Patuh 2. Rasional Emosi 3. Analisa Spontan 4. Data Perasaan 5. Serius Bersahaja 6. Suara Visual 7. Sementara Kekal 8. Bahasa Bayangan 9. Pertuturan Ugama 10 Matematik Ilham 11. Logik Muzik 12 Disiplin Rohani 13. Bahasa Bayangan Otak kiri berfungsi dengan penuh persoalan lalu ianya banyak menimbangkan secara rasional dengan menganalisa data-data secara serius dan terperinci laksana sbuah komputer. Ianya bertindakbalas terhadap suara dan bersifat penganalisaan sementara terhadap sesuatu maklumat atau peristiwa yang terjadi kemudian di beza-bezakan secara rasional terhadap maklumat yang diterima dengan maklumat yang telah sedia ada difikiran. Kemudiannya ia memberi jawapan terhadap pertimbangan itu. Samada boleh atau tidak boleh, baik atau tidak baik dan lain-lain. Otak kanan pula berfungsi tanpa persoalan, ia patuh menerima apa sahaja saranan yang diberikan secara spontan dengan sepenuh perasaan. Ia mengawal segala emosi, kreativiti, dan perangai seseorang. Segala saranan yang diberi akan terus secara bersahaja akan diserap dan ditunaikan tanpa membantah. Ia juga adalah punca gambaran pemikiran seseorang dan tempat dimana idea-idea baru dihasilkan kerana cara ia berfungsi dan berfikir adalah tanpa batasan masa mahupun ruang dan tidak terbatas atas perkara-perkara logik sahaja. Para cerdik pandai cuba untuk menciptakan mesin untuk mengambil alih tugas yang dilakukan oleh otak kiri umpamanya komputer. Segala tugas pengumpulan data, analisa, beza-membeza akan diserahkan tugasnya kepada komputer tersebut. Sementara manusia akan punya lebih waktu untuk menumpukan akan perkara yang lebih penting yang dilakukan oleh otak belahan kanan seperti mencipta, KEMPEN BERHENTI MEROKOK 36 melukis dan melakukan usaha-usaha kreativiti dengan lebih baik lagi. Maka ini akan mengakibatkan perkembangan otak akan menjadi lebih cepat dan pesat dan menjangkau ke tahap peratusan kegunaan yang lebih tinggi. Daya imaginasi fikiran apabila digunakan untuk membayangkan sesuatu yang menjadi cita-cita kita dan kemudian di failkan di otak belahan kanan akan membuatkan kita berjaya mencapai apa sahaja keinginan kita yang sebelum ini tidak pernah kita impikan untuk mencapainya. Pembahagian secara terperinci otak sebenarnya terbahagi kepada 4 bahagian utama A, B, C, D. Kiri A Kanan C -logik -visual -fakta -agama -kritik -gerak hati -teknik -cipta -analisa -konsep -kuantiti -imaginasi Kiri B Kanan D -konservatif -personaliti -struktur -kinestetik -turutan -emosi -pengelolaan -rohani -terperinci -imbas -perancangan -perasaan Kesimpulannya segala-gala bentuk pengawalan terhadap apa saja aktiviti seseorang manusia itu letaknya di otak. Terserahlah kepada individu itu untuk mempergunakannya menurut kemahuan sendiri. Anda harus berimaginasi dengan lengkap dan teratur dengan mengandaikan anda telahpun menjadi seorang yang berjaya dan di paparan gambaran fikiran anda dapat melihat dengan jelas bahawa diri anda berada di dalam kejayaan dan memiliki segala-gala yang dicitacitakan. Bayangan itu apabila sudah jelas di fikiran anda akan dapat dirasai sendiri akan getaran-getaran perasaan tersebut yang akan membentuk suatu keyakinan yang jitu dan mutlak dalam diri anda. Keyakinan inilah yang akan menghasilkan kejayaan di alam nyata ini. Contohnya jika anda yakin, maka dengan meminum segelas air jampi sahajapun penyakit yang anda alami akan sembuh seperti sediakala. Itulah sifatnya otak belahan kanan yang mengawal fikiran bawah sedar anda yang mana akan merealitikan akan apa sahaja yang anda failkan didalamnya. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 37 Sekarang terserah kepada anda samada mahu menggunakan kebolehan diri anda itu atau membiarkannya usang tanpa diterokai dan di pungut hasilnya. Jika anda sudah bersedia untuk menjelajah ke dalam diri anda, maka luangkanlah waktu dan ikutilah segala yang disarankan dalam buku ini dengan penuh keyakinan, semoga segala petunjuk dan petua yang diberikan membuahkan keuntungan kekal dalam diri dan kehidupan anda, keluarga masyarakat dan negara yang anda sayangi. Kegiatan Otak. Kelemahan energi yang disebabkan oleh kegiatan otak dan jiwa bukanlah disebabkan oleh banyaknya pengetahuan yang tersimpan di dalam otak, atau energi yang diguna untuk menerima dan memproses segala aktiviti tetapi kelemahan itu lebih disebabkan kerana ketidak seimbangan zahir atau jasmani kita di dalam mempergunakan otak dalam menyerapi dan mengingati pengaruh situasi dan aktiviti yang kita lalui. Soal yang kedua ialah konsentrasi yang tidak disertai dengan keyakinan di dalam menghadapi masalah dan persoalan hidup, dimana pola keyakinan telah biasa bekerja tanpa stamina dan kekuatan jiwa yang tidak kekal. Akibat gelombang hidup yang mempengaruhi setiap saat dan waktu yang terus-menerus, sehingga kekuatan jiwa bergantung oleh perhitungan- perhitungan yang dapat diterima dan kekuasaan rasional dan logik telah menakluki kekuatan jiwa. Dan akhirnya jiwa tidak mempunyai kegiatan menentukan secara menyeluruh, melainkan aktivitinya banyak ditentukan oleh otak, atau fikiran. Sikap kejiwaan yang telah menjadi kurang utama akan membuat jalannya keyakinan sering terganggu dan hal inilah yang menyebabkan tenaga-tenaga ghaib telah terlepas dari ikatan- ikatannya. Kalau kita membicarakan otak, maka teringatlah kita akan tenaga ghaib yang tersimpul di dalam otak, di dalam tulang, di dalam saraf, dan semua organisma tubuh. Dan tenaga ghaib akan membentuk lapisan–60 lapisan tertentu di dalam kecenderungan seseorang berupa kepakarankepakaran tersendiri terdapat pada bahagian anggota tubuh tertentu. Getaran keinginan atau kehendak serta kemahuan yang digerakkan oleh keyakinan dan kekuatan jiwa berupa sebuah getaran tenaga ghaib yang memberikan tenaga – tenaga ghaib. PERINGKAT-PERINGKAT MINDA Otak manusia mempunyai fungsi-fungsi menurut kemampuannya, iaitu : Peringkat Sedar atau Beta. Di dalam peringkat ini akal sedar kita akan mengikut hal – hal yang fizikal, dimana pancaindera memainkan peranan penting. Segala maklumat dari alam fizikal ini disimpan dalam peringkat Beta. Peringkat beta hanya kenal dengan alam fizikal sahaja. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 38 Ukuran dalam peringkat ini berdasarkan ruang dan waktu dimana tiaptiap satu saat sebanyak 14 denyutan pada waktu kita terjaga atau 21 bahkan lebih diwaktu tidur. Disinilah perlakuan dan tindakan fizikal berlaku. Alam Nyata ini juga digelar Alam Asma, Alam Jasmaniah, Alam Kebendaan, Alam Kebadanan dan sebagainya. Peringkat Bawah Sedar atau Alpha. Pada peringkat ini terletak peringkat kesedaran dalaman, kesedaran tentang perkara – perkara yang ghaib, seperti fikiran, khayalan, emosi, dan perasaan. Orang yang dapat mengawal peringkat alpha ini boleh menyedari dan mengalami perkara- perkara ghaib, berkaitan dengan alam kejiwaan, atau alam kerohanian. Dalam peringkat minda alpha ini terdapat “Pandangan Deria Tambahan" Pancaindra ke Enam iaitu deria yang berkaitan dengan alam kejiwaan atau alpha, iaitu memandang kepada alam diri, fikiran dan emosi. Orang yang telah mahir mengawal otak peringkat alpha ini boleh berhubung dengan fikiran dengan orang lain, walaupun orang itu jauh darinya, boleh meninjau ke dalam fikiran orang lain, dan menerima maklumat otak dari orang itu walaupun dimana ia berada dan berapa jauhpun orang itu berada. Denyutan elektrik otak pada peringkat ini ialah antara 7 hingga 14 denyutan satu saat. Peringkat Theta. Minda peringkat ini adalah minda orang yang tidur, pada peringkat ini masih berkaitan dengan alam kejiwaan. Peristiwa mimpi terjadi pada peringkat theta ini, dan dalam meditasi yang khusu’ dan mendalam kawalan mindanya boleh masuk ke dalam peringkat ini, ia boleh menghantar masuk pandangan batinnya ke tempat-tempat yang jauh atau ke dimensi lain. Orang yang berada pada peringkat ini bererti seperti orang dalam tidur, otaknya relaks, dan tenang dan berada dalam keadaan di bawah kesedaran yang amat dalam. Peringkat Delta. Peringkat ini ialah peringkat tidak ada kesedaran langsung , seperti orang mati atau kena ubat bius, tiada sesiapa yang sedar dalam peringkat minda ini. Denyutan elektriknya antara 0 hingga 4 denyutan satu saat sehingga ia seolah –olah bagaikan orang mati. Oleh sebab itu orang yang hendak memperdalam ilmu kekuatan ghaib, terawangan dan melihat tembus, haruslah senantiasa belajar agar kesedaran otaknya senantiasa berada di peringkat Alpha dan atau Theta. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 39 APA ITU TENAGA DALAM Apakah yang sebenarnya disebut tenaga dalam itu? Tenaga dalam adalah suatu tenaga atau aliran kuasa yang terdapat dalam tubuh kita. Tenaga dalam itu akan bangkit serta terbentuk menjadi aliran getaran pada urat. Getaran itu sama dengan aliran elektrik yang menyelubungi tubuh yang biasanya disebut sebagai AURA. Pada manusia biasa, aura mereka sangatlah nipis hanya antara 0.5cm hingga 2cm di sekitar tubuh. Dengan adanya latihan pernafasan dan jurus-jurus, maka lapisan aura tersebut akanberlipat kali ganda bahkan beribu kali ganda daripada aura yang dimiliki oleh manusia biasa yang tidak melatih dirinya. AURA yang sudah mengembang dan menyelubungi tubuh itulah yang di sebut sebagai tenaga dalam. Tenaga ini dapat dimanafaatkan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain contohnya untuk pertahanan diri, pengobatan dan berbagai bagai keperluan lainnya. Banyak orang yang -mempunyai tanggapan bahawa tenaga dalam itu adalah tenaga batin. Seseorang yang mempunyai tenaga dalam belum tentu mempunyai tenaga batin. Akan tetapi, seseorang yang mempunyai tenaga dalam, apabila ia mempelajari dan mengamalkan ilmu kebatinan maka, hasilnya akan menjadi lebih cepat dan keberhasilan dan amalannya akan menjadi lebih memuaskan. Ini bermakna, tenaga dalam itu menjadi suatu pemangkin atau sebagai suatu kuasa menolak yang sungguh efektif terhadap keberhasilan sesuatu ilmu yang dipelajari. TENAGA DALAM SECARA AMNYA Kami memperkenalkan Ilmu Tenaga Dalam yang menjadi rahsia keampuhan pendekar-pendekar terbilang sejak zaman berzaman lagi melalui program latihan yang dianjurkan oleh Pasukan Wira Bakti Kebangsaan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Ilmu ini menekankan pada kemampuan Panca Indera Keenam (Six Sense) atau (Extra sensorik Power) dengan kaedah jurus, pernafasan dan meditasi. Kaedah ini membantu mengekalkan tubuh badan ideal sehingga anda dapat bergerak lebih lincah, bebas dari segala penyakit dan memelihara organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru, hati, hempedu dan mengaktifkan antibodi bagi menangkis ancaman penyakit baik dari dalam mahupun dari luar badan. Tubuh badan yang ideal akan mudah membangkitkan Tenaga Dalam yang selama ini terpendam apabila disusuli dengan latihan-latihan jurus, pernafasan dan meditasi yang teratur dan berjadual. Prinsip pernafasan terarah akan membantu mengembangkan lagi Tenaga Dalam yang mula membuka kerana nafas diibaratkan jambatan menuju kepada kekuatan jiwa dan sesiapa yang dapat mengendalikan nafas, ia dapat mengendalikan jiwa dan fikirannya. Apabila fikiran telah dapat dikawal maka seseorang itu akan mula mendapat Ilmu Kekuatan Minda yang akan memberikan sejuta manfaat untuk kehidupan seharian mahupun kerjaya yang diceburi. Ilmu kekuatan minda ini akan tercabang kepada Ilmu Program Hidup yang menekankan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 40 penggunaan otak belahan kanan yang mengawal Akal Bawah Sadar yang menjadi tunjang kepada kehidupan manusia. Apabila ilmu ini telah mula dipelajari, para pelatih akan dapat merasakan perubahan-perubahan mula datang dalam kehidupannya dengan tercapainya apa yang dihajati yang selama ini hanya menjadi idaman semata. Fikiran-fikiran positif akan mula mengambil alih tempat fikiran yang negatif dan akhirnya suatu bentuk keyakinan diri yang jitu dan bukannya dibuat-buat akan terpancar dalam kehidupan. Akibatnya, para pemiliknya akan mampu melakukan perkara-perkara yang luarbiasa yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Keenam-enam pancaindera akan menjalankan operasi dengan lebih sensitif dan aktif bagi mengesan segala maklumat dan dengan cepatnya disalurkan ke minda. Ini akan meningkatkan lagi tahap kepekaan tubuh bagi mengesan apa jua petaka yang mendatang supaya dapat diambil tindakan berjaga-jaga dengan lebih tepat. Gerakan refleksi yang tinggi akan menjadikan seseorang itu licah dan tangkas dalam menempuh serangan-serangan musuh yang mendatang samada secara zahir mahu pun batin. Segala kebolehan ini dapat pula dimanfaatkan kepada keluarga, sahabat handai dan masyarakat amnya. Apabila masyarakat menjadi sihat dan kuat, negara pula akan kukuh dan makmur. Tepuk dada tanya selera, bersegeralah mempelajari dan mengamal pengetahuan ini agar anda tidak ketinggalan. ENERGI HIDUP Kita dikatakan hidup apabila jantung berdenyut, terjadi pusingan darah yang membawa oksigen dan zat lainnya ke seluruh sel-sel yang membentuk tubuh kita! Dari penelitian ilmiah dapat diketahui bahawa jantung itu mampu berdenyut mengepam darah melewati pembuluh darah ke seluruh tubuh oleh adanya stimulasi saraf (cardiac plexus) yang bekerja berterusan. Kini jika kita bertanya, apakah yang membuat syaraf otonom (vegetative otonom nerves system) itu bekerja, maka jawapannya adalah : adanya suatu ENERGI HIDUP (Life force) yang terbentuk dari berbagai sumber energi alam, di dalam zat makanan (minuman) serta zat (O2) melalui proses pernafasan! Sistem Hatha Yoga dari peradahan Hindu purba menamakannya : PRANA! Sistem China purba menyebutnya CHI (qi), di Jepun dan Korea disebut KI! Sedangkan di kawasan Nusantara Asia Tenggara kita ini dikenali melalui istilah : BAYU SEJATI, NAFAS JATI, TENAGA DALAM dan sebagainya. Para pengkaji barat menterjemahkannya ke bahasa Inggeris sebagai INNER POWER, INTRINSIC ENERGY, LIFE FORCE dan lain-lain istilah. Energi Hidup ialah faktor 'penggerak' cardiofasculer, sebagai penunjang kehidupan fizik yang paling dasar, yang lazimnya disebut Z : kehidupan vegetatif sebagai bahagian kehidupan biologi kita. Lebih jauh lagi jika kita merangkumi soal 'ingatan' serta aspek kejiwaan lainnya seperti psikik, psiko, minda itu juga bergantung kepada adanya Energi Hidup tersebut. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 41 Salah satu unsur yang membantu adanya energi hidup tadi ialah udara yang kita hirup ini. Oksigen (O2) merupakan zat pembakar yang paling penting, di samping zat air (hidrogen), nitrogen, dan lain-lain. Dengan demikian jelaslah kiranya bagi kita sekelian, bahawa pernafasan (proses mengambil O2 dan melepaskan CO2) dan seluruh proses metabolisme yang lebih rumit terjadi di dalam sel tubuh kita, merupakan syarat bagi setiap makhluk hidup, dari haiwan bersel tunggal, tumbuhtumbuhan, haiwan melata, berenang di dalam air, terbang di udara, sehingga makhluk tertinggi iaitu homo-sapien atau umat manusia! Hakikat Proses Pernafasan Penyerapan oksigen, sesungguhnya terjadi di dalam sel-sel dalam tubuh, sedangkan paru-paru merupakan organ tubuh untuk menampung udara melalui lubang hidung. Jika aktiviti nafas yang terganggu keseimbangan energi dalam tubuh kita pun akan terganggu pula. Untuk mencapai suatu mutu kesihatan yang baik, sistem pernafasan (respirasi) yang lancar dan semulajadi sangatlah penting. Terlebih lagi apabila kita sedang menderita sakit, terlalu lelah fizikal mahupun mental, sistem pernafasan merupakan bahagian terutama sekali diberi perhatian. Maka setiap rumah sakit pasti amat memperhatikan pentingnya pengaliran nafas masuknya udara bersih yang menunjang pernafasan pesakit. Terciptanya sistem tradisional latihan pernafasan (Pranayama Yoga, Qigong, Taijiqan, Tenaga Dalam dan lain-lain) memang sangat beralasan sekali. Terutama setelah kita semua mengetahui, betapa pentingnya fungsi pernafasan bagi membentuk Energi Hidup kita tadi. Maka sebahagian besar dari isi buku ini adalah menghuraikan tentang sistem latihan pernafasan guna mengembangkan sumber Energi Hidup (Tenaga Dalam,Prana, Qi, Ki) tersebut. Sistem latihan pernafasan membina kesihatan sesungguhnya mula dikembangkan untuk menunjang prestasi dalam bidang olahraga; juga termasuk pula pengembangan tenaga inti atau tenaga-dalam (inner power) bagi seni dan olahraga beladiri, teristimewa pada Pasukan Wira Bakti Kebangsaan. Walaupun aplikasi olah-nafas untuk beladiri bukan keperluan hakiki, tetapi ini membuktikan betapa luasnya mutu dan manfaat praktis sistem pernafasan bagi segala aktiviti kehidupan kita. Hubungan Energi Hidup Dengan Proses Regenerasi Untuk mempertahankan hidup ini, maka fizik melaksanakan sejumlah proses yang salah satu daripadanya ialah proses regenerasi! Regenerasi adalah suatu proses penggantian sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan sel-sel baru secara terus menerus sepanjang hayat dikandung badan. Tanpa proses regenerasi, maka sel yang rosak itu tidak akan berfungsi lagi, bahkan merupakan sisa yang menghalangi fungsi semulajadi tubuh, akhirnya fungsi tubuh juga berhenti atau mati. Di sini pernafasan (respirasi) sebagai proses pengambilan oksigen dan pengeluaran sisa pembakaran atau karbon dioksida (CO2) serta penggunaan Energi dalam tubuh merupakan proses yang terjadi dalam tiga bentuk. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 42 Pertama Respirasi dalam pengertian 'bernafas' yang nampak diluar, iaitu menyedut nafas (inspirasi) dan mengeluarkan sisa pernafasan(expirasi). Kedua Respirasi dalam erti yang lebih khusus sebagai suatu proses pertukaran zat (metabolisma), yang tak nampak oleh kita kerana terjadi di dalam sel-sel. Ketiga Respirasi bererti juga suatu reaksi enzim-enzim yang menyebabkan sel-sel tubuh kita mampu mempergunakan oksigen bagi menghasilkan energi. Proses Respirasi tersebut menyerap dan menggunakan oksigen dan menghasilkan Energi Hidup yang dipergunakan dalam proses kehidupan; menurut ilmu fa'al (fisiologi) dikatakan adanya gejala-gejala hidup: mengadakan pertukaran zat (metabolisme, tumbuh dan berkembang, bereaksi terhadap rangsangan, bergerak dan berkembang. Semuanya itu memerlukan energi yang dihasilkan melalui respirasi di samping melalui proses pencernaan zat makanan. Sel tubuh sebagai sebuah satuan bentuk sekaligus satuan fungsi bagi tubuh kita, pada suatu masa mengalami regenerasi!. Sel-sel yang rosak dan tak dapat berfungsi lagi akan digantikan oleh sel-sel baru. Di sini keseimbangan hidup berperanan sekali untuk penyelenggaraan regenerasi secara sempurna, sehingga tubuh akan sentiasa dalam keadaan yang bersedia untuk berfungsi secara umum lazim kita sebut sebagai sihat walafiat. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 43 CHAKRA Cakra bermaksud pusat tenaga dalam tubuh manusia. Ia adalah umpama setesyen janakuasa elektrik bagi keseluruhan sistem peredaran tenaga dalam badan. Ia berfungsi dengan menapis tenaga kasar dari tenaga magi di persekitaran dan menghasilkan tenaga yang lebih halus dan tersaring yang kemudiannya dimanfaat bagi pertumbuhan sel-sel tubuh. Chakra Pertama (Akar Chakra) Chakra pertama, iaitu akar chakra, penting bagi keselamatan kita. "Berbicara secara psikologis, akar chakra berkaitan dengan naluri menyelamatkan diri yang paling dasar. Ia berkaitan dengan perasaan paling utama dan ia merupakan penggerak utama di balik apa yang disebut tanggapan perjuangan atau penerbangan Terletak di daerah kelamin, chakra pertama menerima pemrograman dasar yang pertama dari lingkungan keluarga kita. Melalui pemrograman ini, kita membuat keputusan berkaitan dengan hak atau kemahuan kita agar selamat. Pengalam paling pertama kita juga terekam di sini, terwujud dalam kewaspadaan atau penolakan terhadap perasaan paling pertama kita. Lokasi Pinggang bawah, daerah kelamin. Warna Merah Aspek yang dalam chakra ini berhubungan dengan bagaimana kita menempatkan diri ke luar memasuki dunia dan seberapa berhasilnya kita selamat. berkaitan dengan seberapa mampunya kita menerima bantuan lahir dan menjaga "kemahuan hidup" kita tetap hidup. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 44 Sumber Ghairah, perasaan dasar, pertama, termasuk kemarahan, terror, kebahagiaan, energi lahir untuk mencapai tujuan hidup, pemrograman dasar tentang apa yang layak bagi kita dalam dan di luar kehidupan. Dudukan dari keberadaan dalam dunia fisik, kemahuan untuk hidup. Kata Kunci Kesadaran Jenis Energi Dihidupi oleh energi api dari dalam dan luar diri kita. Ia adalah chakra penerima kundalini, energi tanah kasar, yang mengunpani daya hidup kita dan menjamin keselamatan. Chakra Kedua Chakra Kedua terletak dalam rongga perut, adalah pusat dari perasaan dan kreativitas kita. Melalui chakra ini, kita mulai mengerti tanggapan kita terhadap dunia dalam dan luar kita, dan memutuskan bagaimana kita akan mengungkapkan tanggapan ini. Perasaan yang timbul di sini umumnya "lebih lunak" dari perasaan yang muncul dalam chakra pertama. Cara paling sihat untuk mengolahnya adalah melalui ungkapan yang kreatif dan emosional. Pusat ini sangat penting bagi wanita yang saya yakini, menyimpan sebahagian besar energi kehidupan di dalamnya. Berkaitan dengan proses fisik, ia berhubungan dengan usus, organ rongga perut dan sistem persalinan wanita. Lokasi Rongga perut Warna Jingga Pengenalan Unsur air Unsur yangnya berkaitan dengan bagaimana kita mengungkapkan perasaan kepada orang lain dan mencipta di dunia, aspek berkaitan dengan penyerapan atau penafsiran perasaan orang lain, membuat penilaian sendiri tentang kreativitas dan perasaan kita sendiri, dan bersikap mampu memasukkan energi kehidupan yang diperlukan untuk merasa dan mencipta. Sumber Perasaan, energi kreatif, kegiatan semasa hamil dan bersalin (bagi bayi, bisnis, ide, proyek - apa saja); kekuatan wanita. Dudukan dari Perasaan dan kesedaran kita terhadapnya (perasaan adalah bahasa dari tubuh); kemampuan kreatif; jatidiri wanita. Kata Kunci perasaan, kreativiti. energi kehidupan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 45 Chakra Ketiga (Chakra Solar Pleksus) Chakra ketiga sangatlah rumit. Dikenal paling umum sebagai "pusat kekuatan" berfungsi sebagai tempat penyimpan penilaian, pandangan, dan keyakinan yang kita kumpulkan tentang diri kita dan dunia. Penilaian ini, pada gilirannya, mempengaruhi kepercayaan dan harga diri kita. Mungkin inilah sebabnya mengapa pusat ini dianggap sebagai sumber pemahaman, "pengetahuan" yang memberitahu kita bagaimana bertindak di kalangan sekolahan, lingkungan masyarakat dan dunia. Dalam "Kehidupan Psikis Wanita" energi psikis" bagi tubuh fisik dan bukan fisik. Ia mengatakan, "keseimbangan emosional serta psikis terletak pada pusat ini dan bentuk fikiran dibuat di sini." Pusat ini khususnya penting bagi pria yang, saya yakin harus lebih diandalkan dalam membuat keputusan daripada chakra pertama. proses pencernaan kita dan saling berhubungan dengan organ yang terletak di dalamnya. Lokasi Daerah Solar Pleksus / rongga dada Warna Kuning Pengenal Unsur udara dan pengisi angkasa, termasuk burung. Keberadaan yang melibatkan pengungkapan diri di dunia; berkaitan dengan pandangan serta penilaian tentang diri dan yang lainnya. Sumber dari Kekuatan pribadi, penilai diri sendiri atau orang lain, pemahaman intelektual dari keberadaan fisik / keduniawian; kekuatan pria. Dudukan dari Harga diri, kekuatan, kemahuan yang terarahkan, kemampuan membezakan / memisahkan ; jati diri pria. kekuatan, perbezaan (diskriminasi) Jenis Energi Mental, intelektual Gaya Komunikasi Fisik Difahami sebagai idea, fikiran atau pemahaman intelektual yang mencatat selera untuk membantu kita agar berhasil, menjadi perantaraan di dunia, berhadapan dengan orang-orang dan membuat keputusan yang efektif. Dikenal sebagai tempat mental atau pemurnian penginderaan, cara untuk mengetahui atau merasakan sesuatu yang jika dapat dijelaskan adalah tidak rasional / masuk akal. Informasi ini biasanya diterapkan dalam pengolahan masalah-masalah kekuatan pribadi serta penilaian diri dan orang lain. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 46 Chakra Keempat Sejak dimulainya waktu, jantung telah dianggap sebagai pusat tubuh manusia. Wadah peleburan energi Ketuhanan dari ubun-ubun dan dorongan kehidupan daerah kelamin Dalam tradisi suku Indian Cherokee, Dhyani Ywahoo mengatakan, "sebahagian besar dari proses perubahan kita, khususnya yang berkaitan dengan emosi, terjadi dalam paru-paru dan besar dari keputusan kita akan lebih tepat atau asli jika dibuat oleh jantung, pusat hubungan, cinta, dan kasih sayang. Beberapa mengatakan, bahawa keberhasilan manusia bergantung pada perubahan jantung kita. Perubahan kita energi fisik dari jantung yang berubah dapat menunjukkan hal ini. Pada saat lahir, jantung bewarna hijau, menunjukkan kemampuan penyembuhan bayi dan energinya. Dalam masa dewasa, ia bewarna merah muda, perpaduan antara warna putih (maksud / tujuan) dari ubunubun dan warna merah (ghairah) dari chakra pertama. Akhirnya kita mencapai warna emas, warna dari cinta kasih umum. Dalam tingkatan yang lebih duniawi, chakra ini mempengaruhi proses fisik berkaitan dengan jantung dan paru-paru (fungsi sirkulasi dan pernafasan) Lokasi Jantung Warna Hijau, unggu, emas Pengenal Unsur tanah dan binatang mamalia (menyusui). Fungsi yang menyatakan hubungan dengan orang lain dan apa yang kita berikan kepada dunia, aspek yin berkaitan dengan hubungan diri dan apa yang kita mahu kita terima dari dunia. Sumber dariEnergi penyembuhan, hasrat kita yang paling dalam ; impian. Dudukan dariKasih sayang, hubungan. Cinta, penyembuhan. Jenis energi Astral (berhubungan dengan dunia astral dan dunia impian). Gaya komunikasi Fisik Mengkomunikasikan kebutuhan fisik dan emosional melalui penginderaan fisik, termasuk sakit hati, terkejut dan rosak emosional. Sumber dari energi penyembuhan yang digunakan dalam penyembuhan dengan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 47 tangan, pelukan dan sentuhan fisik. Jantung mengkomunikasikan atau menerima setiap kali kita melakukan apa yang kita suka lakukan. Chakra kelima Chakra Kelima sangat berguna untuk mengungkapkan dan melindungi diri. Melalui chakra lima, kita mengungkapkan apa yang ada dalam fikiran kita, yang kira rasakan, kita lihat, kita inginkan, dan yang kita benci. Sisi depan chakra ini sering dikenal sebagai "kedudukan tanggungjawab" kerana melalui ini kita mengatakan "ya" atau "tidak" terhadap pendapat seseorang. Juga berkaitan dengan jiwa, chakra ini terlihat sebagai wahana pengungkapan jiwa terhadap hasratnya. Kerana kepentingan fisiknya yang besar, chakra ini memungkinkan kita memberikaninformasi yang kita terima dari diri batin kita. Keberadaan fisiknya melibatkan kerongkongan dan proses pendengaran. Lokasi Kerongkongan Warna Biru Pengenal Bentuk yang berkaitan dengan unsur eter dan kemanusiaan. Fungsi yang berhubungan dengan pengungkapan dan penyuaraan kebenaran ; tersesuaikan untuk menerima bimbingan. Sumber dari Kebenaran Dudukan dari Kebijaksanaan, tanggungjawab Ungkapan Jenis Energi Bersifat eter, suatu energi emosional yang dimuati dengan kesadaran kejiwaan. Chakra keenam (Mata ketiga) Sejak zaman dahulu, chakra ini juga dinamakan "mata ketiga" yang merupakan pusat penglihatan dalam dan luar kita. Melalui ini, kita mendapatkan, merekam serta mengirimkan gambar, lambang, warna dan bayangan yang menyatakan kenyataan. Berhubungan dengan kelenjar pituitari (yang menghasilkan lendir), pusat ini mengatur banyak fungsi hormon dan endokrin kita , mendasarkan kesihatan fisiknya pada tujuan dan citra diri kita. "Kelenjar endoktrin merupakan bahagian dari sistem pengendalian induk yang kuat mempengaruhi ... tubuh mulai dari tingkat pengaktifan gen dalam sel sampai kepada fungsi sistem syaraf pusat. Jadi KEMPEN BERHENTI MEROKOK 48 chakra ini mampu mempengaruhi suasana hati. (Mood) dan perilaku kita melalui pengaruh hormona pada kegiatan otak." Lokasi Dahi (kepala bahagian depan) – Warna Unggu Tokoh yang berkaitan dengan kejiwaan seperti orang suci (wali), guru pendeta. Aspek yang berkaitan dengan kemampuan melihat dan mencapai masa depan, dan melakukan pengukuran perencanaan strategis, fungsi berkaitan dengan citra dan pemahaman diri. Sumber dariPenglihatan ke dalam Dudukan dariPenglihatan dan melihat Kata KunciPenglihatan Jenis Energi Cerebal (berkaitan dengan otak); sisi depan mata ketiga menarik energi dari otak dan chakra ketujuh. Chakra Ketujuh Terhubungkan dengan kelenjar pineal, lapisan luar otak, dan chakra lebih tinggi kita. Chakra ini mengatur banyak fungsi dalam dan luar tubuh. Aliran energi dimasukkan ke dalam tubuh melalui berkas aliran yang memasuki chakra ubun-ubun" "Pusat Fisik" dari pengetahuan lebih tinggi, menerima energi kejiwaan dan bimbingan yang diperlukan untuk mengaktifkan maksud kita. Kerana terhubungkan dengan bidang yang lebih tinggi, chakra ketujuh dianggap sebagai pusat ketuhanan kita. Tempat kita mengetahui kesatuan diri kita dengan Sumber Ketuhanan dan semua makhluk kejiwaan lainnya. Lokasi Ubun-ubun Warna Putih Pengenal Satuan kejiwaan dan intisari, seperti roh atau bentuk ketuhanan, malaikat atau kekuatan. Mengandung kemampuan yang untuk menghidupkan jati diri ketuhanan dengan mengungkapkan maksud dan kemampuan yin untuk memasukkan energi yang penting bagi kejiwaan alamiah kita. Sumber dari Kesadaran Ketuhanan Dudukan dari Kesatuan diri kita dengan semuanya. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 49 Kata Kunci Ketuhanan Jenis Energi Bersifat keterik, bentuk materialisasi dari energi kejiwaan yang berasal dari luar lingkungan bumi / ruang angkasa. Kelima Chakra Luar Tubuh Untuk mengerti sepenuhnya tentang sistem energi yang berdasarkan pada fisik manusia, kita harus mempelajari tentang lima chakra atas manusia. Kelima chakra ini berhubungan dengan tubuh fisik, tetapi tidak terletak atau berdasar di dalam tubuh. Namun, semuanya berlaku sebagai perantara antara chakra lebih tinggi yang ghaib dan chakra dalam tubuh. Keberadaannya menegaskan keyakinan C.W. Leadbeater bahawa "chakra secara alami terbahagi dalam tiga kelompok ... berturut-turut adalah psikologi, keperibadian dan kejiwaan". Pada dasarnya, ketujuh chakra yang paling bawah menyatukan energi kejiwaan, fisik, mental dan emosional dengan perekat fisik. Perubahan yang terjadi di dalam ketujuh chakra ini cenderung mengakibatkan hasil yang dapat terasa. Kita mendapatkan pekerjaan, menjadi sakit, pulih kembali, mendapatkan atau kehilangan kenalan. Walau demikian, seperti yang diamati Gerber, chakra memberikan fungsi pengaturan pada tubuh kita, ada tubuh dan energi lain yang mempengaruhi kita.Ia mengatakan "Perubahan pada tubuh fisik hanyalah hasil yang terlihat dari kejadian fisiologi yang berlangsung secara bersamaan pada berbagai tingkatan energi." Salah satu tingkatan itu melibatkan kelima chakra atas ini, yang menghubungkan pusat energi lahir dan batin. Semua ini menggabungkan yang terlihat dan yang ghaib, bekerja paling sering dengan energi yang bersifat unsur dan celestial. Energi yang bersifat unsur berhubungan dengan jenis quanta yang menciptakan bumi : api, air, udara dan tanah. Energi selestial menjalar lebih cepat, dalam frekuensi lebih tinggi, mungkin melalui tachyon, partikel yang bergerak lebih cepat daripada kecepatan cahaya. Ini adalah energi yang menghubungkan konsep, idea, prinsip, nilai secara kejiwaan. Saya yakin bahawa kelima chakra ini bekerja secara kimiawi di antara mereka sendiri. Semua ini merupakan chakra tempat terjadinya keajaiban, imajinasi menjadi kenyataan, kemanusiaan menerima keselamatan. Semua adalah chakra yang mempertukarkan energi yang bersifat unsur dan celestial. Marilah kita tinjau setiap chakra ini secara lebih mendalam. Chakra Kedelapan Chakra kedelapan sangat menarik. Saya menemukan chakra ini dari bawah ke atas, terletak sekitar satu setengah inci di atas kepala., "Rasakanlah dengan mengangkat telapak tangan kiri di atas pusat ubunubun kepala dan rasakan energinya." Saya merasakannya seperti sesuatu yang datar, sehingga sukar ditemukan. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 50 Bekerja dengan chakra ini, saya sampai pada keyakinan bahawa ini gerbang kita memasuki dan keluar dari dunia waktu / ruang kita. Di dalamnya, pelanggan dan para siswa saya melaporkan, mereka merasakan seperti berada di luar angkasa dan sering melihat berbagai bayangan bintang dan planet. Angin, lingkaran, garis dan jalur dari masa lalu, kini dan masa depan kita sendiri serta orang lain dapat ditemukan di sini. Di sini juga ditemukan cacatan (kada dan kadar) Akashi, "buku" tempat tercatatnya semua apa yang kita lihat, lakukan dan katakan dalam kehidupan atau yang lainnya. Guru suku bangsa Ywahoo menyebut catatan ini sebagai "Kuil Pengertian" yang berisikan" ... semua program pengungkapan kita tentang kehidupan ini dan kehidupan lainnya samasama ada." Kerananya, kita dapat menjangkau segalanya tentang masa lalu kita melalui chakra kedelapan. Jika tepat, kita dapat juga membaca masa lalu orang lain. Kita dapat menjelajah ke tempat mana pun yang memang ada di masa sekarang atau dalam dimensi yang lainnya. Meraba ke masa depan yang dapat dipastikan atau kemungkinan besar akan datang. Juga mungkin untuk membaca masa lalu, kini dan yang akan datang lainnya. Jika bekerja bersama pelanggan yang mengalami kesulitan memisahkan masalah-masalah mereka dari yang lainnya, saya seringkali membimbing mereka memasuki chakra kedelapan kereka. Lokasi Sekitar satu setengah inci di atas kepala. Warna Perak atau ultra lembayung. Pengenal Chakra yang berdasarkan kewanitaan dengan inti pati, paling sering dikaitkan dengan bayangan penglihatan seperti bulan, bintang, malam, planet, dimensil lainnya dan waktu itu sendiri. Unsur yang-nya berkaitan dengan cara kita menjalani karma, unsur nya adalah kemampuannya menyimpan ingatan dan berlaku sebagai catatan peribadi. Sumber dari Semua pengetahuan yang telah lau, ingatan yang bersifat karma, hubungan kejiwaan, jangkauan ke dimensi dan waktu yang lain. Dudukan dari Waktu dan ketiadaan waktu, karma, hubungan kejiwaan, gerbang masuk dan keluar melalui khasanah waktu / ruang. Kata Kunci Waktu Jenis Energi Ruang Mempengaruhi indera kita tentang keseimbangan, waktu dan perencanaan. Kunci terhadap pengalaman fisik dan emosional yang terjadi di masa lalu. Chakra Kesembilan (Chakra Jiwa) KEMPEN BERHENTI MEROKOK 51 Chakra kesembilan kita adalah yang paling sedikit difahami, walau kadang anda menyakininya sebagai salah satu chakra paling penting. Saya menyakini penasihat tanpa saya sedari, walau sering bekerja pada tingkatan ini, bagi chakra kesembilan berfungsi sebagai "dudukan jiwa kita" berkomunikasi melalui bayangan, model pola angka dan lambang yang lainnya. Pada dasarnya, chakra ini bekerja persis seperti salah satu dari sel fisik kita. Ia mengandung gen kejiwaan, program yang mendasari pilihan yang telah kita tetapkan berkaitan dengan tubuh fisik, keadaan emosi dan keyakinan mental. Dalam "Kedokteran Getaran", merujuk gen ini sebagai model dengan mengatakn, "Tubuh yang bersifat eter adalah model pertumbuhan energi bagi yang bersifat fisik. Perubahan berenergi terjadi pada tingkatan eter sebelum mewujudkan menjadi sel-sel fisik. "Dalam chakra ini terletak kebutuhan dasar dari maksud jiwa serta informasi yang berkaitan dengan maksud kehidupan dan tugas hidup kita. Semua penyembuhan harus dihubungkan dengan chakra kesembilan agar terpadu sepenuhnya. Hanya dengan menyembuhkan tubuh kejiwaan yang membawa semua data dari satu inkarnasi ke inkarnasi lainnya, kita dapat dipastikan tidak hanya mengulangi pelajaran kita secara terus menerus. Lokasi Kira-kira satu setengah kaki panjang di atas kepala. Warna Emas atau inframerah Berbentuk bundar jamur, berpenampilan jantan dengan lapisan kewanitaan. (Penampilannya tentu saja bergantung pada sifat alami jiwa yang diwakilinya). Ia mengandung semua lambang, pola dan model pertama yang tepat bagi masing-masing orang setiap lambang berfungsi seperti sebuah kromosom. Mengandung kemampuan yang untuk mencetak dan mendesain tubuh fisik serta membentuk kehidupan agar memenuhi akhir kejiwaan dan kemampuan yin untuk menyalurkan energi dari Sumber Ketuhanan untuk menciptakan dan mengubah jiwa itu sendiri. Sumber dari Energi penciptaan dan perubahan, rencana induk (master plan) dan benih kehidupan. Dudukan dari Gen Kejiwaan dan model, model pertama peribadi dan lambang-lambang. Kata Kunci Jiwa Jenis Energi Radioaktif. Chakra Kesepuluh (Chakra Pentanahan / grounding) Satu dari kejahatan terbesar dalam gerakan metafisika adalah kurangnya atau pengajaran yang tidak menyeluruh dari chakra yang kesepuluh ini. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 52 Kita tidak akan dapat bertindak efektif dalam kehidupan sehari-hari, melakukan fungsi fisik atau berusaha memenuhi maksud kehidupan jika kita tidak ditanahkan. Ditanahkan maksudnya adalah bahawa kita terhubungkan sepenuhnya dengan bumi, kita berada "dalam" tubuh kita. Orang yang ditanahkan dapat mengerahkan seluruh kemampuan dirinya, keistimewaan dan pengalamannya sehingga mampu menangani keadaan apa saja. Dalam cara ini, semuanya sebanding dengan kesatrian Shambali, kesatrian kejiwaan yang hidup tanpa rasa takut dan selalu siap bertindak. Orang yang tidak ditanahkan sangat mudah dikenali. Mereka cenderung bersikap kacau, boros serta tidak menyatu dengan kebutuhan dan perasaan. Jika saya tidak ditanahkan, saya biasanya merasa seperti sedang berada di luar tubuh. Ini biasanya merupakan tanggapan penuh ketakutan. Banyak dari kita memisahkan keduanya dari suatu pengalaman dan dari diri kita untuk menghadapi masalah. Lokasi Sekitar satu setengah sampai empat kaki di bawah kaki Warna tanah, termasuk sitrum, coklat, biru kehijauan, kuning-kecoklatan, kuningketanahan, hijau buah olive Mengandung keempat unsur buni : api, tanah, air dan udara. Fungsi yang dimaksudkan untuk membatasi penghamburan dan menyalurkan energi bagi pencapaian kehidupan nyata, unsur yin dimaksudkan untuk menerima energi bumi bagi keseluruhan sistem. Energi kehidupan sehari-hari, energi pembersihan sehari-hari, energi untuk menjiwakan tubuh. Membimbing dan menunjang informasi dari masa lalu yang belum lama berlalu, kini atau masalah kehidupan seharihari. Memilih karakteristik fisik dari kumpulan gen untuk membantu kita menghadapi tentangan sepanjang hidup, melalui kaki kita, membawa informasi dari keturunan. Dudukan dari Informasi dan energi kehidupan sehari-hari. Jenis Energi Bersifat unsur mendasar Chakra Kesebelas "Chakra lain yang paling jarang dibicarakan adalah yang terletak di telapak tangan dan telapak kaki," Mengetahui tentang chakra kesebelas dapat sangat bermanfaat ditinjau dari segi energi. Terlihat sebagai lapisan nipis berwarna merah muda di sekeliling kaki dan tangan. Chakra ini dapat mengubah dan mengalihkan muatan fisik luar atau energi emosional ke dalam energi mentah yang dibutuhkan tubuh untuk berfikir, menangapi dan menjawab. Misalnya jika lelah, kita dapat menghirup energi dasar yang bersifat unsur melalui kaki, memasukkan kekuatan dari badai kilat melalui tangan, atau menyerap energi negatif kemarahan seseorang dan mengubahnya untuk memperkuatkan tanggapan kita KEMPEN BERHENTI MEROKOK 53 sendiri. Kita juga dapat melepaskan energi melalui chakra ini untuk menyingkirkan hambatan, halangan, rasa ngeri dan masalah-masalah yang sudah tidak lagi membantu perkembangan peribadi atau untuk mengarahkan energi fisik atau psikis untuk menghasilkan perubahan. Lokasi Disekitar tangan dan kaki. Warna Merah muda. Bayangan apa saja yang berkaitan dengan memberi dan menerima, seperti membuka dan menutupkan tangan. Fungsi yang-nya berkaitan dengan energi yang diberikan ke dunia, peluang yang dimanfaatkan atau ditampik, fungsi yin-nya berkaitan dengan dukungan atau bantuan yang diterima. Sumber dari Energi pengalihan, titik masuk untuk menerima atau mengirim energi yang dirancang untuk memenuhi keperluan atau menghadapi keadaan. Dudukan dari Transmutasi energi fisik. Jenis Energi Bersifat eter. Chakra Keduabelas Chakra keduabelas sebenarnya merupakan kumpulan dari tiga puluh dua titik pada tubuh dan aura. Saya melihat titik-titik dalam tubuh ini sebagai Sistem Chakra Kedua. Sementara sebahagian besar dari chakra kedua ini terletak dalam tubuh fisik kita dan beberapa di antaranya berada diluar. Ketiga puluh detik chakra kedua, misalnya, adlah pusat bumi kerana keselamatan / kelangsungan fisik kita berkaitan erat dengan kemampuan kita menyatu dengan unsur tanah tertentu. 1. Tungkai kaki. 2. Tongkeng. 3. Ujung tulang ekor (kokiks) 4. Tulang punggung bahagian pantat / belakang (sakrum) 5. Tulang punggung bahagian perut (lumbar) 6. Tulang punggung bahagian dada (thoraks / dorsal) 7. Tulang punggung bahagian leher 8. Tengkorak (cranial) 9. Tali Perak menuju Jiwa 10.Gelembung pegas dalam kaki 11.Pergelangan kaki 12.Lutut 13.Paha 14.Tulang pinggang 15.Pusat perut dan organ seksual KEMPEN BERHENTI MEROKOK 54 16.Umbai cacing / Usus buntu 17.Ginjal dan adrenal 18.Usus besar dan usus kecil 19.Pankreas 20.Hati 21.Kandung Empedu 22.Limpa 23.Lambung 24.Sekat rongga dada (diafragma) dan paru-paru 25.Lengan 26.Gelembung pegas dalam telapak tangan 27.Pergelangan tangan 28.Siku / sikut 29.Tulang selangka (klavikula) 30.Kerongkong (termasuk larinks, tiroid dan lidah) 31.Otak bahagian atas (fungsi yang mengarah pada kejiwaan melibatkan ceberum (otak besar), pineal, pituitari, hipotalamus dan kelenjar talamus. 32.Pusat bumi. Masing-masing dari chakra kedua ini berhubungan dengan chakra pertama sesuai dengan angka yang berkaitan seperti ruas tulang belakang tertentu pada kolom tulang punggung. Bab sepuluh membahas secara lebih mendalam tentang setiap titik ini. Setiap chakra kedua juga berhubungan dengan model pertama manusia tertentu. WARNA AURA MANUSIA DAN ERTINYA Bagaimana cara kita menterjemahkan warna, setelah kita menyadari bahawa warna itu hanya merupakan simbol yang dinyatakannya? Warna aura tiap perorangan pastilah berbeza-beza, bahkan warna seseorang tidak selalu sama setiap waktu sesuai dengan keadaan kesihatan, perubahan mental serta fisiknya. Para clairvoyant atau orang berpandangan terang yang Leadbeater, bahawa dapat dibezakan warnawarna berikut ini, dan warna itu menyatakan kondisi fisik, mental serta spiritual yang terdapat pada saat tertentu. Erti warna Aura adalah sebagai berikut : HITAM Bererti kebencian dan maksud jahat; bentuk fikiran benci dan marah adalah mirip asap hitam. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 55 MERAH Kilatan merah tua atas latar belakang hitam menunjukkan kemarahan; merah seram menunjukkan hawa nafsu. COKLAT Coklat kemerahan pudar menunjukkan keserakahan; coklat keabu abuan pudar menunjukkan sifat mementingkan diri. COKLAT-KEHIJAUAN Disertai kilatan merah atau merah tua menunjukkan iri hati ABU ABU Abu abu timah berat menunjukkan kemuraman yang dalam; abu abu pucat menunjukkan ketakutan. MERAH TUABeerti cinta. OREN Kebanggaan atau cita-cita. KUNING Menunjukkan kecerdasan; bila pudar, menunjukkan bahawa kecerdasan itu digunakan untuk tujuan mementingkan diri. HIJAU Biru kehijauan tua menunjukkan sifat baik, simpati yang dalam, sedangkan abu abu kehijauan menunjukkan ketidakjujuran dan kelicikan. BIRU Biru tua menunjukkan rasa keagamaan; biru muda menunjukkan ketaatan pada cita-cita mulia dan kerohanian. PUTIH ATAU HAMPIR PUTIH Menunjukkan kerohanian tinggi. COKLAT PUDAR DAN BIRU PUDAR Menunjukkan rasa keagamaan yang mementingkan diri. KUNING PUDAR Kecerdasan tingkat rendah. ABERIKOS Menunjukkan kebanggaan. MERAH BATA Beerti kesayangan yang mementingkan diri dan keserakahan. MERAH MUDA DAN CERAH Menunjukkan kesayangan murni HIJAU KEABU ABUAN Ditambah sedikit ke arah merah menunjukkan penipuan. Aura kesihatan, nampak jelas oleh orang berpandangan terang sebagai kabut agak bercahaya abu abu keunguan, menembusi bahagian padat badan fisik dan sedikit di luar badan fisik. Dengan demikian mudah dimengerti bahawa kombinasi dan modifikasi semua warna tidak terbatas banyaknya, sehingga tingkat perangai yang paling halus dapat ternyatakan dengan tepat. Banyak dari warna itu tidak dikenal dalam sifat fisik kita, sehingga tidak mungkin untuk membuat gambaran warna batin dengan warna yang ada pada kita.Maka bila KEMPEN BERHENTI MEROKOK 56 seorang clairvoyant (berpandangan terang) melihat warna ini dalam aura atau sekeliling seseorang, ia dapat merasakan sifat yang ternyatakan itu; hal yang sama berlaku pula bila warna itu terlihat di sekitar roh arwah. Tujuh Lapisan Aura Manusia Seorang yang telah maju kemampuannya melihat aura, dapat melihat beberapa berkas sinar putih halus memancar dari badan manusia. Berkas sinar putih ini terutama datang dari daerah kepala, yang merupakan sinar magnetis dan tidak berhubungan dengan kondisi fisik orangnya. · Aura yang terdalam terdiri dari lima pita yang berbeza beza warnanya. Lapisan pertama bewarna putih bersih, yang kedua biru muda, yang ketiga biru agak tua dan keempat kuning lemon yang kelima merah. · Lapisan aura kedua berwarna ungu kebiruan, berubah ke rose, keduanya saling bercampur membentuk kombinasi sangat indah. · Lapisan aura ketiga terdiri dari tiga jalur : pertama merah, kedua ungu dan ketiga oren. · Lapisan aura keempat terdiri dari hijau berbentuk ombak mirip mendung, ditepinya sedikit kuning mirip tepi mendung keemasan pada pagi hari. · Lapisan aura kelima berwarna biru nila, dengan tepi keperakan. · Lapisan aura keenam terdiri dari warna biru muda sangat indah dengan tepi putih keemasan. · Lapisan aura ketujuh dan merupakan yang paling berwarna seperti kabut keabu abuan agak ungu muda. Aura lapisan ketujuh ini, merupakan kulit luarnya aura yang disebut sebagai "telur aura" dan akan diuraikan di bahagian selanjutnya bab ini. Perubahan warna Sinar kuning keemasan di sekeliling kepala menunjukkan bahawa orangnya adalah sangat cerdas diberangi dengan spiritual yang tinggi; kadang-kadang kelihatan seperti mengandung awan "debu emas", dengan masing-masing percikan berputar sendiri seperti spiral. Warna aura bukannya tidak berubah ubah, maka kita tidak selalu boleh melihatnya seperti yang telah digambarkan di atas. Warna-warna itu sangat termodifikasikan oleh kondisi mental serta emosi orang itu; fikiran dan emosi yang dialami pada waktu pengamatan juga mempengaruhi aura. Maka ketakutan memberikan lingkaran cincin kuning, tersebar dalam bentuk konus berwarna abu abu, merah dan ungu. · Fikiran ketaatan yang indah, dapat ternyatakan dalam bentuk bintang kabut kebiruan disertai pinggiran kuning. · Belas kasihan terlihat sebagai awan ungu kemerahan yang mengeluarkan konus konus runcing berwarna merah. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 57 · Penipuan memperlihatkan kabut biru baja, dengan pinggiran merah dan bentuk spiral. Ketakutan menimbulkan bola-bola kabut abu abu, merah dan kuning; sedangkan takut bercampur marah akan megeluarkan kabut abu abu kehitaman yang mengeluarkan kilatan-kilatan api listrik. "Telur Aura" Telur aura terbentuk oleh ketujuh lapisan aura yang membukus orang itu seluruhnya. Tinggi telur aura kira-kira sembilan kaki dan berdiameter lima kaki. Dengan mempelajari warna warna telur aura, dapatlah seorang berpandangan terang mempelajari sifat perorangan pemilik aura itu. Tentu saja diperlukan diperkembangkan batin yang cukup tinggi, dan penelitian yang makan waktu lama untuk dapat menemukan semua detail yang diberikan di bab ini dalam praktiknya. Tapi misalkan anda telah mampu melihat aura orang, maka anda dapat meneliti warna telur aura dan akan menemukan hal sebagai berikut : Seorang yang tinggi perkembangannya, dapat dikethui oleh adanya kabut sinar keemasan memancarkan dari kepala sampai hampir di pucuk telur. Di atas pucuk ini terdapat sinar ungu redup. Di kedua sisi aura keemasan, memancar keluar dan ke atas bahu dari bahu, terdapat sinar putih kebiruan yang berubah ke merah menuju ke dada. Dari titik itu ke paha dapat terlihat sinar kemerahan, kadang-kadang merah muda dan di waktu lain merah tua. Kira-kira setinggi lutut, berubahlah merah itu menjadi hijau halus. Hijau ini sampai menutupi kaki dengan berubah menkadi biru tua di dasar telur aura. Pada orang-orang yang kurang tinggi perkembangannya, warna telur auranya berbeza-beza sesuai dengan daftar warna di atas. Kadangkadang warna aura seluruhnya hanya terdiri dari abu abu, hijau dan coklat. Warna Dasar serta Ertinya Dapat dikatakan, bahawa pada umumnya warna kuning dan warna cerah apa pun pada aura seorang beerti tenaga kuat dan kecerdasan aktif. Ungu, biru dan violet berhubungan dengan sifat kerohanian, sifat sederhana dan tak mementingkan diri serta cita-cita kerohanian. Merah berhubungan dengan dengan rasa keagamaan, bila biru kotor itu menunjukkan mementingkan diri. Makin cerah warna itu makin; malik tajam batasnya makin baik pula. FAEDAH-FAEDAH TENAGA DALAM Bagi seseorang yang mampu menghimpun dan menguatkan tenaga dalamnya secara teratur untuk mengikut apa saja kemahuannya maka ia akan mendapat manafaat-manafaat yang ekstra yang tiada dimiliki oleh orang biasa antaranya: KEMPEN BERHENTI MEROKOK 58 A. Memiliki tubuh yang perkasa, sihat dan dijauhi penyakit. B. Memiliki organ pernafasan yang istimewa dan tubuh akan mendapat kesegaran yang penuh. C. Mempertajamkan pancaindera dan menimbulkan indera ke enam. D. Memiliki sifat optimis dan pantang menyerah. E. Semangat berkobar-kobar. F. Berkemahuan tinggi dalam kehidupan. G. Daya ingatan yang tajam dan bijak. H. Wajah bersinar dan mempunyai daya tarikan tersendiri. I. Berwibawa dan disegani dalam pergaulan. J. Meninggikan kebolehan beladiri. K. Kuasa penyembuh untuk diri dan orang lain. L. Payah terkena perbuatan halus. Juga bermacam kegunaan lagi. ISYARAT-ISYARAT GHAIB BERUPA GERAKAN-GERAKAN ANEH DIANGGOTA TUBUH Yang dimaksudkan gerakan-gerakan aneh dianggota tubuh manusia dalah, gerakan-gerakan berupa kedutan yang terjadi diluar kehendak dan kesedaran manusia, tiba-tiba saja terjadi gerakan. Menurut para ahli hikmah, gerakan-gerakan aneh itu meruipakan isyarat ghaib yang mempunyai makna dan erti baik dan buruk. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 59 Untuk mengetahui makna dan erti dari gerakan-gerakan tadi, ikutilaj penjelasan ini seterusnya : JIKA YANG BERGERAK PETANDA (BERKEDUT) · Seluruh badan Akan melihat yang indah-indah atau hampir ajal, atau akan melihat sesuatu yang tidak suka. · Tengah-tengah kepala Akan memperolehi kebaikan. · Ubun-ubun Akan memperolehi kebahagiaan atau akan menjadi menteri / raja, atau akan memperolehi banyak harta. · Bahagian kanan kepala Akan memperolehi laba. · Bahagian kiri kepala Akan sakit hati. · Seluruh bahagian kepala Akan sukacita. · Seluruh dahi Akan memperolehi ilmu dan harta yang halal. · Dahi kanan Akan mendapat kesenangan, namun ada sedikit bahaya. · Dahi kiri Akan mendapat kesenangan. · Kelopak mata kanan Akan memperolehi laba. · Kelopak mata kiri Melihat wanita. · Kelopak mata bawahAkan menangis. · Kelopak mata atas Luput dari bahaya. · Ekor mata kanan Melihat orang datang dari jauh. · Ekor mata kiri Sakit payah. · Batang hidung kanan Lepas (sembuh) dari penyakit atau luput dari bahaya atau ada yang memberi harta yang halal. · Batang hidung kiri Akan bahagia dan berjumpa kekasih. · Seluruh hidung Akan mendapat harta. · Pelipis kanan Akan mati atau kematian. · Pelipis kiri Akan senang. · Daun telinga kanan Mendapat harta. · Daun telinga kiri Akan berjumpa dengan keluarga · Seluruh daun telingaAkan berkelahi. · Muka bahagian kanan Akan sakit hati. · Muka bahagian kiri Akan senang. · Pipi kanan Panjang umur. · Pipi kiri Sembuh dari penyakit atau senang hati. · Bibir atas Akan berkelahi. · Bibir bawah Akan bertengkar. · Kedua bibir Akan makan minum atau berjumpa kekasih. · Sudut-sudut bibir kanan Akan berkelahi. · Sudut-sudut bibir kiri Akan mendapat kiriman atau ilmu. · Lidah Akan mendapat harta. · Dagu kanan Akan berjumpa dengan orang kaya. · Dagu kiri Akan mendapat pengetahuan. · Seluruh dagu Akan mendapat pekerjaan yang baik. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 60 · Tengkuk Banyak orang kaya menyukainya. · Leher bahagian kanan Akan terjadi huru hara. · Leher bahagian kiri Akan sembuh dari penyakit. · Seluruh leher Akan memperolehi kebajikan. · Bahu kanan Akan memperolehi harta yang banyak tetapi berkelahi dulu. · Bahu kiri Ada orang berniat jahat kepadanya. · Punggung kanan Akan memakai pakaian baru. · Punggung kiri Akan memperolehi harta. · Lengan kanan Sakit kepala. · Lengan kiri Akan memperolehi harta. · Siku kanan Akan senang. · Siku kiri Orang yang kasih akan datang. · Alis kanan Akan bertemu kekasih. · Alis kiri Akan memperolehi harta. · Tenggorokan kanan Akan menerima kebaikan. · Tenggorokan kiri Akan mendapat harta. · Hasta kanan Akan beristeri. · Hasta kiri Akan berkelahi dan berbantah-bantahan. · Telapak tangan kanan Akan memperolehi emas, perak atau mendapat keuntungan. · Ibu jari kanan Akan mendapatkan harta serta kemuliaan orang atau tanda kematian. · Ibu jari kiri Akan menjadi penghulu. · Telunjuk tangan kanan Akan berjumpa keluarga. · Telunjuk tangan kiri Rahsianya diketahui orang. · Siku jari kanan Akan berkelahi. · Siku jari kiri Akan jatuh sakit. · Jari manis kanan Akan mendapat harta dan sukacita. · Jari manis kiri Akan mendapat emas, perak atau perempuan yang baik paras. · Kelengking kanan Akan mendapat pujian orang. · Kelengking kiri Akan mendengar perkataan orang jahat. · Empat jari kanan Akan mendapat harta. (Selain ibu jari) · Empat jari kiri Semua orang kasih kepadanya.. (Selain ibu jari) · Seluruh tangan kanan Akan mendapat harta. · Seluruh tangan kiri Akan berjumpa kekasih. · Bahagian tubuh Akan berjumpa orang berilmu. Belakang kanan · Bahagian tubuh Akan dimuliakan orang.. Belakang kiri · Buah dada kanan Akan mendapat harta. · Buah dada kiri Akan berjumpa sang kekasih. · Dada kanan Akan bertemu kekasih. · Dada kiri Akan mendapatkan kesenangan. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 61 · Lambung kanan Akan sembuh dari penyakit. · Lambung kiri Akan mendapat harta. · Tubuh bahagian kanan Sembuh dari sakit. · Tubuh bahagian kiri Kematian. · Pinggang kanan Mendapat kedudukan tinggi di kalangan keluarga. · Pinggang kiri Akan mendapat kesenangan. · Pusat Akan mendapat harta. · Perut kanan Akan mendapat rezeki yang banyak. · Perut kiri Akan didatangi oleh musuh. · Lobang anus Akan mendapat laba atau rezeki. · Paha kanan Akan sakit. · Paha kiri Akan senang. · Lutut kanan Akan beroleh harta. · Lutut kiri Menang berkelahi. · Betis kanan Akan pulang dari berpergian. · Betis kiri Akan bersukacita. · Pergelangan kaki kanan Ada orang iri hati kepadanya. · Pergelangan kaki kiriAkan mendapat kebesaran. · Mata kaki kanan Akan berjumpa denga tamu dari jauh. · Mata kaki kiri Akan mendengar berita baik. · Telapak kaki kanan Akan mendapat kesakitan. · Telapak kaki kiri Akan mendapat kekayaan. · Ibu jari kaki kanan Akan mendengar berita kematian. · Ibu jari kaki kiri Akan berjumpa dengan orang yang lama pergi jauh. · Telunjuk kaki kanan Akan menderita sakit. · Telunjuk kaki kiri Akan berbahagia. · Jari tengah kaki kanan Akan mendapat kesenangan. · Jari tengah kaki kiri Akan memperolehi kebajikan. · Jari kelengking kaki Akan sakit hati. Kanan · Jari kelengking jari kiri Akan beruntung atau boleh juga kehilangan. · Tumit kanan Akan kehilangan atau boleh juga bertengkar dan menang. Itulah isyarat-isyarat ghaib yang boleh bermakna baik dan buruk. Kalau mendapat isyarat baik, bersyukurlah dan kalau mendapat isyarat buruk, bersedekahlah agar terhindar daripadanya. BATIN MANUSIA Manusia mempunyai tiga kesatuan berfikir, 1. Batin Sedar 2. Batin Dalam dan Subjektif 3. Batin Tinggi atau Roh KEMPEN BERHENTI MEROKOK 62 Batin Sedar Berhubung terus dengan dunia fizik yang dirasakan dengan lima pancaindera iaitu lihat,dengar,bau,sentuh dan rasa. Kesan yang diterima dari pancaindera akan disalur masuk dan dirakam di batin sedar untuk penilaan, pertimbangan dan disimpan sebagai maklumat. Menguasai kehidupan dan sebahagian besar tindakan manusia. Batin Bawah Sedar Mengawal dan memperbaiki kesalahan fungsi badan seperti degupan jantung dan menyembuhkan luka. Mengawal semua sistem perjalanan fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan, aliran darah pembentukan dan pembakaran sel-sel. Batin Tinggi atau Roh Tempat beradanya Aku atau diri yang sebenarnya. Bahagian yang paling berdaya apabila diminta untuk bertindak dan melakukan sesuatu. Boleh membuat sesuatu secara fizik dengan mudah. DIMANA LETAKNYA GHAIB ITU Getaran kemahuan dan cita-cita di dalam diri memiliki getaran elektrik yang kuat, yang keluar dari dalam diri kita, dan hinggap ke dalam fikiran, kemudian digerakkan oleh sebuah perintah ghaib yang tidak disedari yang menjalankan sesuatu aktiviti menjurus kearah cita-cita tersebut. Kehidupan alam ghaib itu berasal dari dalam diri manusia dan di luar diri manusia . Dalam diri manusia biasa kita sebut dengan kehidupan ghaib alam kecil atau micro cosmos, dan kehidupan ghaib alam besar atau biasa kita sebut macro cosmos. Kedua kehidupan alam ghaib itu berkaitan erat dengan kehidupan fikiran dan jiwa manusia, dimana anggota tubuh akan menjadi alatnya. Kehidupan alam ghaib yang terdapat dalam diri manusia akan saling berhubungan dengan kehidupan alam ghaib di luar kehidupan manusia dan berasal daripada sumber yang sama iaitu sumber kekuatan ghaib dari zat iaitu Tuhan yang menguasai alam semesta dan seisinya. Sumber Kekuatan Ghaib. Sumber kekuatan ghaib berasal dari suatu zat iaitu Tuhan yang menguasai alam semesta dan seisinya, dan kepadanya kekuasaan tertinggi yang tidak ada awal dan akhirnya, tiada berujud dan yang menciptakan kita semua. Dan hingga kini umat manusia masih dikuasai oleh alam ghaib , dan masih diselimuti oleh alam ghaib pula. Sebelum manusia mengenal peradaban, hidup dan kehidupan dunia beserta isinya, masih ghaib bagi mereka. Namun sedikit demi sedikit melalui masa yang panjang, alam ghaib telah terbuka tabirnya perlahan-lahan, sehingga hal dan masalah yang tidak difahami telah menjelma menjadi kenyataan dan berubahlah segala sesuatunya dari pengetahuan yang ghaib menjadi halhal yang nyata dan telah menjadi ilmu pengetahuan bagi menusia. Dan segala apa yang dahulu dianggap khayalan, sekarang telah menjadi kenyataan, dan masuk akal kerana terjangkau oleh akal logik manusia . KEMPEN BERHENTI MEROKOK 63 Namun pengetahuan manusia yang sekarang telah diperolehi masih merupakan sebahagian kecil daripada sebahagian besar pengetahuan manusia yang masih belum dapat mengungkap rahsia dan misteri alam semesta, kerana manusia masih terus dihadapkan lagi akan sesuatu yang baru, gelap dan ghaib. Begitulah ilmu Tuhan yang tidak ada habisnya , manusia tidak akan dapat melampaui kekuasaanNya, kerana manusia dibatasi oleh ruang dan waktu, diikat oleh jasad kasar, juga dibatasi oleh dinding kematian serta segala kefanaan yang menjadi cacat manusia dan menjadi kudrat manusia. Kekuatan ghaib adalah merupakan zat yang Maha Suci kedudukannya, Zat Ilahi, kerana itu, untuk memperolehinya memerlukan suatu masa dan pendekatan kepada Ilahi Robbi dengan sepenuh-penuh percaya akan keujudannya. Baik percaya akan adanya alam ghaib itu tapi juga percaya terhadap sumber daripada keghaiban itu sendiri. Dengan memiliki dasar kepercayaan yang mantap, menikut kaedah-kaedah yang berlaku, dan latihan yang terus-menerus, tanpa rasa bosan, maka seseorang akan dapat mencapai apa yang menjadi harapannya. Bila kita telah sampai kepada tahap tertentu, kita akan mampu menembus alam ghaib, seperti dapat melihat benda-benda di alam lain yang sebelumnya belum pernah kita lihat, ataupun alam lain yang dikuasai oleh mahluk lain selain manusia. Jika kita telah sampai ke sesuatu tahap kerohanian tinggi, kita akan dapat menyingkap kembali segala peristiwa yang telah terjadi di gambaran minda. Bahkan sekiranya seseorang manusia itu telah sampai ke tahap-tahap tertinggi maka seseatu perkara yang belum terjadi pun boleh tergambar di fikirannya. Bagaimana ini boleh terjadi? MELIHAT SEBELUM TERJADI Kita biasa terdengar orang bercerita tentang mendapat petandapetanda sebelum sesuatu kejadian. Dalam Al-Quran dan Hadis pun banyak di perkatakan akan tanda-tanda hari kiamat menjelang tiba. Bahkan para nabi dan para wali dan ahli-ahli kerohanian dan tenaga dalam biasa menceritakan mereka bermimpi dan melihat peristiwa-peristiwa yang akhirnya menjadi kenyataan. Segala-gala peristiwa ini boleh terjadi berasaskan kepercayaan akan ketentuan Kada dan Kadar. Sekiranya manusia mampu mencipta ruangan simpanan audio visual dalam kaset, video, cakra padat, vcd hard disk dan sebagainya yang dianggap sangat canggih, maka bagaimana pula simpanan kepunyaan Allah….sudah semestinya rekod Allah lebih canggih yang tiada masuk akal manusia. Mungkin ianya berbentuk 4 dimensi yang merakamkan segala peristiwa kada dan kadar manusia termasuk audio, visual, bau bahkan perasaan dan emosi sekalipun. Kada dan Kadar ini telah ada sebelum kejadian seseorang itu dan di simpan di suatu tempat yang tinggi dimensinya. Kadang kala….Tuhan membuka hijab kepada golongan manusia yang ia berkenan dan mereka dapat mengesan signal dari KEMPEN BERHENTI MEROKOK 64 simpanan atau storage ini dan dapat dirakamkan di minda masingmasing. Harta Karun Dalam Diri Anda Sebagaimana anda ketahui bahawa alam bawah sedar adalah merupakan refleksi dari alam kesedaran, bilamana dalam alam kesedaran ini anda senantiasa menanamkan fikiran-fikiran yang positif, maka alam bawah sedar anda pun akan mengikutinya. Mulailah dari sekarang menanamkan fikiran kedamaian, kebahagiaan, perilaku benar, kemahuan baik, dan kemakmuran. Fikirlah dengan tenang dan dengan minat pada sifat – sifat ini dan terimalah sepenuhnya dalam akal batin sedar. Teruskan menanam benih fikiran baik ini dalam taman batin anda, dan anda akan menuai hasil yang baik pula. Kekayaan yang tak terbatas ada di sekeliling anda jika anda mahu membuka mata mental anda dan melihat rumah harta karun yang tak terbatas dalam diri anda . Ada emas di dalam diri anda, dari tempat itu anda boleh mengambil apa sahaja yang anda perlukan, supaya anda dapat hidup agung, mewah, dan serba cukup. Ramai orang tertidur nyenyak kerana mereka tidak tahu tentang emas itu yang mempunyai kecerdasan tidak terbatas, dan maha mencipta dalam diri mereka. Apa sahaja yang anda inginkan dapat anda ambil dari situ. Sepotong besi baja yang diberi tenaga elektrik bermagnet, dapat mengangkat kira-kira dua belas kali beratnya sendiri, dan bilamana besi baja itu tidak bermagnet, maka sebilah jarum pun tidak akan terangkat olehnya. Demikian pula dengan diri anda, Jadikan diri anda seorang yang berdaya magnet yang penuh kepercayaan pada diri sendiri, hinggakan ia akan selalu menang dan berjaya dalam berbagai hal. Jadilah seorang yang berdaya magnet sehingga dapat temukan rahsia penting. Kemudian apakah rahsia itu? Rahsia mengenai energi atomkah atau energi termonuklear? Ataukah letupan neutron? Atau barangkali perjalanan antara planet? Maka jawapannya adalah bukan itu semua. Lalu apakah rahsia utama itu dan dimana dapat ditemukan? Jawapannya sangatlah mudah. Rahsia ini adalah daya pembuat keajaiban yang mengkagumkan yang terdapat di dalam batin bawah sedar anda. Kerana disinilah anda dapat berbuat apa sahaja untuk dapat memenuhi segala keperluan hidup anda laksana anda memiliki emas di rumah anda. Dan yakinlah dengan mengikut kaedah yang betul Insya Allah anda akan senantiasa menjadi orang yang berjaya. PEMUSATAN DAYA KONSENTRASI Konsentrasi memegang peranan penting untuk mempertinggikan daya getaran sesuatu ilmu yang dilakukan oleh seseorang dalam mencapai KEMPEN BERHENTI MEROKOK 65 tujuannya. Daya kekuatannya seakan-akan memfokuskan tujuan. Dengan demikian, apa yang menjadi tujuannya akan dimiliki dengan cepat dan arahnya pula tepat! Tidak saja ia memegang peranan penting di dalam hal ilmu ghaib, tetapi dapat dilihat pula pada suatu cabang ilmu bela diri, ilmu silat sebagai contohnya. Dengan tanpa adanya pemusatan daya konsentrasi, maka seorang pesilat pada waktu mengadakan pertarungan bebas akan mudah terkeliru gerakannya, sehingga lebih mudah bagi pihak lawan untuk memasukkan teknik-teknik mengelirukan untuk melakukan serangan. Demikianlah pula untuk melancarkan sesuatu seranganpun jika daya konsentrasinya tidak betul, tidak akan mencapai fokus yang baik, dan kemungkinan akan membuka suatu peluang untuk diserang balik. Dalam pengaturan tenaga mahupun nafas juga mengalmai kekacauan. Demikianlah sedikit gambaran tentang daya konsentrasi jika dihubungkan dengan ilmu silat. Bagi mereka yang baru terjun dalam ilmu pernafasan meditasi dan seumpamanya memang akan mengalami kesukaran untuk memusatkan daya konsentrasinya secara penuh dan akan selalu hadapi berbagai masalah, terutama sekali pada fikiran. Tetapi dengan waktu serta terisinya ketekunan serta kemahuan yang kuat, pasti semua kesulitan itu akan dapat dilaluinya. Jalan yang paling mudah untuk membuka daya konsentrasi dan pengenalannya lebih dekat adalah dengan melakukan pandangan pada ujung hidung sendiri. Pemusatan konsentrasi dengan cepat dapat terlaksana. Demikian pula pada sistem yang lain, misalnya untuk memperhatikan detik nadi, jantung dan sebagainya yang banyak ragamnya. Dengan demikian dapat dilihat betapa pentingnya masalah ini untuk diperhatikan secara serius. Penyatuan daya konsentrasi dengan ilmu pernafasan sudah merupakan jalan yang paling tepat untuk akhirnya bergabung pula dengan daya saranan serta lain-lainya, tergantung di mana ia difokuskan. KEYAKINAN Keyakinan yang dimiliki oleh seseorang mempunyai erti yang besar, khususnya berhubung dengan kekuasaan diri yang mempunyai hubungan langsung dengan batin manusia. Keyakinan itu sendiri akhirnya dapat memperkuatkan apa yang menjadi tujuan seseorang pula, apalagi jika dapat bekerja sama dengan “KEMAHUAN YANG KUAT” hasilnya dapat dipastikan akan hebat! Tanpa adanya “KEYAKINAN”, seakan-akan sudah melumpuhkan sebahagian besar daripada tujuan seseorang. Apa yang dilakukan akhirnya gagal, kerana diliputi dengan keragu-raguan. Di dalam kehidupan sehari-hari banyak sekali dilihat contohnya pada manusia yang di dalam menjalani kehidupannya dengan tanpa adanya keyakinan akan kemampuannya, maka ia sukar sekali untuk mencapai kemajuannya. Segala sesuatu idenya akan tersumbat dengan keraguanraguannya, ditambah pula dengan adanya kekhuatiran yang jelas merupakan penghalang manusia dalam mencapai tujuannya serta memperlemahkan ketabahannya yang bekerja tanpa adanya keyakinan, KEMPEN BERHENTI MEROKOK 66 sukar sekali untuknya membayangkan akan apa yang terjadi pada si orang tersebut. Apabila itu terjadi pada seorang pengusaha, segala usahanya untuk mencapai kemajuan, sukar sekali justeru salah langkah sendiri. Tidak yakin, rasa khuatir dan sebangsanya ini berbeda dengan rasa berhati-hati, walaupun nampaknya sama. Justeru dibalik berhati-hati tersembunyi suatu keyakinan dan keteguhan seseorang. Ia tidak mudah untuk terbawa oleh keadaan sekelilingnya, ia bertindak berdasarkan perhitungannya sendiri. Dan di dalam perhitungannya inilah biasanya mempunyai erti tanggungjawab yang patut dihargai. Ia tidak mudah untuk terperosok akibat terumbang-ambing dengan jalan fikiran orang lain. Dan untuk menjelaskan permasalahan yang satu inipun jelas sangat luas sekali, jadi tidak perlu diperpanjangkan lagi. Biasakan diri berjalan dengan tegap adalah merupakan suatu jalan untuk memperbesar keyakinan diri. Keyakinan diri dapat dipupuk dengan berbagai macam cara. Biasakan diri anda untuk yakin dengan segala apa yang dikerjakan tetapi bukan bererti bahawa yang dilakukan itu tidak terencana dengan matang dan berbuat dengan sembarangan. Semua itu harus diperhitungkan sebelum bertindak. Dan apabila anda mulai bertindak dan berjalan dalam usaha yang telah direncanakan dengan matang, disinilah saatnya anda lebih berkeyakinan. Itu akan memberikan pendorong tambahan yang besar ertinya untuk mencapai hasilnya. PENJIWAAN Penjiwaan merupakan suatu jalan untuk memantapkan sesuatu yang dilakukan. Contoh-contoh yang nyata dapat dilihat pada bintang-bintang watak lakonan, di mana peranan yang mereka jiwai akan membuat filem yang dilakonnya mengalami kejayaan, kerana semua ini penonton sendiri yang akan memberikan penilaian. Demikian pula pada para pelawak yang dapat menjiwai gerak, mimik wajah serta kata-katanya akan membawa mereka ini pada puncak kejayaannya. Demikian pula pada orang-orang yang menjiwai dalam pekerjaannya juga akan menghasilkan prestasi yang gilang-gemilang. Di dalam ilmu pernafasan sakti yang mempunyai perhubungan luas ini juga tidak luput dari tuntutan untuk seseorang menjiwai apa-apa yang dilakukannya. Misalnya ia menghendaki pihak lain untuk cinta padanya, maka ia harus dapat mencipta wajah si orang yang ditujunya dengan jelas, kemudian ia harus dapat membayangkan seakan benar-benar berhadapan dan dilanjutkan dengan menyalurkan daya saranannya sedemikian rupa untuk merasakannya seakan-akan benar-benar terjadi berhadapan dan dilanjutkan dengan menyalurkan daya saranannya sedemikian rupa untuk merasakan semua itu seakan-akan benar-benar terjadi dalam suatu kenyataan. Dengan demikian hasilnya akan lebih cepat menembus serta akhirnya membuat objek untuk tersentuh perasaan batinnya! Demikian pula untuk berbagai macam keperluan lainnya tak luput dari adanya persyaratan yang berhubungan dengan adanya penjiwaan. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 67 Biasakanlah untuk merasakan dengan “RASA” yang nyata dan akan dapat memperolehi hasil lebih gemilang. Dengan demikian, cukup jelas bahawa ketiga macam unsur yang dihuraikan di atas ini jika dapat dikombinasikan dengan baik akan merupakan modal yang paling berharga dalam mencapai tujuan yang anda inginkan. Selamat menganalisa semuanya ini dan semoga ini akhirnya akan dapat anda kuasai dengan baik untuk mengawal dalam kehidupan anda sehari-hari. Sebuah kata adalah sesuatu yang diucapkan, terbentuk getaran apabila anda berbicara. Bila getaran cukup kuat, maka dapat melampaui jarak yang lebih jauh dan mempengaruhi orang lain. Buku ini mengajarkan kepada anda. cara menambahkan daya kekuatan pengaruh kepada kata-kata ANDA. Medan Daya Kekuatan Tenaga Dalam yang hebat dan dapat mendorong kata dengan kuat seperti kekuatan vokal. Tidak ada daya kekuatan bekerja yang berterusan selain Daya Kekuatan Dalaman. Dengan memiliki daya kekuatan itu, anda dapat menguasai keadaan apa pun dalam hidup anda. Anda tidak perlu lagi menjadi korban keadaan. Anda akan dapat memancarkan fikiran anda kepada orang lain, sehingga mereka akan melakukan apa yang anda perintahkan tanpa dibantah. Anda pun akan dapat mengetahui cara menyelesaikan masalah besar ataupun kecil dalam kehidupan anda. Apakah masalah itu mengenai penyembuhan penyakit, cari rezeki, masalah keluarga dan 1001 macam masalah lain. Anda akan mengerti dan faham mengapa banyak doa dan permohonan pertolongan tidak dikabulkan. Banyak orang mengira bila ada doa tidak dikabulkan itu adalah disebabkan oleh kehendak Tuhan semata. Sebenarnya bukan begitu. Bukankah Al-Quran mengatakan bahawa Tuhan sangat berkenan memberikan pertolongan-Nya kepada makhlukNya yang berdoa. Tuhan berfirman yang maksudnya: “Apa saja yang kamu minta dengan berdoa, percayalah, bahawa kamu akan menerimanya.” Di situ tidak dikatakan bahawa kita akan menerima sebahagian yang kita minta atau bahawa Tuhan akan memutuskan atau menimbangkan dahulu, apa-apa yang akan kita perolehi. Al-Quran juga mengatakan yang yang maksudnya: “Kamu (manusia) meminta dan tidak menerimanya, kerana kamu minta dengan cara keliru.”Sekarang, marilah kita perdengar dan fahami kaedah yang betul untuk memperolehi sesuatu impian atau keperluan. PENGENALAN DIRI ANDA YANG SEBENAR-BENARNYA Membaca kata-kata yang berbunyi: “PENGENALAN DIRI ANDA YANG SEBENAR-BENARNYA” jika saja hanya sepintas lalu adalah bukan merupakan suatu yang luarbiasa. Anda pasti menjawab dalam hati, bahawa buat apa hal tersebut diperkatakan, bukankah selama ini saya paling mengenal akan diri saya dan juga nama saya serta lain-lainnya. Anda dapat berbuat demikian, tetapi marilah kini anda baca terus dan perhatikan dengan saksama pada setiap kata yang tertera berikutnya ini dengan analisa yang tajam; konsentrasikanlah seluruh fikiran anda pada perkara dan permasaalahan yang diperbincangkan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 68 Kita mulai saja dengan turutan yang pertama dengan nama anda, yang jelas bahawa nama bagi seseorang adalah merupakan kebanggaannya yang tertinggi dan juga untuk nama, maka seseorang menempuhi perjuangan hidup dengan kejujurannya. Istilah popular adalah “MENJAGA NAMA”. Dengan nama yang bersih dan besar, maka seseorang dapat menjalani kehidupannya dengan lebih baik dan dipercayai di mana-mana, dihormati, dikagumi, disegani dan bahkan mungkin juga ditakuti! Walaupun semua yang disebutkan di atas telah anda lakukan, tetapi kami yakin, bahawa selama ini anda belum pernah untuk menyebut nama anda sendiri dengan “MESRA”, “AKRAB”, “PENUH DENGAN KEAGUNGAN”, MENGHARGAI DENGAN SEPENUH PERASAAN” dan sebagainya yang seerti. Untuk orang lain anda sering menyebutkan nama anda dan juga jabatan anda, juga dalam suatu pembicaraan. Tetapi dalam keadaan seorang diri, dalam suatu keheningan yang mencekam, apakah anda pernah memanggil nama anda? Kami rasa anda belum pernah melakukan hal ini. Memang ganjil nampaknya, tetapi kerana memang buku ini adalah khusus untuk mempelajari tentang keganjilan, maka patut jugalah jika kami paksakan anda untuk mengkajinya. Kerana dengan membaca buku ini, maka pada hakikatnya anda telah mempunyai suatu keinginan untuk mengetahui perkara-perkara yang dihuraikan dalam buku ini; entah mungkin kerana hanya sekadar suatu kebetulan saja, kerana tertarik dengan judulnya yang ganjil atau memang di dalam hal ini anda memang memiliki kesedaran untuk dapat mempelajarinya. Tetapi sebelum anda membuka lebih lanjut, maka perlu sekali saya tekankan, bahawa buku yang sedang anda baca ini memberikau suatu “KEPASTIAN” untuk kemajuan diri anda yang sebenar-benarnya secara luas! Hanya dengan dibaca saja, maka sedikit sebanyak diri anda sudah dapat menarik faedahnya; entah perkara di bahagian mana yang akan melekat dalam perasaan anda yang akhirnya akan anda benar-benar jiwai dalam peribadi anda. Tetapi bagi anda yang membeli buku ini dan membacanya memang dengan suatu tujuan untuk dapat mempelajari, memahaminya dan menguasainya, maka dapatlah dikatakan, bahawa dalam waktu yang tidak lama lagi diri anda akan berubah! Ya, benar-benar “BERUBAH” menjadi seorang yang setingkat atau dua tingkat lebih kuat keperibadiannya dan manfaat lainnya yang nanti akan dapat dimengerti hanya setelah menyelesaikan membaca buku ini seluruhnya. Kembali pada masalah nama ANDA ... Cubalah sejenak anda memejamkan mata sambil mengkonsentrasikan fikiran untuk merenungkan akan nama anda sendiri. Bayangkanlah, bahawa memang selama ini walaupun anda menjunjung tinggi nama anda, tetapi sebenarnya semua itu ternyata tidak menyeluruh. Anda membanggakan nama anda, tetapi selama ini anda kurang dapat mengagungkannya dengan erti yang sebenar-benarnya. Anda dapat merasakan, bahawa selama ini pula anda kurang sekali untuk merenungkan secara mendalam dengan apa-apa yang terjadi dengan diri anda. Anda hanya memperhatikan dengan keadaan luar anda, tetapi dengan “KEADAAN DALAM” anda; anda telah meremehkannya. Anda dengan senang saja dapat menyebut 100 kali kata-kata “AKU” dalam kehidupan seharian, tetapi itu hanya dalam keadaan luarnya saja, laksana seorang pemain sandiwara atau bintang filem yang melakukan peranannya dengan tidak secara penuh, kurang menyelami dengan apa-apa yang dilakukannya! Itu KEMPEN BERHENTI MEROKOK 69 sama saja halnya dengan diri anda yang selama ini kurang begitu akrab dengan keadaan dalam. Bukan aku sembarang aku, tetapi melainkan “AKU” yang ada di dalam. Hanya pada saat-saat tertentu dalam keadaan terpaksa barulah kita sedari, sebagai contohnya jika seseorang yang sedang mengalami suatu malapetaka, maka dirinya akan menangis; menangis sedalam-dalamnya dengan penuh perasaan; “KEYAKINAN!” Maka keadaan ini benar-benar “MELEDAK” dengan getaran yang luas biasa sekali. Getaran yang timbul akan menimbulkan suatu pancaran yang kuat menembus segalanya dan tak ubahnya dengan gelombang radio! Permohonan seseorang yang dilakukan dengan penjiwaan benar-benar akan menimbulkan sesuatu akibat; akibat yang tidak pernah dibayangkan sendiri! Permintaannya akan mendapatkan jalan dari NYA dengan serta merta. Hal semacam ini akan pernah anda alami bukan hanya sekali saja, di mana dalam keadaan yang keyakinan dan tertekan tadi, maka anda bermohon kepada Tuhan agar dapat menggerakkan segala kebuntuan. Dan hal yang selama ini anda perlukan, tetapi sukar sekali tertembus, akhirnya dengan kurniaNya maka anda mendapat jalannya dan teratasilah persoalan yang sedang anda hadapi pada saat itu. Seorang ibu yang merasa ditinggalkan oleh anaknya dan tidak pernah mendengar khabar beritanya. Dengan kerinduan seorang ibu, kerinduan yang terpendam selama bertahuntahun akhirnya meledak dalam suatu tangisan yang memilukan. Ia membatin dengan sepenuh perasaannya tentang kesengsaraan dirinya, akhirnya dengan penuh hikmat ia menumpahkan seluruh kesengsaaraan “DIRINYA” itu pada Yang Maha Kuasa; Tuhan Penguasa Alam Semesta dengan segenap isinya, bermohon dengan keinginannya yang meluapluap itu! Beberapa malam hal itu dilakukannya dan secara ajaib sekali anaknya yang telah 5 tahun tersesat jalan fikirannya yang hanya memikirkan kesenangan peribadinya dan hanya menuruti keinginan nafsu yang asyik menguasainya itu, akhirnya dengan secara tiba-tiba tersentak fikirannya. Teringatlah ia akan keadaan ibunya yang ditinggalkannya, dilupakannya dan diremehkannya selama ini ... Ia benar-benar merasa akan kesalahan-kesalahannya dengan secara mendalam sekali, tidak sedar bahawa air matanya menitis membasahi pipinya. Tergugat benarbenar perasaannya saat itu dan timbullah suatu keinginan yang kuat untuk secepatnya menemui ibunya; menemui untuk menumpahkan rasa rindunya serta mohon dimaafkan kesalahannya. Dan pada keesokan harinya dengan suatu alasan, maka ia pulang menemui ibunya di kampung halaman! Akhirnya terjadilah pertemuan yang selama ini diharap-harapkan oleh seorang ibu yang sengsara batinnya itu! Keinginannya tecapai berkat getaran dari dalam dirinya sendiri yang ghaib dan juga berkat bantuan dariNya ... Peristiwa lainnya adalah seseorang yang tidak mempunyai ketenangan dalam hidupnya, dirinya merasa dikejar-kejar oleh beberapa orang yang ingin membunuhnya, kerana tidak dapat membayar hutangnya. Dalam perantauannya menghindari lawan-lawannya yang bersikap keras itu, maka dalam kesulitan yang tiada terkirakan itu, timbullah perasaan yang tertekan sekali dalam jiwanya. Ia merasa bahawa semua yang terjadi itu bukan dari keinginan dirinya dan terjadi hal sedemikian itu hanya tanpa disengajakan. Dirinya menyesali akan semua ketelanjurannya. Batinnya tertekan, menangis, menyesal dan mengakui semua kesalahan yang telah diperbuatnya kepada Yang Maha KEMPEN BERHENTI MEROKOK 70 Kuasa dengan penuh penjiwaan benar-benar serta berlandaskan itikad yang baik. Beberapa hari kemudian tanpa disangka-sangka, pada salah seorang teman yang dikunjunginya ia diberikan satu tugas yang penting dan memang sesuai dengan kemampuan yang dimilikinya dan beberapa bulan kemudian ia memperolehi hasil keuntungan yang lumayan dan dapat dipergunakan untuk membayar hutang-hutangnya. Angan-angan buruk yang dibayangkan semuanya menjadi hilang dan ia dapat hidup secara normal kembali ..._ Beberapa contoh di atas menunjukkan bahawa di dalam diri seseorang sebenarnya menyimpan keghaiban yang luar biasa sekali kekuatannya dan “AKU”nya yang terdapat di dalam diri memain peranan yang penting sekali untuk dapat menyalurkan apa-apa yang menjadi keinginannya kepada yang Maha berkuasa; ikut menembus secara dalam dengan penuh misteri kepadaNya. Dengan mengalami proses secara ghaib, maka semua itu akan benar-benar menjadi kenyataan. Tetapi sudah barang tentu semua itu tidak akan begitu saja diberikan kepada diri seseorang, tetapi memerlukan suatu usaha; suatu usaha yang dilandasi dengan keyakinan dan kemahuan yang kuat. Kenyataan ini tidak dapat ditawar-tawar lagi dan tidak ada kesamaan dalam bentuk, kerana tergantung kepada yang merlukannya. Tetapi hasrat yang dimiliki seseorang akan memberikan hasil yang besar dan memberikan keuntungan. BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MELAKUKAN HUBUNGAN DENGAN “AKU” YANG ADA DI DALAM TUBUH? MENGADAKAN KAWALAN DIRI SEBAIK MUNGKIN! Nampaknya mudah, tetapi jika anda analisa secara mendalam, maka sebetulnya hal tersebut merupakan hal yang rumit sekali! Tidak mudah bagi seseorang untuk dapat mengawal segenap perbuatannya, kerana emosi seseorang biasanya akan menghambat, belum lagi dengan adanya unsur-unsur negatif lainnya, seperti: – Keserakahan – Kedengkian – Keegoan. Dan hal-hal lain yang sejenis dan bersifat negatif. JALAN UNTUK PENGENALAN DIRI SEKALIGUS MENCAPAI KEMAJUAN DALAM HIDUP KEMPEN BERHENTI MEROKOK 71 1. Baktikan diri pada jalan yang benar dengan landasan agama yang dianuti. Serahkan diri anda sepenuhnya pada Tuhan. Rasakan dengan penuh perasaan, bahawa DIRI anda adalah milikNya. Semua yang ada adalah milikNya dan apapun yang terjadi adalah kehendakNya. 2. Tanyakan kepada diri sendiri: “SIAPAKAH AKU INI?” telitilah diri anda dan lakukan hal ini sambil memejamkan mata dan konsentrasi sepenuhnya. 3. Lakukan autosaranan(berbicara kepada diri sendiri) dengan hal-hal yang positif. Percayalah kepada kemampuan diri, kerana diri anda memenuhi syarat untuk dapat hidup dengan penuh ketenteraman dan bahagia. Bersyukurlah kepadaNya atas kurnia yang diberikan kepada diri anda selama ini ... 4. Kembangkan diri anda untuk memiliki kemantapan diri, keteguhan fikiran, kemahuan yang kuat, semangat hidup yang terpelihara dan kesabaran. 5. Hapuskan kebiasaan-kebiasaan buruk yang ada dalam diri anda. 6. Hiduplah dengan kegembiraan dan penuh dengan kesegaran dalam fikiran. 7. Jangan menyakiti sesama sendiri dalam bentuk apapun juga. 8. Hadapilah semua kesulitan dengan senyuman dengan hati tetap besar. 9. Hormatilah setiap orang seperti juga anda menghormati diri sendiri. 10. Lakukan segenap kewajiban sehari-hari dengan baik dengan penuh kegairahan serta rasa tanggungjawab. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 72 APAKAH ENERGI ATAU TENAGA ITU? Kamus mendefinasikannya sebagai daya menggerak, mengekalkan atau melakukan sesuatu aktiviti. Kita mempunyai daya atau tenaga biarpun daya itu hanya untuk membolehkan kita bernafas, berfikir atau melakukan apa-apa aktiviti selama kita hidup. Daya tenaga ada di mana-mana, biarpun dalam sepotong roti, sehelai kertas atau setitik habuk. Semuanya tetap mengekalkan bentuk yang dihasilkan melalui cantuman dan tarikan zarah-zarah atom. Kesemua cantuman tenaga rohani dan jasmani harus bergabung bagi mengizinkan kita melakukan apa jua kerja samada beribadat, tidur atau apa jua aktiviti seseorang manusia. Amatlah meleset sekali sekiranya seseorang itu beranggapan kekuatan rohani hanya memerlukan daya kerohanian semata. Untuk melakukan kerja-kerja fizikal kita memerlukan semua kecerdasan yang ada mental dan fizikal sementara bagi kerja-kerja kerohanian dan fikiran juga memerlukan tenaga fizikal dari makanan-minuman dan istirehat yang cukup. Kesimpulannya, manusia itu adalah satu kesatuan yang utuh. KEKUATAN DAN PERNAFASAN Kekuatan dan pernafasan sendiri adalah sejalan satu sama lainnya. Dimana ada pernafasan maka di situ terdapat kekuatan. Peristiwa tersebut tidak dapat berdiri sendiri sehingga kekuatan akan terpisah dengan pernafasan. Sebab tanpa adanya pernafasan maka tidak mungkin terdapat kekuatan. Misalnya saja seorang yang telah meninggal dunia, maka dia tidak akan bernafas lagi. Oleh kerananya maka orang tersebut tidak memounyai tenaga sedikitpun. Tanpa adanya tenaga, maka panas tubuh semakin dingin dan darah menjadi beku. Pun aktivitas lainnyabterhenti dengan serentak begitu nafas tidak ada atau tidak adanya aktivitas dari pernafasan. Seseorang yang tidak mempergunakan tenaganya atau diam tak bergerak sama sekali panas tubuhnya tetap stabil. Hal itu disebabkan aktivitas jantung serta organ-organ lainnya yang bergerak tanpa kita sedari juga menghasilkan panas tubuh. Tetapi panas tubuh tersebut KEMPEN BERHENTI MEROKOK 73 terbatas serta tidak dapat melindungi tubuh dari serangan hawa yang sangat dingin. Telah berkali-kali seseorang tewas kerana serangan udara yang dingin. Sebab darah menjadi beku dan mengakibatkan kematian pada kita. Pada negara-negara yang mengalami musim Salji, pada saat-saat yang demikian, maka mereka selalu memakai pakaian yang tebal-tebal untuk menghindari udara dingin agar tubuh tetap hangat serta berjalan cepat-cepat dan menggerakkan pernafasannya dengan cepat agar tubuh tetap hangat. Hal yang demikian ini membuktikan bahawa antara gerak dan pernafasan menimbulkan suatu kekuatan sehingga mampu melindungi tubuh terhadap serangan dari luar, seperti hawa dingin mahupun hawa panas yang berlebihan. Seseorang yang mempunyai kekuatan yang besar sanggup melawan hawa dingin tadi dengan baik. Sebab adanya kekuatan yang dimiliki tadi membuktikan adanya pernafasan yang mapan sehingga temperatur badan akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan disekitarnya. Kekuatan yang dihasilkan dari pernafasan merupakan kekuatan yang sangat besar serta sukar untuk dapat diukur daripada kekuatan yang dihasilkan dari fizik. Seseorang yang mengangkat sebuah beban tanpa didasari oleh suatu pernafasan akan merasa lebih berat daripada melembari dirinya dengan suatu bentuk pernafasan yang mapan. Pada suatu perguruan ilmu beladiri selalu diutamakan latihan pernafasan, sebab mereka tahu kegunaan dari pernafasan tersebut. Bernafas sendiri adalah menghisap udara yang cukup melalui saluran udara atau hidung dan masuk ke dalam paru-paru serta menyaringkannya dan mengeluarkan sisanya. Tetapi sebetulnya bernafas tidak sekadar dari apa yang tertera di atas. Bernafas sesungguhnya adalah merupakan suatu rahsia yang sangat besar dan sukar untuk dipecahkan begitu saja apa kegunaan dari bernafas bagi tubuh kita. Pada suatu ketika seorang Kareteka menderita patah tulang pada buku buku tangannya akibat dari latihan memukul yang sangat keras. Buku-buku tangannya mengembang akibat dari adanya darah yang mengisinya. Berkali-kali karateka ini mengobati likanya sehingga tulangnya dapat baik kembali, tetapi tetap sahaja buku-buku tangannya menjadi sakit kalau dipergunkan untuk memukul walaupun dengan perlahan. Suatu ketika buku-buku tangannya terisi darah lagi, oleh pelatihnya kemudian diurut dan diberi ubat gosok, tetapi tidak menjadi baik, bahkan menjadi semakin sakit dan membengkak besar. Kemudian secara isengiseng karateka tadi mempergunakan sesuatu bentuk pernafasan yang telah dipelajarinya. Tampa sadar tangan yang membengkak tadi lalu kempis sama sekali. Karateka tadi lalu meneruskan serta mendalami ilmu pernafasannya. Dalam waktu yang singkat buku-buku tangannya menjadi sembuh sedia kala. Kemudian dari pernafasan yang didalaminya tadi digabungkan dengan gerak-gerak yang perlahan-lahan. Hasilnya cukup menghairankan sekali. Pukulan karateka tadi semakin hari semakin keras serta mantap. Pada suatu hari seorang ahli pernafasan dari daratan India mengetahui keadannya lalu mulai melatih karateka tadi dengan bentuk pernafasan serta gerak-gerak yang lebih mapan dari yang sudah-sudah. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 74 Kemajuan semakin pesat setelah mempelajari gerakkan-gerakkan yang diperoleh dari orang India tadi. Di daratan Cina ada pula sebuah bentuk ilmu yang menpergunakan gerak serta pernafasan yang sekarang popular dengan nama Thai Chi. Juga telah terdapat pula berbagai aliran dari ilmu-ilmu pernafasan seperti halnya Thai Kek Kuk dll. Kesemuanya adalah bentuk-bentuk dari pelajaran yang bermutu tinggi dan amat baik bagi kesihatan manusia yang menyakini serta melatihnya setiap hari. Di sini kami berikan suatu bentuk pelajaran tentang pernafasan dan gerak-gerak yang dapat membangkitkan tenaga ghaib atau tenaga dalam sesuai dengan petunjuk yang harus dijalankan serta ditaati. Di samping untuk menjaga kesihatan tubuh maka cara pembentukan tenaga dalam ini berguna sekali bagi penyembuhan baik untuk diri pribadi atau juga bagi orang lain yang memerlukan pertolongan. PERSESUAIAN ANTARA GERAKAN DAN NAFAS Perlulah terlebih dahulu kita tinjau pengaruh pernafasan bagi kesihatan dan hubungannya dengan ilmu yang sedang kita pelajari ini .Bernapas bererti mengisap Oksigen serta menghembuskan gas karbondioksida sebagai sisa penafasan. Jika kita mengisap gas Oksigen sebanyak -banyaknya maka hal itu sangat baik bagi kesihatan kita . Maka didalam berolah raga hal ini memegang peranan yang menentukan sekali. Diwaktu kita diam, maka kita melakukan pernafasan 16 sampai 18 kali dalam satu minit,maka terjadilah pertukaran udara yang meliputi kurang lebih 350 Cm kubiek , hal mana merupakan jumlah yang minima diwaktu kita sedang melakukan olah raga.Sebab diwaktu berolah raga atau bekerja, kita banyak memerlukan gas Oksigen yaitu kira-kira 1200 Cm kubiek bahkan lebih. Oleh kerana itu olah raga sangat baik untuk penukaran udara yang sangat berpengaruh bagi kesihatan kita. Di dalam latihan ini persesuaian nafas dan gerak harus seimbang benar sebab: a Melatih paru-paru dan mempertinggi daya organ mahupun aktivitinya. Pelajaran ini merupakan suatu latihan yang ringan dilihat sepintas, tetapi tidak demikian halnya. Latihan ini adalah suatu latihan yang berat, dan disesuaikan dengan kondisi tubuh yang meyakinkan. Gerakan-gerakan yang berat akan dapat menambah penukaran udara, tetapi cara bernafas tidaklah harus cepat atau tersengal-sengal tetapi rata, halus serta dalam. Dengan melakukan latihan jangka yang panjang maka akan dapat lebih menyakinkan. B Pernafasan menurut latihan ini menghindarkan pembekuan darah serta memperlancarkan peredaran darah ke segenap pelosok tubuh kita . Dengan demikan maka kita akan mendapatkan manfaat dari apa yang kita pelajar ini . PERNAFASAN SEGITIGA KEMPEN BERHENTI MEROKOK 75 Pada lembaran yang telah lewat, telah kita ketauhi manfaat serta teknik pernafasan. Sejak dilahirkan sampai pada detik terakhir setiap makhluk yang mendiami bumi ini, tidak henti-hentinya bernafas. Dalam waktu 24 jam manusia melakukan pernafasan rata-rata 25 000 kali hal ini dilakukan sebanyak 14 - 16 kali gerakan pernafasan setiap minit pada seorang lelaki dan 18 - 20 kali setiap minit pada seorang perempuan. Paru-paru yang dilindungi oleh tulang rusuk, dapat bergerak secara otomatis dan merupakan sebuah alat yang vital bagi kehidupan manusia. Oleh sebab itu dalam melakukan pernafasan harus dipraktikkan sebaikbaiknya, agar setiap keperluan tubuh badan dipenuhi dengan sempurna. Keperluan akan oksigen pada setiap makhluk berbeza satu dengan lainnya. Hal ini amat tergantung daripada banyak sedikitnya tenaga atau energi yang diperlukan oleh yang bersangkutan tersebut. Bila kita telah terbiasa melakukan pernafasan pendek, maka ruang udara akan kempis seperti halnya sebuah belon karet yang telah usang. Maka pada saat memerlukan udara dalam volume banyak akan menjadi sangat sukar untuk dikembangkan. Kemampuan paru-paru untuk menghisap dan menghembuskan udara secara minimum dinamakan kapasitas vital paruparu. Yang mana dalam hal ini tergantung [ada besar kecilnya tubuh dan gerakkan rongga dada dari manusia yang bersangkutan. Sewaktu kita sedang beristirehat/berbaring, setiap minit menghirup udara sebanyak 16 kali, setiap kalinya 500 cc udara dapat terhirup. Sedangkan dari sekian banyak udara tadi yang masuk hanya 1/3 sahaja. Sedang yang 1/3 nya lagi hanya memenuhi batang tenggorok / jalan pernafasan, tidak sampai memasuki paru-paru. 2/3 bahagian udara yang masuk ke dalam paru-paru tersebut hanya sebahagian kecil sahaja yang mencapai pembuluh yang kecil-kecil dalam paru-paru. Di dalam paru-paru terdapat beribu-ribu pembuluh halus, dan hujungnya terdapat pula berjuta-juta kantong udara (alveoli). Pembuluhpembuluh yang sangat halus ini sangat penting dan setiap saat memerlukan udara, sebab dengan itu mka ruang-ruang tersebut akan mendapatkan tenaga sehingga mempunyai daya aktiviti yang besar dalam menjalankan tugasnya. Akan tetapi apabila ruang udara tadi tidak mendapatkan udara, maka hal ini akan dapat akibat yang sangat buruk sekali serta akan menimbulkan berbagai macam penyakit, seperti masik angin, selsema, kanker dan lain-lainnya. Bagi menghindarkan diri dari penyakit-penyakit tadi, maka sebaiknya kita meninggalkan cara bernafas kita yang salah. Pernafasan pendek-pendek harus kita ganti dengan pernafasan yang panjang serta teratur. Adalah lebih baik jika udara dihirup menggunakan kekuatan perut. 1. Paru-paru Udara yang dihirup diproses di sini. Paru-paru tidak mempunyai otot sendiri, tergantung sepenuhnya pada ekspansi dan kontraksi otototot dan diafragma dengan latihan pernafasan akan terlatih menghisap udara lebih banyak dab menghembuskan keluar sisa-sisa pembakaran lebih baik. Kekuatan dan efisiensi kerja otot semakin meningkat. Ruangan dalam sisten alveoli semakin besar maka akan meningkatkan kapasitas KEMPEN BERHENTI MEROKOK 76 vital paru-paru. Hal ini terjadi seperti apa yang dialami oleh penyelam alamiah. Menyelam sambil menahan nafas lama menghasilkan kapasitas vital paru-paru yang luar biasa. Udara banyak masuk, oksigen diserap banyak. Pemakaian oksigen dinyatakan dalam kalori, di mana 1 liter oksigen yang dipakai bergerak bererti melatih tubuh menggunakan sumber energi lain dalam tubuh selain oksigen. Selain energi aerob yang diperolehi dari oksidasi zat makanan, tubuh manusia juga mempunyai sumber energi lain iaitu energi anaerob, yang diperoleh dari pemecahan ATP menjadi ADP + P + Energi, tanpa menggunakan oksigen. Hasil akhir reaksi aerob adalah karbon dioksida dan air, sedangkan reaksi anaerob menghasilkan asam laktat, yang dalam jumlah besar akan mengganggu proses lainnya seperti kontraksi otot, kelelahan, nyeri otot. Pada olahraga singkat seperti angkat berat, lari sprint renang, jarak pendek, energi anaerob tidak mungkin kerana keperluan oksigen tidak sesuai dengan yang tersedia pada saat itu. Pada olahraga atau kerga yang berlangsung lama, pemakaian energi anaerob tidak mungkin. Diperlukan pengambilan oksigen yang cukup banyak guna memenuhi keperluan energi oksigen tersebut. Terjadi keseimbangan antara keperluan oksigen dengan masuknya oksigen melalui pernafasan. Bila keadaan ini sudah tercapai maka keadaan ini tersebut ' Steady State'. Steady State tidak dapat segera tercapai, diperlukan penyesuaian sistem sirkulasi dan pernafasan, sehingga pekerjaan akan diambil alih oleh proses anaerob dengan pemecahan ATP. Pada saat seperti ini terjadi yang dikatakan 'oxygen debt' (hutang oksigen), yang akan dibayarkan kemudian setelah selesai berolahraga atau bekerja iaitu fase istirehat. Steady State dapat dicapai setelah beberapa minit berlangsung pemulihan, bergantung pada latihan dan kondisi seseorang. Oxygen debt berhubungan dengan bertumpuknya ADP dan P serta berkurangan ATP. Usaha dan kemampuan seseorang pada suatu waktu ditentukan oleh jumlah oksigen maksimum yang dapat diserap (VO2 max). Oxygen debt (OD) maksimum yang boleh dikontrak. Latihan pernafasan bergerak akan meningkatkan VO2 max, effsiensi penangkapan dan penggunaan oksigen oleh jaringan sel dan meningkatkan juga OD yang dapat dikontro. Gambaran kekuatan dan kemampuan kerja seseorang yang berhubungan dengan VO2 max dan OD sebagai berikut : - VO2 max - 5 liter/minit - OD max yang dikontrak - 15 liter - kerja memerlukan O2 - 6 liter/minit Maka OD - 1 liter sehingga kemampuan kerjanya hanya bertahan 15 mimit - Bila kerja memerlukan O2 - 10 liter/minit Maka OD - 5 liter/minit, kemampuan kerjanya hanya 3 minit. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 77 Hb Darah Paru-paru jutaan gelembung-gelembung udara kecil yang disebut alveoli. Di sekeliling alveoli ini darah mengalir. Sesuai dengan hukum difusi gas, oksigen bergerak dari tekanan yang lebih tinggi dalam alveoli ke dalam sel-sel darah merah yang tekanan udaranya lebih rendah. Jumlah Hb darah sangat berpengaruh terhadap penyerapan oksigen, walaupun paru-paru boleh memperoses lebih banyak, jaringan sel tubuh tetap tidak akan menerima lebih banyak kecuali Hb darah sebagai pengikat dan alat transpor darah. Bergerak dengan nafas ditahan beerti yang diterima jaringan tubuh berkurang, akibatnya tubuh akan meningkatkan pembentukan Hb darah. Hal ini terjadi seperti di daerah tinggi di mana jumlah sedikit dalam udra sehingga yang diberikan jaringan tubuh berkurang, maka tubuh beradaptasi dengan cara pembentukan Hb darah dipercepatkan, terjadinya peningkatan H darah. Jadi yang mengawasi penbentukan Hb darah adalah kemampuan fungsional Hb darah untuk mengangkut oksigen ke jaringan sel dalam hubungannya dengan keperluan oksigen jaringan. Dengan latihan pernafasan, produksi Hb darah meningkat. Sekarang lebih banyak Hb darah yang tidak hanya digunakan mengirim makanan oksigen, melainkan juga lebih banyk Hb darah untuk membuang sisa pembakaran. Pembuangan karbon dioksida dan sisa lainnya juga penting, dapat mengurangi rasa lelah dan meningkatkan endurance, daya tahan tubuh. Hb darah beroksigen sampai ke jaringan sel melepaskan oksigen dan melepaskan sisa-sisa dari jaringan. Oksigen dan makanan dalam bentuk cairan-cairan menembus membran sel, sebaliknya sisa-sisa pembakaran menembus membran sel pula berlawanan arah. Di sinilah terjadi seluruh perputaran hidup, dimana bahan-bahan untuk pemeliharaan, sumber energi masuk dan sisa-sisa keluar. Dengan sendirinya latihan pernafasan akan meningkatkan efisiesi dari perputaran ini dan kapasitasinya. 2. Pembuluh Darah Kekurangan oksigen pada latihan pernafsan akan menyebabkan adaptasi pembuluh darh sehingga terjadi pembesaran pembuluh darah yang sudah ada dalm jaringan, bahkan kalau memungkinkan akan tumbuh pembuluh darah baru. Kurangnya oksigen menyebabkan pembuluh darah beradaptasi. Kerana ketegangan di dalam dinding pembuluh darah berbanding langsung dengan diameter pembuluh darah tersebut, elemen-elemen pembuluh darah tersebut kemudian mengalami regangan yang lebih besar dari normal, secara teoritis tegangan ini dapat menyebabkan pembesaran yang tetap dari pembuluh darah itu. Penyebaran pembuluh darak akan sangat berpengaruh terhadap tekanan darah, sehingga menjadi normal. Pembuluh darah menjadi lebih lentur dan tahanannya terhadap aliran menurun. Peristiwa di atas merupakan faktor utama dalam membina keperluan zat makanan dan oksigen, membuang sisa pembakaran. Dengan mempunyai pembuluh darah ibart jalan tol, kotoran-kotoran seperti kolestrol yang berlebihan akan mudah disingkirkan. Jadi pengaruh latihan pernafasan terhadap pembuluh darah adalah memperbesarkan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 78 ukurannya, membuatnya lebih lentur terhadap tekanan, tahanannya terhadap aliran darah akan menurun sehingga mencukupi penyaluran dan distribusi, membantu membersihkan jalur-ljalur ini dari kotoran. 3. Pencernaan Makanan Pernafasan perut beerti mengolahragakan organ dalam perut dengan tekanan yang teratur ibarat dipijat akan memperlancarkan aliran darah di semua jaringan organ perut sehingga penyerapan zat makanan dan distribusinya semakin baik. Hal ini akan sangat membantu pemulihan penyakit di sekitar perut. Tekanan-tekanan akan menbatu otot-otot pencernaan menyingkirkan sisa-sisa yang harus dibuang sehingga kegiatan usus lebih meningkat. 4. Otot Kerangka Terlihat pada pernafasan bergerak, seluruh bahagian tubuh diolahragakan yang dikerjakan terus menerus berulang kali. Dengan demikian otot-otot akan terlatih baik, jaringan-jaringan otot akan tumbuh panjang dan padat serta elastis, sehingga lebih banyak daerah yang berdekatan dengan pembuluh darah. Hal ini memungkinkan lebih mudahnya pengiriman makanan dan oksigen, juga memudahkan pengiriman pembuangan sisa-sisa. Akibatnya otot-otot tidak mudah lelah untuk bekerja. Penahanan nafas walaupun oksigen yang ada hanya sedikit sehingga dalam keadaan oksigen normal, jaringan otot bekerja lebih baik dan kuat lagi. Penahanan nafas sambil bergerak, beerti juga memacu kerja otot lebih baik dalam menghasilkan sumber energi anaerob. Penyimpanan glikogen dalam otot dan proses glikolisis menghasilkan ATP sebagai sumber energi akan meningkat, baik dalam jangka waktu mahupun kekuatan yang dihasilkan. 5. Jantung Jantung mengambil darah berisi oksigen dari paru-paru dan menompanya ke seluruh jaringan tubuh, kemudian jantung mengambil drah berisi karbon dioksida dan menompanya masuk ke paru-paru. Jantung sudah bekerja sebelum kita lahir dan akan tetap bekerja sampai kita mati. Jantung sihat bergantung kesihatan jaringan ototnya. Jaringan otot sihat bergantung kepada jumlah pembuluh darah sihat sebagai lalu lintas makanan dan oksigen, serta efisiensi jaringan otot memanfaatkan makanan dan oksigen yang ada. Dengan penahanan nafas dalam latihan, pembuluh darah berdilatasi, memberikan lalu lintas jalan tol dalam jaringan otot jantung terlatih, bekerja baik, efisien, walaupun dalam keadaan oksigen sedikit. Kesihatan jantung dapat juga dilihat dari frekuensi denyut jantung dengan otot jantung yang terlatih baik, besar dan kuat, maka jantung KEMPEN BERHENTI MEROKOK 79 akan berdenyut lebih lambat, kerana setiap denyutan jantung menompa darah lebih banyak sehingga kerjanya lebih efisien dan cermat. 6. Jaringan Otak Otak yang terdiri dari sistem syarat organ tubuh yang vital memerlukan pemeliharaan dan perawatan yang baik, kekurangan oksigen akan menyebabkan kacau fikiran anoxia cerebralis. Bila tidak mendapatkan oksigen dalam waktu cukup lama, akan mengakibatkan kerosakkan otak yang tidak dapat diperbaiki lagi dan penderita biasanya meninggal. Efek dilatasi pembuluh darah dari manfaat pernafasan akan melengkapi sistem jaringan otak dengan pembuluh darah yang besar dan sihat sehingga pengiriman makanan dan oksigen akan mudah masuk sampai ke jaringan otak dengan jaringan otak yang terpelihara baik, keluhan-keluhan rasa pusing, sakit kepala yang disebabkan oleh bermacam-macam kelainan tidak akan pernah ada. Sisa-sisa pembakaran cepat dibuang sehingga otak tidak mudah lelah, bila digunakan untuk belajar, berfikir dan bekerja. Ketergantungan jaringan syaraf akan oksigen akan berkurangan kerana terlatih dengan adanya latihan penahanan nafas. Di samping meningkatkan efisiensi penangkapan oksigen oleh jaringan syaraf, jaringan syaraf otak juga tetap tegar menjalankan fungsiny walaupun oksigen yang hanya sedikit. Dengan berlatih jurus putar, bahagian otak yang bekerja sebagai alat keseimbangan terlatih baik dan stabil, sehingga tidak mudah diserang rasa mual, pusing dan mabuk kenderaan. 7. Jaringan Tubuh Lain. Demikian pula halnya dengan jaringan yang lain. Pengaruh dilatasi pembuluh darah, jumlah Hb darah meningkat, penyerapan oksigen oleh jaringan tubuh akan menghasilkan pemeliharaan dan rehabilitasi jaringan tubuh yang lain semakin baik. Pembuangan sisa-sisa pembakaran dipercepatkan sehingga jaringan tubuh seperti hati, ginjal dan lain-lain akan menjalankan fungsinya sesuai dengan tugas masing-masing lebih baik lagi. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 80 PETUA-PETUA+ YANG PERLU DIPERHATIKAN Persiapan-persiapan ini meliputi beberapa hal yang juga dipandang perlu untuk dilaksanakan. Sebab pendahuluan sebelum berlatih, akan menjadi tidak baik sama sekali dan segala sesuatunya akan menjadi kacau, jauh dari kehendak anda. Sebaiknya sebelum memulai dengan pergerakkan ini, sebaiknya terlebih dahulu membuat pemanasan badan atau warming up, sebab ia akan membantu anda dalam latihan pergerakkan supaya pergerakkan tidak kaku disebabkan oleh urat-urat masih menegang. Waktu yang paling baik untuk berlatih adalah pada pagi hari, sebab suasana tenang serta udara masih bersih yang mana ia banyak membantu anda. Di samping itu adanya sinar matahari yang sangat berguna bagi tubuh kita khususnya dalam merubah praktikel lemak menjadi Vitamin D yang berguna bagi tulang. Jika pada pagi hari tidak lagi sampai melatih diri, maka sebaiknya waktu petang. Jangan terlalu siang ataupun terlalu petang. Cukup berlatih satu jam sahaja, ianya sudah banyak sekali mempengaruhi terhadap diri anda. ILMU MEMATIKAN RASA Tentunya anda sering mendengar perkataan mematikan rasa. Ya, sudak kerap kita mendengarnya secara ilmu pengetahuan (Medis) mahupun secara kebatinan. Secara Medis atau secara kedoktoran, mematikan rasa dilaksanakan sewaktu atau pada saat seseorang mengalami Operasi. Jadi si pasien akan mengalami patirasa atau si pasien disuntik dengan suatu cairan ubat yang berguna untuk mematikan rasa. Patirasa secara medis mempunyai dua jenis patirasa, meski satu dan lainnya satu. Iaitu secara lokal dan secara menyeluruh . Patirasa secara lokal ialah apabila kita mendapatkan luka yang cukup parah pada salah satu anggota badan kita, serta itu memerlukan jahitan agar kulit kita yang tersobek dapat kembali menutup. Ketika di sini memerlukan pati rasa. Tempat disekitar luka akan disuntik, setelah beberapa saat kemudian maka daerah luka tersebut menjadi kebas, terasa amat tebal serta tidak terasa sakit sama sekali. Hal ini disebabkan adanya ubat yang disuntik tadi sudah menunjukkan aksi. Itulah yang disebut lokal. Daerah tempat luka tersebut tidak akan terasa sakit walau disiyat. Rasa kebas tersebut amat terbatas. Ertinya tidak terlalu lama rasa kebas tersebut. Setelah ubat tadi berkurang khasiatnya maka luka itu akan terasa amat skit sekali. Mengapa, ini dinamakan pati rasa lokal? Ya sebab hanya daerah luka sahaja yang menerima patirasa. Daerah yang lainnya akan tetap terasa sakit apabila dicubit. Lain halnya dengan patirasa secara menyeluruh. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 81 Patirasa secara menyeluruh biasanya dilakukan dengan jalan membius si pasien yang akan mendapatkan sebuah operasi yang cukup berat. Si pasien yang mendapatkan patirasa lokal akan merasa tidak sabar dalam waktu yang cukup lama. Sehingga si pasien tidak akan merasakan sakit walau anggota badannya disiyat-siyat dengan sebatang pisau. Tetapi setelah sedar dari pengsannya akibat ubat yang dicium atau disuntik kepadanya, maka dia akan kembali seperti sediakala. Merasa sakit apabila salah satu anggota badannya dicubit atau dihiris. Itu hanya sekadar penjelasan sedikit dan ringan mengenai pati rasa secara medis. Lalu bagaimanakah patirasa secara kebatinan itu? Di sini kami jawab juga pertanyaan itu plus cara-cara melakukannya. Mematikan rasa secara kebatinan amatlah sukar dilaksanakan. Ya, amat sukar sekali. Itu semua memerlukan ketekunan yang hebat serta latihan yang rutin. Paling utama, apabila kita atau anda sudah memahami serta dapat melakukan dengan baik pelajaran terdepan maka kesulitan itu dapat anda kurangkan. Mengapa? Sebab perjalanan yang ini membutuhkan daya konstasi yang amat kuat. Sekali lagi pelajaran yang terdahululah yang berguna. Sudah kami katakan berkali-kali bahawabpelajaran yang terdahulu merupakan batu tumpuan untuk pelajaran seterusnya. Dengan berhasilnya anda dalam pelajaran mematikan rasa ini, maka Samadi anda akan menjadi lebih sempurna. Pelajaran mematikan rasa menurut Ilmu Sejati ini mungkin agak berbeza dengan pelajaranpelajaran kebatinan yang lainnya. Sebab di sini kami katakan secara bertahap ertinya kami lakukan secara bertahap. Dari yang ringan ke agak sulit dan yang tersulit. Dengan demikian maka kita akan mempelajari agak ringan, tidak terlalu berat untuk dilaksanakan. Lain halnya apabila kita langsung mempelajarinya tanpa tahap demi tahap, maka banyak kesulitan yang akan kita hadapi. Biasanya kita akan cepat merasa bosan apabila kita mendapatkan kesulitan dalam mempelajarinya. Sebuah contoh yang sederhana, seorang pelajar akan takut kepada pelajaran yang ini atau yang itu kerana si anak mendapat kesulitan dengan pelajaran yang diterimanya. Maka di sini akan kami berikan cara-cara secara bertahap-tahap, sedikit demi sedikit. Ini akan lebih bermanfaat daripada kita mempelajarinya secara langsung. Baiklah sekarang kita mulakan dengan pelajaran ini. Sekarang anda duduklah dengan tenang, terserah sikap bagaimana yang akan anda lakukan di dalam sikap duduk ini. Lebih baik lagi anda duduk di dalam sebuah ruangan di mana terdapat banyak sekali nyamuk-nyamuk berterbangan. Sekarang gunakanlah semua daya kensentrasi anda agar dapat melupakan segala sesuatu. Pusatkan segala fikiran anda, tutup semua lubang, dari lubang kulit sampai lubang pendengaran. Sebab di dalam pelajaran ini tidak akan ada gunanya. Sekarang jangan anda merasakan segala sesuatunya, biarkanlah nyamuk-nyamuk itu hinggap di permukaan kulit anda dan menggigit kulit anda. Maka nyamuk-nyamuk itu akan menusuk kulit anda dengan muncungnya serta mengakibatkan rasa gatas yang tiada tara. Yang menjadi pokok daripada tugas anda ialah merupakan rasa gatal tersebut. Hal ini mungkin tidak mudah dilaksanakan. Mungkin anda boleh melupakan rasa gatal tersebut, itu beerti anda telah berhasil KEMPEN BERHENTI MEROKOK 82 setengahnya. Tetapi pendengaran anda pasti masih mendengar suarasuara disekitar lahihan anda, walaupun suara itu samar-samar. Tetapi kamu yakin apabila ada salah seorang teman anda mengganggu, kami rasa anda akan terganggu juga. Apabila masih terganggu, maka seperti yang kami katakan di atas, anda belum berhasil seluruhnya. Anda hanya berhasil setengahnya. Tetapi setengah itu amat berguna untuk dapat meraih setengahnya lagi. Kami yakin anda amat berbahagia sekali dengan pencapaian anda walaupun sedikit. Anda harus sedar, untuk mendapat kelulusan dari sekolah SD yang enam tahun lamanya , anda harus berhasil mencapai tingkat satu terlebih dahulu, kemudian anda harus berhasil mencapai tingkat nombor dua, begitu seterusnya. Maka setelah anda berhasil duduk di tingkat terakhir, maka anda sudah diambang pintu keberhasilan. Demikian halnya dengan ilmu yangsekarang anda pelajari ini. Jangan merasa pesimis kalau belum berhasil, itu petanda anda kurang matang di dalam latihan anda. Jadi anda harus lebih bersungguh-sungguh di dalam latihan. Setelah anda berhasil melupakan rasa gatal mahupun rasa sakit yang terdapat pada permukaan kulit anda, maka sekarang kita beralih ke yang lebih sukar lagi. Kita sekarang akan menutup pendengaran kita. Sekarang anda duduklah di dalam ruang latihan atau ruang belajar anda. Ambillah sebuah tape recoder dan bunyikanlah dengan kuat. Kami membenarkan anda membunyikan dengan lagu kesayangan anda. Sementara tape berbunyi kuatbacalah sebuah buku sebarang. Tumpukan segala daya konsentrasi anda untuk membaca, dan lupakan bunyi tape yang mengganggu tadi. Sukar bukan, tetapi banyak yang berjaya melupakannya. Hal itu disebabkan oleh rasa konsentrasi yang kuat serta rasa asyik akan cerita yang dia baca. Dengan demikian dia tidak akan terganggu lagi dengan bunyi tape tersebut. (Lihat gambar) Setelah anda berjaya, kini anda duduklah dengan sikap seperti pelajaran Samadi, Gabungkanlah kepandaian anda yang boleh melupakan rasa gatal serta melupakan bunyi-bunyian tadi. Tetapi sebelum anda memulakan, suruhlah seorang teman anda untuk membangunkan anda sesudah anda agak lama berkonsentrasi. Apabila anda sudah tidak merasakan lagi akan gangguan teman anda yang cuba membangunkan anda, maka dapat dikatakan anda berjaya dengan baik. Sekarang anda hanya mematangkannya dengan latihan yang rutin. Mudah sekali bukan? Anda akan berkata begitu kerana anda sudah boleh melakukannya tanpa banyak kesulitan lagi. Juga dengan melatih diri dengan suara ramai yang ada, kita boleh melupakan atau tidak mendengarkan suara berbisik yang ditimbulkan oleh apapun juga. Seseorang yang telah mencapai tataran tinggi dalam ilmu ini serta telah berhasil mengendapkan dirinya akan menjadi sangat tenang dalam pembawaan juga dalam hal keduniaan menjadi kurang seleranya. Sebab dengan latihan maka mereka memerlukan banyak tuntutan seperti pada kepuasan dunia. Untuk mencapai suatu kenikmatan dunia, samada berupa kenikmatan dalam hal makan, hal senggama, maka selalu dituntut oleh suatu hal. Untuk mendapatkan kenikmatan dalam hal makan maka unsur pokok yang harus dipenuhi adalah, bahawa dalam hal makan yang memuaskan selalu enak. Bahawa makan yang enak itu berharga mahal. Untuk mendapatkan makanan itu maka kita akan membelinya dengan wang. Hal itu tidak akan terjadi pada kenikmatan Rohani. Kenikmatan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 83 Rohani tidak memerlukan kos yang mahal. Kita hanya mengendapkan diri serta sadar akan diri kita pribadi. Kita ada yang punya, maka kita akan mendapatkan kenikmatan tersebut darinya. Dalam hal latihan ilmu mematikan rasa ini sungguh tidak begitu mudah dipelajari sebagaimana kita menghadapi sebuah makanan yang cepat dapat kita habiskan. Tetapi ilmu ini memerlukan pengendalian hawa nafsu serta ketekunan dalam berlatih. Dengan mengumbar hawa nafsu maka kita akan menjadi sangat sukar untuk mendekatkan diri kepada ilmu yang sedang kita pelajari, juga dengan seringnya kita melakukan senggama maka zat-zat hidup yang ada di dalam tubuh kita akan menjadi susut, hal mana mempunyai pengaruh langsung terhadap segala sesuatu dengan diri kita. Yang penting ketenangan diri harus dipelihara. Satukan fikiran, kuatkan semangat, tenangkan hati. Maka kita akan berjaya dengan baik dalam mempelajari ilmu apapun. Setelah kita berjaya dalam mengembangkan ilmu mematikan rasa ini sekarang kita boleh mempraktikkan secara langsung dan keras. Ambil sebuah obor yang cukup besar. Nyalakan apinya serta letak didalam ruang yang tertutup. Biarkan menyala beberapa saat sehingga seluruh ruangan menjadi panas. Masuklah ke dalam kamar tersebut tanpa mengenakan baju (tanpa pakaian) duduklah dengan tenang di atas lantai sementara obor tetap menyala sehingga ruangan menjadi semakin panas, tetapi tidak panas benar. Sekarang lawanlah hawa panas tadi. Dalam keadaan berkonsentrasi, maka kita boleh memberi sugesti kepada diri kita seakan-akan kita berada didalam sebuah ruangan yang dingin. Maka kita akan mendapatkan diri kita tidak kepanasan. Jadi kita akan dapat melawan perasaan sakit, panas dingin dan sebagainya. Dengan sugesti yang kuat kita dapat menipu pandangan orang lain, seakan-akan kita menjadi sebuah pohon besar bagi penglihatan orang lain. Hal yang demikian, sama halnya kalau kita mempertunjukkan ilmu Hypnotisme. Demikianlah cara-cara Hypnotisme mempergunakan sugesti serta mempengaruhi alam fikiran orang lain untuk dapat mempertunjukkan sesuatu yang luar biasa bagi orang lain. (Lihat gambar). Tetapi bagi yang belum boleh melakukannya akan mengatakan amat sukar sekali. Malah ada sementara orang mengatakan, bahawa itu adalah mustahil. Tak mungkin untuk dipelajari. Tetapi kita harus percaya, bahawa sesuatunya akan dapat dipelajari. Tak ada ilmu yang tak dapat dipelajari. Tinggal sekarang ketekunan kita masing-masing dalam mempelajari ilmu tersebut. Demikian kami berharap anda yang telah mempelajari isi daripada ilmu ini akan mengembangkannya. Banyak sekali manfaat dari ilmu yang anda pelajari ini. Kami percaya, saat di mana anda telah sampai pada pelajaran rasa ini maka seluruh fikiran anda akan dapat terkawal dengan baik. Kami percaya anda telah banyak berubah. Perubahan itu mengarah ke hal yang positif serta amat menguntungkan diri anda. Manfaat lain Yang Menarik 1. Pengembangan Sistem Biollstrik Tubuh KEMPEN BERHENTI MEROKOK 84 Latihan pernafasan menyebabkan reaksi-reaksi biokimia dalam darah semakin meningkat (dengan katalisator asam). Energi akhir dan elektron yang dihasilkan diarahkan dengan gerakan-gerakan jurus untuk disimpan (charged) dalam generator-generator listrik kelenjar/organ tubuh. Dengan istilah 'dibuka' maka diberikan energi akselerator sehingga generator-generator listrik yang mula-mula mempunyai frekuensi energi tidak sama, menjadi satu kesatuan yang mempunyai frekuensi/level yang sama. Akibatnya dari tubuh akan memancarkan getaran listrik yang dikatakan medan elektromagnetik tubuh, yang aktif dan sensitif terhadap rangsangan gangguan getaran dari luar. Medan elektromagnetik tubuh ini sebenarnya merupakan 'antibodi getaran' manusia. Kerjanya sama dengan antibodi fizik menghadapi penyakit. Bekerja spontan, otomatis, tanpa harus diperintah asalkan ada keseimbangan gerakan tubuh. Semakin besar serangan getaran yang datang semakin besar pula reaksinya. Prosesnya dapat dijelaskan sebagai berikut : Gerakan penyerang adalah frekuensi (berbanding lurus dengan energi), menabrak sistem getaran yang diserang, sama dengan memberikan energi kepada yang diserang sehingga terjadi interaksi getaran, akibatnya elektromagnetik tubuh yang diserang mengalami perubahan getaran (perubahan amplitudo) maka energi yang besar akan dihasilkan dari perubahan getaran ini (perubahan amplitudo berbanding lurus dengan perubahan energi). Selanjutnya energi yang dihasilkan ini akan memberikan respon, terjadilah energi kepada si penyerang sebesar getaran energi yang dipancarkan untuk menyerang. Akibat energi respon akan menyebabkan kekacauan getaran dalam diri penyerang (seperti konsluting listrik). Secara fizik terlihat penyerang terpental, terlempar, jatuh, kejang-kejang dan bila listrik jantung terganggu, denyutan jantung kacau, penyerang nampak pucat kebiruan dan seterusnya. Tentu saja cara mengubati lawan yang terkena balasan getaran ini sudah diberikan kepada setiap anggota, yang memang dilatih mempunyai jiwa dan rasa kasih sayang, jauh dari rasa dendam. 2. Peningkatan Kuat Ikat Molekul Otot Dan Konsentrasi Energi Dengan latihan gerak yang teratur, lengkap dan berulang-ulang akan menyebabkan otot-otot semakin liat dan kenyal. Aliran energi terlatih untuk dikonsentrasikan pada bahagian-bahagian tubuh yang dikehendaki, sehingga dengan latihan yang baik, tubuh akan terlatih menerima benturan atau pukulan benda keras tanpa khawatir terjadi cedera otot. Bila digunakan untuk memukul, konsentrasi energi pada alat pukul cukup besar sehingga akan menghasilkan pukulan yang cukup keras. 3. Pengembangan Sistem Pengobatan Dengan tekanan nafas yang dilakukan dimaksudkan untuk menghimpun dan mengkonsentrasikan semua energi hasil latihan agar terpusat dengan baik di pusat energi tersebut. Setelah selesai latihan dasar, energi hasil latihan sudah dapat dimanfaatkan untuk menolong orang lain terutama mengubati orang sakit. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 85 Penyakit apapun yang diderita seseorang, baik itu penyakit dari dalam dirinya sendiri mahupun yang datang dari luar, tidak lain disebabkan oleh gangguan atau ketidakharmonisan listrik dalam tubuh. Dengan himpunan energi aktif yang telah diperolehi selama latihan dapat digunakan untuk membantu mengubati orang sakit, dengan cara memancarkan energi tersebut kepada pasien tersebut sehingga akan mengaktifkan kembali dan menormalkan kembali listrik tubuh yang terganggu dari pasien tersebut. Untuk menjadi pemancar yang baik, harus dipenuhi syarat, niat dan pengaturan nafas. TINGKAH LAKU YANG TIDAK MENYENANGKAN Sombong, suka amuk, merugikan pihak lain, menyinggung perasaan dengan kata atau perbuatan, melanggar janji atau dusta, berlaku yang berlebih-lebihan, bersenda-gurau melebihi batas, kurang sopan terhadap pendangan umum, ini semua harus dipantang pada setiap waktu atau saat. Kerana dapat merugikan pihak lain dan akhirnya dapat merugikan diri peribadi (persoonlijkheid). SANGSI, RAGU-RAGU DAN KECEWA PENGHALANG besar bagi mempengaruhi KEPERCAYAAN kepada diri peribadi tetapi masih terselit rasa SANGSI, RAGU-RAGU dan KECEWA, maka semua pekerjaan yang dijalankan tidak akan menghasilkan apa yang diharapkan, meskipun sudah lama. TAKUT, MARAH, MENYESAL, IRIHATI, MEMBENCI, MENDENDAM DAN JAHAT Sifat diatas semuanya merupakan gejala-gejala yang merosakkan keteguhan dan kebersihan batin, lebih-lebih sifat jahat adalah sangat berbahaya kerana menimbulkan benih bencana terhadap orang lain kemudian kembali ke diri sendiri. Segala perbuatan akan menimbulkan SEBAB dan AKIBAT, perbuatan yang tidak baik sedikit atau banyak yang mungkin pada permulaan membawa hasil yang diinginkan, tetapi pada akhirnya tidak akan luput dari hukum KUDRAT yang setiap manusia tiada kuasa merubah yang akan merupakan hukuman BATIN yang lebih berat rasanya dibandingkan hukuman NEGARA. Hukum negara setelah dijalani rasa dalam batin sudah selesai dan bebas. Tetapi hukum batin di mana kita berada di situ kita merasakan panik, gelisah, selalu merasa seolah-olah diburu. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 86 SYARAT-SYARAT UNTUK MENDATANGKAN KESAKITAN GHAIB Dalam segala urusan orang harus mempunyai dasar yang kuat. Periksalah gedung bertingkat, kalau dasar pondasi tidak dibuat yang dalam dan kuat tentu dalam beberapa tahun saja akan runtuh kerana situasi udara, tanah, hujan, kemarau dsb. Kalau akan belajar ilmu kesakitan ghaib, dasar-dasar tsb sangat diperlukan benar-benar iaitu IMAN yang kukuh. PERTAMA : Orang harus beriman percaya hal adanya TUHAN, menjalankan ajaran AGAMA atau KEPERCAYAAN yang dianuti yang telah disahkan Undangundang Dasar Negara Iaitu satu KETUHANAN YANG MAHA ESA ini suatu keharusan. Kerana orang yang beragama yang baik dapat mengetahui ini pekerjaan baik menurut ajaran TUHAN dan ini pekerjaan yang buruk sesat menurut ajakan IBLIS - DOSA. TUHAN mengkudratkan (memberi undangundang TEGAS) bahawa siapa menanam pasti akan membuah, dari segala perbuatannya maka akan menghasilkan : BUAH DARI SEGALA HASIL PERBUATANNYA SENDIRI. Siapa gali lubang, dia sendiri yang masuk lubang. Hidup di DUNIA ini hanya sementara, mati untuk selamanya kalau mati tersesat akan kembali badan sudah rosak akhirnya tersesat selamanya ikut iblis. KEDUA : KEPERCAYAAN; segala pekerjaan atau segala usaha, kalau yakin bahawa itu benar, haruslah dan perlu dilakukan. Meskipun menempuh berbagai kesulitan tetapi kerana dengan penuh kepercayaan, hasilnya akan memuaskan. KETIGA : KETABAHAN; banyak usaha menemui kegagalan disebabkan ketabahan hati kurang, mudah kendur, mudah putus asa. Padahal untuk menghadapi segala ujian, cubaan (sampai orang ke PLANET luar) segala rintangan dapat diatasi dengan penuh segala KETABAHAN hati (tekat bulat). KEEMPAT : JUJUR; segala lapangan orang hidup ini memerlukan modal, satu-satunya modal mulia adalah KEJUJURAN. Di dalam pergaulan, pekerjaan, perdagangan dan hal-hal yang penting, orang yang berlaku jujur masih KEMPEN BERHENTI MEROKOK 87 dicari dan masih mendapat tempat yang istemewa bahkan disegani dan dihormati dan disayangi. KELIMA : GIAT; hanya giat sementara ogah, seperti orang mengasah pisau belum tajam sudah tidak diteruskan. Kita harus giat berusaha sampai pekerjaan selesai dengan sempurna meskipun mengalami beberapa penghalang. KEENAM : SABAR; dengan segala kesabaran orang akan dapat menyelesaikan segala masalah, rintangan dan percobaan. Sabar beerti tidak tergesagesa dan tidak berputus asa. KETUJUH : MEMBATASI DIRI; dari segala nafsu dan keinginan ini dimaksudkan segala sesuatu haruslah memikirkan segala akibatnya. Jangan membiarkan nafsu keinginan untuk menuruti kemahuan hati melebihi batas-batas dari kemampuan kita, jangan hanya menuruti suara hati sahaja misalnya : hidup mewah yang bukan pada batas kemampuan, gila pujian, gila wanita, gila lelaki sehingga melakukan kecurangan penyelewenganpenyelewangan, itu semua dapat terjadi kerana tidak dapat membatasi diri. Setelah dapat melakukan 7 (tujuh) macam kebiasaan seperti tersebut di atas, sehingga kesemuanya melekat pada jiwa dan sebagai kebiasaan hidup sehari 2, maka dengan sendirinya (otomatis) mendapat tiga macam keuntungan sebagai pedoman hidup, iaitu hidup SEDERHANA, TENANG dan TANGGUH (BATIN KUAT). PUNCA KEBERASILAN I. KONSENTRASI - MEMUSATKAN FIKIRAN ATAU PERHATIAN Segala pekerjaan pasti memerlukan fikiran, seorang pelukis, pengarang, perencana bangunan, pembuat patung, ukur, pembuat sapu; para murid menghadapi pelajaran, mandi, buang air besar, bersembahyang dan akan tidur, kesemuanya tersebut tidak jadi atau gagal sepenuhnya, banyak orang mengeluh semalam tak dapat tidur dll. Dls. Kerana belum tahu cara konsentrasi ... cuba ucapkan MANTRA "TIDUR" sampai 1,000 kali dihitung dengan tasbih mantra hanya dua kata ini sederhana tetapi berisi, setiap mengerjakan fikiran hanya satu tujuan sahaja.... jangan melambrang. II. KEMAHUAN YANG KERAS KEMPEN BERHENTI MEROKOK 88 Kemahuan yang keras dapat membangkitkan jiwa semakin bertambah besar, dan mempercepatkan jalannya getaran-getaran yang dibawa oleh gelombang fikiran yang terpusat itu sehingga dengan mudah dapat menguasai segala persoalan, pekerjaan dan mudah untuk melemahkan orang yang dipengaruhi iblis. III. KEPERCAYAAN KEPADA DIRI SENDIRI Kepercayaan atau keyakinan suatu sumber dari kekuatan ROHANI dan akan menjadi suatu KUNCI RAHSIA untuk mendapatkan KEGHAIBAN_KEGHAIBAN. Kerana dengan PERCAYA _ YAKIN pasti timbul AJAIB. Contoh kalau kita masuk gua, masuk hutan lebat yang yang jarang dilalui orang ditengkuk merasa berdiri bulu roma dan dihati merasa waswas atau nratab kerana ingat cerita-cerita orang bahawa ditempat itu ada keramat; ini semua kerana PERCAYA atau YAKIN sehingga timbul AJAIB, itu semua kalau tidak percaya dengan tegas bahawa itu hanya cakap kosong, nonsen, dengan batin kuat tidak ragu pasti tidak ada apa-apa dan kalau ada apa-apa pasti akan kalah dengan kita, kerana kita bersama TUHAN dengan kepastian semua keburukan dan kejahatan akan dapat diatasi. Contoh sejarah NABI DANIEL ketika mendapat hukuman dimasukkan kekandang singa yang belum diberi makan beberapa hari ... menurut sangkaan dari 120 gabenor atau seluruh negeri itu bahawa DANIEL pasti mati dimakan singa ... tetapi kerana DANIEL percaya bahawa mati dan hidup hanya TUHAN yang menentukan, ternyata keesokkan harinya Raja Darius menyuruh membuka kandang singa ... apa yang terjadi bahawa DANIEL masih hidup ... kemudian Raja Darius insaf bahawa ALLAH nya DANIEL yang menyelamatkan kemudian Raja ikut menyembah hanya TUHAN ALLAH yang patut disembah. IV. KEBERANIAN PERCAYA harus ada BERANI, kerana keberanian adalah suatu senjata ampuh tak ada bandingannya. Kita menghadap ke Kep. Desa, Kep. Kantor Camat, Kantor Daerah, Kantor Gubernur, Kantor Bank dls. Itu semua tanpa ada keberanian pasti gagal tidak tercapai maksud dan tujuan. Waktu atraksi, menyembuhkan orang, menjual ubat, dagangan, tampil menyambut berpidato itu semua kalau ada rasa rendah diri (tidak berani) pasti menemui kegagalan yang memalukan. Dengan penuh keberanian segala persoalan akan dapat diselesaikan dengan lancar. V. SUGESTI - SARAN atau DAYA SARAN SUGESTIE-sugesti - sugestion dapat disamakan dengan DAYA SARAN dapat dieertikan suatu ANJURAN atau perintah dengan menarik hati yang kena perintah. Contoh : orang berpergian dibeberapa telah melewati dan melihat beberapa keadaan, kalau tahu tanaman yang subur dan indah pemandangan di dalam hati merasa senang dan lupa segala persoalan, tetapi kalau melihat tanah kering tanaman kurus-kurus dan kena bencana alam gunung meletus keadaan menjadi gersang semua tanaman hangus KEMPEN BERHENTI MEROKOK 89 berdebu rumah-rumah berserakan, fikiran orang langsung ikut merasa sedih. Ada lagi contoh : kita berpergian sehari penuh belum sempat makan, kemudian kita menuju ke depot dan langsung pesan makanan dan dalam kita menanti makanan yang disuguhkan, kita tahu segala persiapannya, dalam hati rasanya sudah ikut merasakan, padahal kita belum makan? ... Lain lagi; kita pernah melihat kemalangan teruk Bas dengan kereta malam. Kereta malam, banyak korban dan dibawa ke R.S, kemudian ada dijahit dipotong dioperasi, yang meninggal akan terus diketepikan, kita sekaligus merasakan padahal hanya melihat ...? ini semua adalah kena SUGESTI KEADAAN, kita dipaksa oleh sugesti sehingga harus ikut merasakannya. Contoh lain : Pada waktu 10 November 1945 Bung Tomo suaranya berkumandang menerusi radio menyeru agar semua pemuda pemudi dari segala lapisan masyarakat ikut berjuang melawan penjajah Belanda dan Inggeris sehingga banyak korban tetapi rela demi Negara R. I. .... itu semua kerana Bung Tomo pandai memberi sugesti, semangat meskipun melalui radio ... ini semua adalah DAYA SARAN _ SUGESTI. Contoh masih banyak a.1. : Guru terhadap murid; Mandor terhadap pekerja; Majikan terhadap staf pekerjanya; juru penerangan; jaksa terhadap terdakwa; polis terhadap masyarakat; pemuda-pemudi sedang bercinta dan kerana pandai merayu sehingga berjaya mengambil hati kekasih; doktor terhadap pesakitnya ... dan fakta sejarah kenabian: Kitab Injil Mateus 9 ayat 6 ... Isa Almasih berkata (bersugesti) "Bangunlah engkau, angkat tempat tidurmu, pulanglah kerumahmu" apa yang terjadi? Bahawa orang sakit lumpuh seketika dapat sembuh. Penjual ubat kalau tidak pandai berbicara atau daya tariknya kurang, si pengunjung tidak ada yang mendekat sehingga jualannya tak laku. Untuk menarik perhatian umum, ditabuhnya taburan genderang ... apa yang terjadi sebentar saja publik sudah berduyun-duyun datang, ini semua kerana ... SUGESTI. DASAR PENGEMBANGAN KEKUATAN GHAIB ADALAH PENJIWAAN DARIPADA KEYAKINAN DIRI YANG KUAT Di dalam segala lapangan apapun juga, manusia harus mengerjakan segala sesuatunya dengan dasar keyakinan dan tanpa adanya keyakinan yang menyertai, maka dapat dikatakan pekerjaan yang dilakukan itu tidak memiliki kemantapannya serta tidak dapat mencapai hasil yang gilang gemilang. Dapat juga terjadi suatu keberhasilan yang luar biasa, tetapi dapat dikatakan jarang sekali. Dengan bermodalkan keyakinan, anda telah menang, bertindak dan siap untuk cuba menerima hasil yang lebih sempurna. Terutama sekali jika sekiranya keyakinan anda ini disertai dengan ketabahan, kemahuan yang kuat dan semangat yang tinggi! Khusus di dalam meyakinkan sesuatu ilmu yang abstrak sifatnya seperti yang kini sedang anda lakukan, maka itulah yang lebih penting. Pertamanya anda harus menanamkan suatu keyakinan yang sedalam-dalamnya bahawa apa yang anda lakukan akan membawa faedah yang besar bagi kehidupan anda. Anda yakin itu semua pasti KEMPEN BERHENTI MEROKOK 90 dapat anda jangkau dengan berlandaskan pula dengan adanya kemahuan yang kuat, semangat yang bergelora dan penuh dengan ketabahan. Apapun yang terjadi dalam penerokaan ini akan anda hadapi! Semuanya harus bersifat positif dan tidak membiarkan fikiran yang negatif mengusik-ngusik serta mengecilkan semangat serta menggoyahkan keyakinan yang telah anda tanamkan dalam jiwa anda ini. Seperti halnya dengan seorang ahli hipnotis yang di dalam setiap tindakannya selalu disertai dengan keyakinannya yang bergelora, maka akan memberikan hasil seperti yang diharapkannya! Demikian pula halnya jika seseorang sedang menghadapi sesuatu kesulitan yang mana akan dapat menghilangkan unsur-unsur negatif dalam fikirannya dan yakin akan dapat menghalaukan kesulitan yang terjadi; nescaya hal tersebut akan membawa pengaruh yang besar dan akibatnya kesulitan yang menghadangnya akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Memang segala sesuatunya tidak terluput daripada adanya suatu kebimbangan dan keragu-raguan, tetapi jika anda dapat menindas perasaan tersebut dengan menutup menggunakan kekuatan daripada keyakinan yang ada, pasti hasilnya akan lebih tidak meragukan lagi. Mulailah segala sesuatu yang anda lakukan dengan “KEYAKINAN”. Lakukan apa-apa yang ada dengan “KEYAKINAN” dan “KEYAKINAN” tersebut akan membawa diri anda pada suatu kenyataan yang menakjubkan!! Pengembangan kekuatan yang luar biasa dimulai dengan suatu “KEYAKINAN” dan “KESEDARAN” bahawa sebenarnya di dalam tubuh anda tersimpan sumber kekuatan yang dapat dibangkitkan. Merupakan MICROCOSMOS atau JAGAD KECIL yang mempunyai hubungan mesra dan rapat dengan MACROCOSMOS, iaitu JAGAD BESAR atau ALAM SEMESTARAYA ini. Dengan suatu proses tertentu, maka macrocosmos akan menguasai diri kita atau anda dengan bahan-bahan yang penuh mukjizat yang beraneka ragam jenisnya untuk membangkitkan “TENAGA DALAM” yang anda miliki. Tubuh anda memiliki zat yang disebut tenaga dalam yang dengan latihan-latihan khusus akan membangkitkan fungsi yang sesungguhnya akan memberikan pagar perlindungan ghaib dalam menghadapi segala macam kemungkinan dengan sistemnya yang menakjubkan. Tidak dapat dilihat dengan mata biasa, tetapi dapat dirasakan dengan mata batin. Dunia pengetahuan moden pun kini mengakui adanya tenaga dalam yang maha ghaib bekerjanya ini. Rasa percaya kepada kemampuan peribadi ini harus dipupuk terus setiap harinya, sehingga semakin hari semakin menjadi bertambah kukuh. Dan jikalau ini sudah menjadi gagasan yang sedemikian kukuhnya, maka secara tidak terasa bahawa sebenarnya tenaga di dalam diri anda telah bergetar-getar, telah siap untuk menerima arahan dari fikiran anda. Tetapi jelas tidak semudah itu untuk dapat anda pergunakan, kerana masih terdapat proses lain yang harus anda penuhi. Proses-proses lainnya yang perlu anda yakinkan itu meliputi bahagian-bahagian yang harus dilatih dengan keyakinan pula. Jika semua itu akhirnya dapat anda kuasai dengan sempurna, maka siaplah bagi diri anda untuk mengeluarkan arahan pada tenaga ghaib yang terpendam itu. Anda akan menjadi manusia yang perkasa dan memiliki keperibadian yang menonjol, jauh berlainan dengan keadaan sebelum melatih ilmu yang kami turunkan ini ... KEMPEN BERHENTI MEROKOK 91 Sampai di sini, anda telah kami dedahkan dengan dasar pendahuluan yang sangat penting bagi pengembangan kepada ilmu yang akan anda pelajari, iaitu : 1. Jalan untuk pengenalan diri. 2. Keyakinan yang tangguh. Kedua macam unsur ini hendaknya dilakukan dalam suatu kenyataan dan bukan hanya untuk dimengerti dengan hafalan saja. Buku ini mengajak anda supaya diamalkan ilmunya dan bukan hanya menunjukkan suatu khayalan saja. Dengan demikian, maka anda mengeluarkan wang untuk membeli buku ini dengan tidak sia-sia saja, tetapi harus dapat menarik manfaat dengan cara yang semaksimum mungkin. Sekali lagi kami mengulangi: SEMAKSIMUM MUNGKIN!! PROSES DALAM MEMBANGKITKAN TENAGA GHAIB PENYATUAN FIKIRAN Penyatuan fikiran ataupun yang pada umumnya juga disebut “KONSENTRASI” adalah suatu proses daripada segala macam ilmu di dunia ini, baik yang bergerak pada ilmu-ilmu ghaib atau abstrak mahupun yang bergerak dalam mempelajari akan ilmu-ilmu biasa (seperti ilmu bela diri, olah raga dan lain-lainnya). Tidak terbatas pada saat anda mempelajari sesuatu ilmu baru, tetapi juga sampai pada apa-apa yang dikerjakan dalam kehidupan sehari-hari. Dunia ilmu moden pun memerlukannya dan jika tidak, maka hasilnya tidak akan sehebat kini yang benar-benar merupakan kebanggaan manusia moden ... Kini anda harus yakin, bahawa penyatuan fikiran adalah kemestian dalam latihan anda dan merupakan sebahagian rangka untuk membangun tenaga ghaib yang ada dalam diri anda. Untuk melatihnya harus sediakan tempat yang khusus dan penuh dengan ketenangan, sehingga jalan latihan tidak akan diganggu. Jika dapat, anda melakukan setiap latihan dengan selesa, itu adalah cara yang paling sempurna! Semua akan berjalan dengan terlebih lancar ... Di bahagian atas telah kami jelaskan, bahawa penyatuan fikiran ini merupakan rangka daripada tenaga ghaib dan rangka ini jelas tidak hanya merupakan satu bahan saja, tetapi bermacam-macam. Penyatuan fikiran ini untuk selanjutnya kami sebut saja dengan konsentrasi, mempunyai variasi yang bermacam-macam dan semuanya ini seakanakan merupakan simen, batu bata, air, cat dan lain-lainnya dalam membangun tenaga istimewa yang anda idam-idamkan itu. Semuanya itu nanti akhirnya merupakan suatu kesatuan yang terkombinasi dengan kukuh untuk mewujudkan bangunan tesebut, sehingga dapat kita guna seperti yang diinginkan. Dan yang terpenting lagi yang perlu kami jelaskan, bahawa semua bahan yang kami sediakan untuk dilatih ini memang tidak dengan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 92 seketika saja akan dapat digunakan dengan sukses, tetapi jelas banyak akan dijumpai cubaan, khususnya yang datang dari diri anda sendiri, misalnya: – Rasa segan – Rasa malas – Rasa bosan – dan lain-lainnya. Anda harus dapat mengatasi semua cubaan yang berusaha merintangi akan usaha besar yang anda lakukan dan HARUS MENANG! Tahap demi tahap, maka semua itu akan menjadi sempurna serta akan menjadi milik berharga yang selama ini belum anda miliki untuk akhirnya nanti akan menjadi suatu kombinasi yang menghasilkan kekuatan maha ghaib itu. Kita mulai dengan tahap yang penting ini dengan KONSENTRASI KEKUASAAN PERIBADI atau PENGENDORAN KREATIF. Pengendoran Kreatif memberikan dasar bagi program perkembangan dalam anda, apakah perkembangan itu berhubungan seluruhnya dengan sifat-sifat mental spiritual atau dengan aksi timbal-balik antara batin dan badan. Pengendoran Kreatif ini tidak hanya melibatkan kawal fizik, tapi pemberian kreatif. Hanya anda sendirilah yang dapat merumuskan program perkembangan dalam diri anda. Kita dapat memberi nasihat positif tentang cara melakukannya, tapi andalah yang tahu keperluan anda dan tahu keadaan dalam diri anda. Tidak ada orang lain yang dapat mengetahuinya lebih baik daripada anda sendiri. Untuk keperluan itu, lakukanlah Pengendoran Kreatif setiap hari. Imajinasi Kreatif guna menghentikan kebiasaan merokok. Dapatkah Imajinasi Kreatif atau Pengendoran Kreatif menolong menghentikan merokok? Bila anda sudah tampil dalam mempraktikan Pengendoran Kreatif, maka pada setiap kali melakukan praktik tersebut, akhirilah dengan membuat penyataan bahawa anda tidak suka merokok. Cara ini baik sekali guna menghentikan kebiasaan lain lagi selain merokok. Anda harus membuat pernyataan itu dengan tegas pada saat anda berada dalam pengendoran total dan sebelum anda membuka mata sebagai tanda diakhirinya praktik Pengendoran Kreatif tersebut. Dengan cara yang sama anda juga dapat menanamkan kebiasaan yang baik, iaitu dengan membuat pernyataan bahawa anda menyukai dan mempunyai sifat yang anda ingini itu. Ada tiga aturan yang harus diperhatikan. 1) Sibukkan diri anda secara mental dan fizik (tapi jangan berlebihan) dengan sesuatu yang benar-benar menarik perhatian anda. Program Kerja KEMPEN BERHENTI MEROKOK 93 Dasar dapat dipergunakan untuk memenuhi keperluan ini. Ini akan menjaga perhatian teralihkan dari tiap kebiasaan jelek fizik mahupun batin, sampai kebiasaan itu dilupakan (Anda boleh memperolehi pengubatan bagi membersihkan sistem anda dari pengaruh nikotin. Tapi ini hanya akan menolong anda menghentikan merokok bila bersamaan dengan pengubatan tersebut anda memperhatikan aspek emosionalnya). 2) Carilah alasan / dorongan utama mengapa anda merokok (mungkin kerana anda meniru seorang perokok, sebagai bahagian dari rutin seks, suatu cara mengakhiri waktu makan, sebagai pembuka percakapan atau perdebatan, atau sesuatu yang anda lakukan kerana takut dikatakan sebagai seorang yang kurang sosial atau takut dikritik. Mungkin anda membuat keputusan-keputusan, dan tetap merokok biarpun anda telah menemukan bahawa rokok tidak membantu anda dalam membuat keputusan itu). 3) Carilah alasan / dorongan utama bagi anda untuk TIDAK merokok. Pada tahap ini anda lakukan pencarian alasan tersebut secara rasional. Mungkin anda mengkhuatiri kesihatan anda atau tidak merupakan bahagian dari cara hidup alamiah. Mungkin anda mencintai seorang anti perokok. 4) Dalam Pengendoran Kreatif yang anda kerjakan setiap hari yang berikutnya, kerjakanlah seperti biasanya sampai ke tahap terakhir, dengan hati-hati. SAYA MEMPERHATIKAN BADANKU, SAYA MENCINTAI DIRIKU, KEMAHUAN BAIK, KEKUATAN DAN BERKAT KEPADA SETIAP BAHAGIAN! Teruskan berbaring dalam keadaan kendor yang penuh keutuhan diri untuk beberapa saat, selanjutnya masukanlah fikiran lain, yang sesuai dengan motivasi anda, misalnya : BADANKU TELAH BERJASA BANYAK BAGIKU SARAFKU TELAH BERJASA BANYAK BAGIKU MAKA SAYA TIDAK INGIN MERACUNINYA. Pelupa (tanpa perhatian) Bila sifat pelupa itu bukan disebabkan oleh gegar otak, ketegangan, amnesia atau penyakit yang dapat diubati lainnya, maka sebabnya ditimbulkan oleh kebiasaan melakukan suatu sambil berfikir tentang lain hal. Oleh kerana itu pekerjaannya tidak dilakukan dengan baik dan hal yang difikirkan itu tidak difikirkan dengan baik. Kerana ini merupakan suatu kebiasaan, maka satu-satunya pengubatan yang sebenarnya ialah dengan membuat kebiasaan lawannya. Bila anda sering berfikir, hendaknya MEMBERIKAN PERHATIAN SEPENUHNYA KEPADA YANG ANDA FIKIRKAN. Bila anda menuliskan fikiranfikiran anda, mungkin anda tidak akan boleh memperhatikan hal lainnya pada waktu itu. Bila anda melakukan sesuatu pekerjaan fizik, BERILAH PERHATIAN PENUH PADA YANG SEDANG ANDA KERJAKAN. Bila anda sedang berjalan, dapatkanlah nilai latihan sepenuhnya dari jalan anda itu. Bila anda sedang membungkus sebuah paket, lakukanlah sebaik-baiknya KEMPEN BERHENTI MEROKOK 94 dengan penuh perhatian dan kebanggaan. Bila anda bicara kepada orang lain, pastikanlah bahawa orang itu memberikan penuh perhatian juga. LAKUKAN JUGA KERJA DASAR ANDA DAN PENGENDORAN KREATIF SETIAP HARI. Dan pada bahagian terakhir dari latihan itu, sementara anda masih berbaring dan dalam keadaan kendor sepenuhnya, BAYANGKAN KEJADIANKEJADIAN UTAMA YANG AKAN DATANG DI HARI ITU, LIHATLAH DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG YANG POSITIF DAN PENUH PERHATIAN DALAM KEJADIAN ITU. Ilmu dan seni doa yang benar Istilah ilmu bererti pengetahuan yang ter-koordinasi, tersusun dan bersistematik. Marilah kita berfikir mengenai ilmu serta seni berdoa yang benar dalam hubungannya dengan prinsip-prinsip asas kehidupan serta teknik dan proses-proses yang dapat didemontrasikan dalam hidup, mahupun dalam hidup semua orang bila ia menerapkannya secara patuh. Seninya adalah teknik atau proses dan ilmu dibelakangnya adalah tanggapan yang pasti dari batin kreatif atas gambaran mental atau fikiran. Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketuklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. Di sini kamu diberi tahu bahawa kamu akan menerima apa yang kau minta. Pintu akan dibuka bagimu bila kamu mengetuk, dan akan kamu temukan apa yang kamu cari. Pelajaran ini menunjukkan kepastiannya dari hukum-hukum mental dan spritual. Selalu ada tanggapan langsung dari Kecerdasan Tak Terbatas bawah sadarmu atas fikiran sadarmu. Bila kamu minta roti tidak kamu menerima batu. Kamu harus minta dengan kepercayaan, bila kamu ingin menerimanya. Batinmu bergerak dan fikiranmu ke barang itu. Kecuali dalam batin terdapat gambar dulu, ia tidak boleg bergerak, sebab tidak ada waktu untuk dicapai. Doamu, yang merupakan kerja mental, harus diterima dulu sebagai gambar dalam batinmu sebelum daya dari bawah-sadarmu dapat memainkan dan membuat ia produktif. Kamu mencapai titik penerimaan dalam batinmu, suatu keadaan persetujuan tak bersyarat dan tak perlu dipersoalkan lagi. Perenungan ini harus disertai rasa gembira dan ketenangan dalam meramalkan prestasi tertentu dari keinginanmu. Dasar yang kuat dari seni dan ilmu berdoa yang benar adalah pengetahuan dan kepercayaan penuh bahawa gerakan batin sadarmu akan memperoleh tanggapan pasti dari bawah-sadarmu tang bersatu dengan kebijaksanaan tanpa batas dan kekuasaan tak terbatas. Dengan mengikuti prosedur ini akan terkabullah doamu. Berdoalah dengan penuh keyakinan. Keyakinan juga memegang fungsi utama terkabulnya sesuatu doa. Latihan Metafizik KEMPEN BERHENTI MEROKOK 95 Dalam setiap latihan Metafizik, sebagai asas yang penting seseorang mesti mencapai dan mengekalkan tahap penghayatan Alpha. Jikalau gagal maka perkarayang kita ingin programkan jug agagal sama sekali. Oleh sebab itu anda perlu meluangkan mada dan berlatih selalu. Di bawah ini kami turunkan panduan bagaimana dengan mudah anda boleh mencapai tahap penghayatan Alpha ini. · Duduk dikerusi bersandar tegak jangan menyilangkan tangan atau kaki. · Ambil nafas dalam dan hembuskan ketenangan anda keluar, sebanyak 3 kali. · Hitungan dari belakang dari 100, 99, 98, 97 hingga sampai hitingan 1. · Ambillah nafas dalam dan rasakan diri anda menjadi cukup tenang. · Gambarkan diri anda berada di hadapan rumah anda. (Gambarkan paras muka anda dari kepala hingga hujung kaki, pakaian, dan gaya berjalan anda - kekalkan pengganbaran ini hingga jelas). · Lihatlah barang-barang yang ada di hadapan rumah anda dengan jelas. · Tanggalkan kasut anda dan masukklah di bilik tetamu anda. Dan perhatikanlah segala barang-barang yang ada dalam bilik itu dengan jelas. · Selepas itu masuk dan perhatikanlah bilik tidur anda, dan baringlah sejenak. · Keluar dari bilik itu, pergilah ke bilik mask anda, serta buat gambaran jelas pada sejenis barang yang ada, yang biasa anda lihat selalu dalam bilik itu. Ambillah segelas air suam dan minumlah agar anda merasa segar. · Selepas itu ambillah tuala mandi (barang-barang lain kalau perlu) dan masuklah anda ke dalam bilik mandi dan mandilah anda. Cuba anda bayangkan suasana diri anda dan rasakn suasana itu seperti mana diri anda rasa, ketika Minda Sedar. (Kekalkan pengamatan ini dengan jelas). · Selepas mandi, anda masuklah ke bilik sembahyang, sesudah sembahyang lakukanlah latihan metafizik. Beberapa Tindakan Metafizik Dengan melakukan latihan metafizik secara teratur, serta dengan semangat yang tinggi, maka tujuan anda untuk memperolehi kekuatan dalaman pada diri anda insya allah akan dapat tercapai dengan kejayaan. Dengan berasaskan kepada pemikiran positif dan berpandangan optimis, mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, memiliki kesungguhan hati dan tekad yang waja, serta pendekatan doa terhadap Allah, maka nescaya segala daya dan upaya untuk memperolehi kejayaan akan segera tercapai. Adapun kejayaan yang hendak diperolehi adalah : Tindakan Metafizik Untuk Memancing Orang Yang Tercinta. Adakah diri anda dahgakan kasih sayang sepenuhnya dari pasangan hidup anda? KEMPEN BERHENTI MEROKOK 96 Adakah diri anda telah ditinggalkan oleh suami/isteri, atau anak anda kerana kurang persefahaman atau kurang kasih sayang? Adakah anda kurang senang dengan kelakuan anak-anak anda? Cara-cara memancing · Pegang objek (pakaian orang berkanaan) di tangan anda dan masuklah di tahap penghayatan Alpha. · Gambarkan orang yang teesayang atau tercinta atau kekasih itu. Tempatkanlah objek itu dekat jantung anda. Lihatlah si dia berpaling kepada anda, berbicara, dan belailah rambut si dia. Ketika anda membelai si dia, anda rasakan bhawa si dia sungguh senang, ramah, dan mesra dengan diri anda. Cubalah sampaikan melalui jiwa anda pada dia dengan tenang dan mesra. · Bayangkan tempat peranginan yang anda berdua pernah kunjungi dan disana anda sediakan makanan dan minuman pada si dia, di samping cerita suka duka, di samping supaya yang tersayang itu memahami persahabatan dan penggambaran diri anda terhadap kemajuan dia. · Ulangi beberapa kali perkara ini, anda menempatkan objek itu dekat jantung, ketika penghayatan Alpha. · Setiap kali anda melakukan perkara ini si dia akan terasa dan secara otomatik ia membayangkan diri anda sehingga ia akan menghubungi anda secepat mungkin. · Ketika anda tamatkan penghayatan ini, cubalah anda menarik nafas panjang, dan bayangkan perkara ini pasti berjaya dan bayangkan gambaran itu memasuki dalam diri anda melalui pernafasan itu tadi. Tempatkan objek itu, di suatu tempat sedemikian rupa, sehingga selalu diri anda dapat melihat, lalu mengingati si dia. Pada masa yang sama, si dia pula merasa, lalu mengingati diri anda serta merindui anda. Ini semua kerana gambaran-gambaran yang anda lakukan dalam penghayatan Alpha, sangat mudah menembusi minda si dia, lalu ganbaran itu muncul sebagai impian si dia, sehingga diri si dia merasa sesuatu perangsang mengusik jiwanya, mencari kasih sayang daripada seorang insan yang lama ditinggalkan. Penyerapan gelombang-gelombang maklumat dari penghayatan Alpha oleh minda si dia, secara berterusan selama 21 hari, akanmemaksa diri si dia memecahkan atau membuang segala benteng yang menjadi teras pemisah (seperti salah faham atau perbuatan orang), lalu akan menampakkan kesetiaannya dalam mimpi anda. Masa itu anda / dia akan bertemu semula seperti dahulu. Lihatlah gambaran-gambran anda dalam penghayatan. Dan pertahankan gambaran itu, secara ulangan dan di dalam hati sebutkan mantra daya batin : "A A A, I I I, U U U" sepanjang dalam penghayatan Alpha. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 97 Tindakan Metafizik Untuk Merubah Kesedaran Kemiskinan Menjadi Kesedaran Kekayaan Dengan Menggunakan Mantera Kelimpahan. · Hafalkan kata-kata ini : "Alam menyatakan kelimpahan dalam diriku. Saya bukan diriku bagi mengalirnya kesempatan dan kekayaan" diucapkan mantera tenaga batin "A.A A , I I I, U U U" sepuluh kali. · Releks dan masuk penghayatan Alpha. · Gambarkan diri anda sebagai orang kaya. Biarkan gambaran mengalir dalam batin anda, mengenai perniagaan, rumah dan keluarga. Menggambarkan tercapainya cita-cita anda. · Sebutkan dalam hati "Alam menyatakan kelimpahan dalam diriku mengalirkan kesempatan dan kekayaan". Dibaca 10 kali. · Gambarkan sebutkan perkara tindakan nombor tiga. · Kekalkan gambaran ini dalam sinaran biru keputihan. · Di samping menyebut mantera daya batin "A A A, I I I, U U U". · Ketika anda menamatkan penghayatan ini, cubalah anda menarif nafas panjang dan anggap gambaran itu tadi sukses, serta bayangan itu memasuki dalam diri anda melalui pernafasan itu. Tindakan Metafizik Untuk Memilih Lokasi Perniagaan Yang Maju · Releks dan masuk tahap penghayatan Alpha. · Sebut dalam hati mantera tenaga batin "A A A, I I I, U U U" sepuluh kali. · Gambarkan tapak perniagaan yang anda ramalkan untuk menjalankan perniagaan anda. Cuba anda gambarkan kehadiran sinaran alam biru keputihan. · Kini perniagaan anda sangat laris dan keuntungan berlipat ganda. · Sebutkan dalam hati mantera daya batin "A A A , I I I, U U U" sepuluh kali supaya akal bawah sedar menunjukkan dalam mimpi tempat perniagaan anda itu baik. Dan bila mana ternyata tempat itu tidak baik, maka lam bawah sedar akan menunjukka tempat lain yang lebih memiliki nilai kemajuan. Sepatutnya anda melakukan penggambaran terus menerus. · Lakukan penghayatan itu 30 minit sehingga 1 jam, setiap hari. · Anda akan mendapatkan berita dari kawan anda atau dari orang yang tidak anda kenal ataupun dari media massa tentang tapa-tapak perniagaan ketika anda melakukan penghayatan itu. · Ketika anda menamatkan penghayatan ini, cubalah anda menarik nafas panjang dan gunakan gambaran itu secara benar sehingga berjaya dan kejayaan itu memasuki ke dalam diri anda melalui pernafasan itu. Kalau anda inginkan jawapan dari alam bawah sedar, cepat-cepatlah anda mengulangi perkara tersebut seperti di atas dari jam 2.00 - 6.00 pagi. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 98 Masa itu pintu bawah sedar terbuka, dan memudahkan program sesuatu perkara untuk mendapatkan gambaran. Tindakan Metafizik Untuk Mendengar Fikiran Serta Perasaan Orang Lain · Sebutkan mantera daya batin : "A A A , I I I , U U U " sepuluh kali. · Hulurkan tangan anda ke depan dan bayangkan orang itu sehingga punggung orang itu menghadap anda. · Hulurkan tangan kepada kepalanya, angkatlah dan tempatkan kepala itu di atas kepala anda seperti memakai topi kepala kalender. · Terimalah fikiran atau perasaan apapun, yang muncul sebagai kepunyaan orang tersebut dan merupakan fikiran yang dominan orang tersebut pada saat itu. · Bilamana terdapat pertanyaan yang belum terjawab, putarlah orang itu supaya mukanya menghadap anda, tanyakan pertanyaan khusus itu dan ulangi langkah 2, 3 dan 4. · Akhiri tindakan metafizik. Tindakan Metafizik Untuk Mengirim Pesan Kepada Seseorang Dimanapun Ia Berada · Releks dan masuk ke tahap penghayatan Alpha. · Sebutkan dalam hati mantera daya batin "A A A, I I I , U U U ". · Gambarkan dengan jelas orang yang anda maksudkan itu, dalam sinaran biru keputihan, diruang bilik tetamu anda. · Kekalkan pengamalan ini dan tetap membaca mantera batin, sehingga konsentrasi anda benar-benar hidup. · Bayangkan orang itu sesuai dengan permintaan anda, dan hidangkan makanan dan minuman yang digemari. · Bayangkan situasi yang anda ingin pesankan kepadanya. · Selanjutnya lihatlah diri anda, sedang menulis pesanan, sedangkan orang itu menunggu di depan anda. · Berikan Cap pada surat itu berbunyi "URGENT". · Berikanlah surat itu kepada orang yang dimaksudkan. · Akhiri tindakan metafizik ini dengan keyakinan bahawa pesanan itu telah diterima. Tetapi ingat, setiap kali ketika melihat dan memberi arahan, anda mesti melihat titik tengah di antara dua mata di hujung pangkal hidung orang yang ingin kita sampaikan niat itu. Tindakan Metafizik Untuk Melariskan Atau menjayakan Perniagaan Anda · Releks dan masuk kepada tahap penghayatan Alpha. · Sebutkan mantera tenaga batin "A A A, I I I, U U U " sepuluh kali di dalam hati. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 99 · Bayangkan lokasi perniagaan anda dengan tepat. · Gambarkan diri anda melakukan perniagan dengan pelangganpelanggan dan orang-orang gaji sedang membantu anda. · Dalam pancaran sinaran biru keputihan, anda gambarkan ramai pelanggan anda membantu anda. Nampak hasil perniagaan anda meningkat dan nampak oleh anda wang mengalir masuk dengan banyak. · Kekalkan pandangan ini dengan jelas, di samping tetap mengamalkan mantera daya batin seperti di atas. · Gambarkan pendapatan anda meningkat dari hari ke hari. · Dari pendpatan itu kini anda memiliki kereta, rumah mewah dan lainlain. · Kini anda membuka cawangan perniagaan anda di seluruh Malaysia atau lain-lain tempat seperti mana anda rangcangkan. · Ketika anda menamatkan latihan ini, cubalah anda menarik nafas panjang , dan anggap gambaran itu sukses, dan bayangan tad memasuki dalam diri anda melalui pernafasan. Tindakan Metafizik Guna Memperdalamkan Tingkatan Alpha Secara Otomatik · Masuklah ketingkat penghayatan Alpha dan lakukan kerja metafizik anda. · Sebutkan mentera daya batin "A A A, I I I, U U U". · Sebelum mengakhiri tindakan metafizik ucapkan dalam hati : "Lain kali saya memasuki tingkat batin, saya akan masuk lebih dalam dan lebih cepat". Tiap pengalaman pada tingkat alpha akan menjadi semakin baik dan lebih baik. · Akhiri tindakan metafizik. · Sebelum memulakan tindakan metafizik, anda perlu meminta kepada alam, supaya niatnya berjaya atas nama guru. Petunjuk dengan cara menunduk ke bawah dengan membayangkan wajah ibumu, tundukkan kepala ke bawah untuk kali yang kedua, dengan membayangkan wajah ahaymu dan kali yang ketiga dengan membayangkan wajah gurumu (Ust Mohd. Arief) Tindakan Metafizik Untuk Menjadi Sihat Dan Kuat · Berdirilah tegak tempatkan kaki anda kira-kira 60cm terpisah satu sama lain, angkatlah tangan anda masing-masing ke sisi sampai miring 45 0. · Pejamkan mata anda dan masuklah ke tahap penghayatan alpha. Sebutkan mantera "A A A, I I I, U U U " sembilan kali. · Gambarkan sinar kemilauan, lebih besar dan lebih terang daripada matahari, turun dari langit terus masuk ke dalam diri anda. Badan anda terasa panas dan bergetar dengan seram. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 100 · Ucapkan dengan keras-keras tiga kali "Energi hidup Universal, memasuki badanku dan bergelora dalam diriku seharian" dibaca 10 kali atau 20 kali. Tindakan ini begitu kuatnya, sehingga sepertinya tidak dilakukan dalam waktu dekat sebelum istirehat. Tindakan ini mempercepatkan pemikiran anda, meningkatkan kesedaran anda, menginteraktifkan indera, membantu fungsi fizik dan menambahkan daya metafizik. Teknik Mengosongkan diri Mengosongkan diri ertinya : anda tidak mengadakan kegiatan batin lagi. Semuanya telah terlepas dan sunyi. Anda hanya melukiskan sebuah ruangan yang kosong didalam semesta. Yang ada hanya dengan Tuhan. Hidupkan bayangan itu sepenuhnya. (Makhluk dan Khaliq) Yang ada hanya kesedaran. Telinga anda tidak mendengar, mata anda tidak melihat, saraf perasa anda tidak merasakan sesuatu, kenangan tidak berkerja, otak tidak berfikir, kesadaran yang seperti melayang, tanpa wadah kasar. Kesadaran itu hanya dihidupkan oleh rasa kesungguhan yang masih lemah sebagai acuan. Segala pola kegiatan yang mampat ke dalam ruang kesadaran yang semakin menyatu. Kemudian berdiamlah. Dalam keadaan mengosongkan diri, yang hidup hanyalah kehendak. Jadi tidak bererti semua batin anda. Untuk ini anda harus melatih diri, kerana kehidupan batin akan membuat diri jadi aktif, anda bersifat memancarkan, segala persoalan telah diserahkan kepada sumber ghaib. Alam Kosmos dan Tuhan Penguasa alam semesta. Ada dua motif yang harus anda hidupkan : · Mengkonsentrasi diri anda yang sedang menghadap Tuhan. (Perasaan ini sebenarnya harus hidup sebelum berangkat kepada pengosongan diri. Namun dalam taraf permulaan anda mungkin masih merasakan kehidupan batin anda. Maka gunakanlah penghayatan itu.) · Kehidupan kehendak yang bertujuan. Konsentrasikan sebagai potensi yang bulat dan hidup terus. Jika ada gangguan daripada meditasi anda, misalnya gigitan nyamuk atau rasa sengal, ataupun suara yang terdengar, maka hidupkan kembali kehendak itu, bahawa anda ingin ..............ingin ....................ingin....... dan ingin.......... Begitulah kehidupan kehendak itu. Untuk berdiam diri anda harus melatih diri menahan gigitan nyamuk, tidak memperhatikan suara dan apa sahaja. Pemusatan harus matang, iaitu dengan menghitung bilangan 1 - 100 sampai tidak terjadi kesalahan. Usahakan jangan berakhir dengan lenyapnya fikiran. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 101 Utamanya didalam mengosongkan diri di mana batin tidak mengadakan kegiatan seterusnya, sering kita terus berakhir dengan tertidur ditempat duduk. Bagaimana hendak Tahu Diri Anda Memperolehi Tenaga Minda Sebagaimana di atas telah disebutkan dan dijelaskan bagaimana peranan minda bawah sedar dalam aksesnya terhadap pemecahan perkara yang anda hadapi, dan bagaimana cara memanfaatkannya. Sekarang bagaimana anda hendak mengetahui bahawa anda telah memperolehi hasil daripada penggunaan tenaga minda? Penggunaan tenaga minda adalah salah satu kaedah atau cara yang amat baik dan positif untuk menyelesaikan sesuatu problem atau masalah dan mempertingkatkan kualiti diri anda kepada keseluruhannya. Jangan Khuatir tentang berkesan atau tidak berkesan dengan cara semacam ini, kerana selagi anda mengamalkan teknik atau kaedah ini selangkah demi selangkah, anda akan dapat menyaksikan hasil yang diperolehi. Cara Mengetahui Kekuatan Minda Bagaimana hendak tahu samada anda dalam keadaan tumpuan kesedaran? Perasaan anda akan berlainan dari biasa. Mungkin anda akan terasa terapung-apung di udara atau terasa diliputi cahaya atau terasa ringan dan lain-lain perasaan yang bukan seperti biasa. Misalnya, jikalau anda menggambarkan dlam minda bahawa anda berjalan melalui taman bunga ros, anda betul-betul merasai bau bunga itu, meskipun berhampiran anda duduk itu tidak ada bunga ros. Kekuatan gambaran atau imaginasi anda ketika anda menumpukan kesedaran anda itu akan terzahir dalam pelbagai reaksi yang anda terima dalam keadaan ini. Anda juga kan rasai rasa gerak atau rasa terapung atau rasa berputar, padahal anda hanya duduk diam dan selesa sahaja. Namun begitu bukan semua orang merasai perasan yang sama. Lain orang lain pula yang dirasakannya. Perasaan itu berbeza antara seorang dengan yang lain. Satu lagi tanda hasil dari penggunaan tenaga minda ialah perubahan tenaga minda untuk menyelesaikan masalah, maka kita perhatikan masalah anda telah selesai. Kalau anda menggunakan untuk menghilangkan sakit kepala, maka sakit kepala anda akan hilang dan sembuh. Itulah tanda-tanda amalan anda dalam penggunaan tenaga minda itu telah berhasil atau telah menjadi. Ketika anda mengarahkan minda anda untuk menyelesaikan satu problem yang khusus, anda akan dapati jug akesan-kesan sampingan lain yang memberi manfaat kepada anda. Tenaga minda ini apabila dipakai KEMPEN BERHENTI MEROKOK 102 untuk menyelesaikan suatu masalah atau satu situasi, ianya bukan hanya menyelesaikan satu masalah sahaja, tetapi juga menyediakan bonus atau hadiah lain kepada anda, misalnya rasa badan dan fikiran anda bertambah sihat dan cergas. Ini disebabkan kerana pada saat anda menyelesaikan satu problem maka fungsi lain-lain organ tubuh dan mental akan diperkuat dan diperbaharui. Fungsi-fungsi biokimia dan metabolisme dipercayai ada hubungan kait mengait dengan prestasi mental. Oleh sebab itu, apabila satu meningkat kualitinya maka yang lainpun akan sama meningkat. Perasaan peningkatan kesegaran dan kesihatan juga memberi sumbangan kepada peningkatan prestasi mental. KONSENTRASI MATA Di dalam ilmu ghaib mana pun juga, pancaindera mata merupakan bahagian yang penting sekali. Dengan kekuatan yang disalurkan pada bahagian mata, maka seorang yang mempunyai ilmu ghaib akan dapat menundukkan lawannya dengan pandangan mata saja. Dengan sinar mata ghaib, maka seseorang dapat membaca akan perasaan orang lain di hadapannya. Dengan sinar mata yang penuh kekuatan ghaib, maka seseorang dapat memperbesarkan pengaruhnya, sehingga orang-orang lain menjadi segan terhadapnya. Dan masih banyak lagi hal-hal lain yang dapat dikerjakan dengan mata. Kerananya, kami ajurkan kepada anda untuk secara rutin melatih mata anda sedemikian rupa sehingga memiliki konsentrasi yang kuat sekali. Dengan demikian, maka mata anda kelak akan menunjukkan kemampuannya yang luar biasa sekali dalam melaksanakan berbagai macam keperluan secara luas sekali dan bila-bila pun juga. Latihan yang rutin akan menghasilkan kekuatan mata ghaib dalam waktu hanya 3 bulan saja! Dan jelas ini memerlukan kerajinan anda sendiri, kerana semua itu adalah tergantung daripada usaha anda dalam melaksanakan latihan-latihan yang ada. Dengan mata, manusia dapat mengenal segala kehidupan yang ada di dunia ini. Dan juga mata anda mempunyai hubungan yang akrab dengan fikiran dan jiwa. Dengan bayangan yang lebih nyata melalui pandangan mata yang akhirnya di simpan dalam fikiran, maka sewaktuwaktu diperlukan kembali pada pesoalan yang telah dialaminya itu, maka daya kerja batin akan lebih mengena. Di sini mata peranannya laksana spy atau mata-mata yang bertindak untuk mengamat-amati terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan yang dianggap perlu! LATIHAN KONSENTRASI MATA YANG PERTAMA Pertama-tama sediakan selembar kertas putih manila dalam lembar besar tanpa dipotong atau dikecilkan lagi. Kemudian buatlah lingkaranlingkaran yang saiznyanya tidak sama dengan menggunakan pen/pensel artline yang memiliki warna sebanyak 12 ataupun lebih (boleh juga dengan pensil berwarna ataupun water colour). Jelas, bahawa dalam lingkaran tersebut secara penuh diberi warna. Buatlah lingkaran dengan warna merah sebanyak 5 lingkaran yang terpisah-pisah di lembaran kertas manila putih tersebut. Selanjutnya membuat lingkaran dengan warna hijau yang juga sebanyak 5 lingkaran KEMPEN BERHENTI MEROKOK 103 dengan terpisah-pisah. 5 lingkaran yang berwarna kuning. 5 lingkaran dengan warna coklat dan seterusnya dengan warna-warna lainnya. Besar kecilnya lingkaran dapat dibuat dengan tidak sama besarnya. Setelah anda menyelesaikan tugas membuat lingkaran yang beraneka warna ini, maka nampak di dalam kertas putih manila itu kini telah dipenuhi dengan lingkaran-lingkaran yang berserakan. Kini siaplah anda dengan bahan latihan. Selanjutnya anda duduklah dengan jarak yang kira-kira mata dapat memandang dengan jelas pada segenap lingkaran yang ada pada kertas manila tersebut yang sudah dipaku di dinding. Aturlah duduk anda yang seenak-enaknya, dengan duduk bersila di lantai atau dengan duduk di kerusi ataupun juga dalam keadaan berdiri; mana yang sekiranya anda sukai. Letak kertas harus disesuaikan dengan garis mata, iaitu yang nantinya pada saat melakukan pandangan, maka kepala tidak sampai telampau mendongak atau menunduk Setelah anda duduk untuk siap mengadakan perlaksanaan latihan konsentrasi mata ini, maka anda bebas untuk memilih salah satu lingkaran berwarna. Jika anda telah melakukan pilihan, maka kedua mata anda kini melakukan pandangan yang tetap pada lingkaran yang anda pilih. Tetapkan pandangan dan jangan berkedip selama anda menatap objek tersebut. Jika anda telah memandang objek tersebut untuk beberapa waktu lamanya dengan tanpa menghiraukan pada lingkaran-lingkaran lainnya, maka ternyata bahawa seakan-akan semua lingkaran yang ada di sekelilingnya objek tersebut benar-benar tidak ada! Anda pada saat itu hanya merasakan memandang suatu lingkaran berwarna merah saja (jika memang pada saat itu anda memilih warna merah misalnya). Dalam hati anda pada saat itu mengucapkan suatu metera peribadi yang dijiwai benar-benar, misalnya: TUJUANKU HANYA PADA LINGKARAN WARNA ... (DISEBUT WARNANYA) DAN KERANANYA LINGKARAN ITU SAJA YANG MERESAP DALAM BATINKU MELALUI KEKUATAN MATAKU, LINGKARAN MERAH, LINGKARAN MERAH ... LINGKARAN MERAH ... LINGKARAN MERAH ... Ucapan mantra peribadi ini sifatnya bebas dan dapat anda rancang sendiri, tetapi yang terpenting di sini adalah, bahawa apa yang diucapkan dalam hati ini semuanya bukan hanya merupakan hafalan saja, melainkan harus anda rasakan maknanya. Jika anda masih belum dapat memusatkan konsentrasi pandangan ini pada lingkaran yang anda tuju, maka memang sudah sewajarnya, kerana semua ini baru anda lakukan untuk pertama kalinya. Tetapi setelah beberapa kali anda mencuba untuk mengkonsentrasikan pandangan sedemikian rupa dengan dibekali mantra peribadi yang anda miliki, nescaya semua kesulitan yang mengaburkan konsentrasi pandangan kedua mata anda secara perlahan-lahan akan dapat dikalahkan dengan pandangan yang tajam melalui pandangan mata anda ini. Untuk pertama kali latihan, hanya menggunakan waktu 10 minit saja. Untuk beberapa hari berikutnya dapat ditingkatkan menjadi 15 minit dan demikian seterusnya sehingga anda mampu untuk melakukan konsentrasi pandangan mata ini hingga sampai setengah jam lebih! KEMPEN BERHENTI MEROKOK 104 Untuk setiap hari dapat anda alihkan objeknya. Jika kelmarin misalnya memilih objek lingkaran yang berwarna merah, maka hari ini memilih yang berwarna hijau dan besoknya memilih yang berwarna biru dan seterusnya bergilir dengan seluruh warna yang dapat anda kuasai seluruhnya. Beralih-alih objek pandangan ini memberikan kepada anda suatu erti, bahawa anda kelak akan mampu untuk mengoperasikan pandangan mata untuk semua objek dengan tanpa kecanggungan lagi. Dengan beberapa hari latihan saja, maka anda akan merasakan kemajuanya yang pesat sekali. Terasa kesegaran di mata anda. Mata anda kini mampu untuk tidak berkedip-kedip lagi. Demikian pula jika tadinya misalkan anda mempunyai rasa rendah diri di dalam pergaulan, kini rasa tersebut akan banyak terasa kurangnya. Dan bahkan pandangan mata anda terhadap seseorang akan membuat orang lain seakan-akan merasakan suatu yang membuat dia menjadi segan terhadap diri anda. Ia akan kagum terhadap peribadi anda. Secara tidak langsung latihan yang anda lakukan ini akan menimbulkan daya pesona peribadi dengan secara ghaib! Setelah anda melakukan latihan dengan cara yang pertama ini untuk selama sebulan lamanya dengan secara rutin, maka tindakan selanjutnya adalah untuk melangkah pada cara latihan yang kedua. LATIHAN KONSENTRASI MATA KEDUA Setelah latihan yang pertama telah anda kuasai benar-benar, selanjutnya tibalah saatnya untuk meningkatkan kemampuan pandangan mata semaksima mungkin dengan menggunakan objek yang bergerak seperti yang akan dihuraikan dalam latihan kedua ini. Anda dapat menggunakan cara yang paling praktikal dengan memilih daun-daunan sebagai objeknya yang setiap saat bergoyang kerana tiupan angin. Latihan yang paling baik dalam hal ini adalah pada saat matahari baru terbit hingga sampai jam 8 pagi atau pada petang hari sekitar jam 3 sampai 4. Dengan demikian, maka anda mendapatkan manfaat sebagaimana mestinya dari sinar matahari yang memantul melalui dedaunan tersebut. Seperti halnya dengan cara pada latihan yang pertama tadi, maka anda pada saat anda akan mula melakukan perlaksanaan latihan harus mengkonsentrasikan pandangan pada salah satu daun saja dengan pandangan kedua mata anda. Beberapa saat saja anda akan lelap dengan objek yang anda tuju dan seakan-akan semua yang di sekelilingnya menjadi hilang. Tetapi di sini anda tidak akan semudah melakukan seperti pada latihan yang pertama, kerana dengan objek yang ini anda akan dipaksa untuk melipatgandakan kemampuan konsentrasi pandangan kerana objek itu mudah sekali bergerak-gerak akibat tiupan angin. Bukan hanya bergoyang-goyang saja gangguannya, tetapi masih ditambah dengan kadang kala daun yang menjadi objek tersebut ditutupi dengan daun lainnya dan juga kerana warnanya yang sama, sehingga kombinasi tersebut akan mudah sekali untuk mengaburkan konsentrasi mata anda. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 105 Di sinilah anda akan merasakan untuk lebih cermat dan waspada sehingga gangguan-gangguan yang ada jangan sampai membuat konsentrasi pandangan anda menjadi salah. Dapat diatur waktu latihan seperti dengan cara yang pertama di atas dan dilakukan terus dengan mengubah-ubah objek pandanan dengan berbagai jenis tanaman yang ada. Setelah beberapa waktu lamanya, maka jika semua ini anda melakukan latihan dengan jarak yang dekat, untuk selanjutnya dapat ditingkatkan pula untuk memandang yang jauh jaraknya, sejauh di mana anda mampu melakukan pandangan dengan cukup jelas. KONSENTRASI TITIK TUJUAN Tidak ada hal yang dikerjakan dengan tanpa terlebih dahulu berkonsentrasi terhadap bayangan pada apa yang akan dituju. Banyak orang yang mengalami kegoncangan dalam kehidupannya, kerana apaapa yang dikerjakan adalah sambil lewa dengan tanpa memikirkan akan segala akibat yang terjadi kemudian. Untuk melakukan sesuatu hal, apalagi yang penting sifatnya, maka orang harus lebih berhati-hati. Apa-apa yang ada di hadapannya dan akan ditempuhinya harus selalu melalui pertimbangan yang matang. Diperhitungkan dahulu perkara yang dapat menjadi bahan untuk dapat meraih kejayaan dengan lebih baik. Demikian pula halnya dengan apaapa yang menjadi keinginan anda dalam melaksanakan kekuatan tenaga ghaib ini. Tidak sewenang saja, tetapi harus dipertimbangkan untung ruginya. Anda harus bersikap kritikal dan jika hanya menuruti keinginan belaka tanpa kawalan, tanggungjawab serta niat yang baik, pastilah akhirnya anda akan mendapat tekanan balik dengan tenaga ghaib yang anda miliki sendiri; khususnya jika kekuatan itu anda pergunakan untuk perbuatan-perbuatan yang tidak seharusnya kepada sasaran anda. Setiap orang di dalam hal ini, walaupun tidak menyadari bahawa di dalam dirinya mempunyai sesuatu kekuatan yang maha dahsyat, tetapi pada hakikatnya tetap mempunyai suatu perlindungan secara semulajadi. Dalam tingkat tertentu akan dapat melakukan perlindungan secara efektif sekali, khususnya mereka yang taatkan agamanya, kerana dirinya memperolehi suatu perlindungan dari Tuhan Yang Maha Pengasih itu. Kembali pada persoalan yang menyangkut dengan daya konsentrasi pada titik tujuan tadi, maka anda harus dapat membayangkannya dengan jelas. Di dalam hal ini daya imaginasi akan turut serta dalam keinginan anda yang turut mempertajam arah yang anda inginkan. Pada hakikatnya tujuan daripada konsentrasi titik tujuan ini nanti pada praktikalnya adalah digunakan untuk hal-hal yang belum terjadi atau pada suatu objek yang tidak ada di hadapan diri anda. Sebagai latihan yang paling baik untuk hal ini adalah dengan menggunakan cerita filem yang telah anda tonton. Anda harus mengingat-ingat secara berturutan pada adegan-adegan yang anda tonton itu. Bayangan konsentrasi dengan segera bekerja untuk melaksanakan apa yang anda inginkan ini. Lebih tepat kiranya untuk melakukan ujian pada filem yang telah anda lihat pada beberapa waktu yang lalu dan kini sedang diputar kembali. Sehingga apabila anda telah selesai membayangkan semua itu untuk waktu setengah jam misalnya KEMPEN BERHENTI MEROKOK 106 untuk melakukan ulangan turutan. Dan pada saat setelah selesai anda melakukan hal ini, maka anda haruslah sekali lagi menyaksikan pada filem yang tadi wujudnya seperti yang anda tonton beberapa waktu yang lalu itu. Dan setelah anda menonton kembali, maka anda dapat membandingkan dengan apa-apa yang telah anda ujudkan tadi, di mana letak kesalahannya dan di mana yang telah terlupa. Demikianlah anda harus meluangkan waktu sedemikian rupa untuk beberapa film dalam jangka waktu sebulan lamanya. Di samping hal tersebut di atas, maka tugas kedua yang dapat anda latih adalah membayangkan pada objek yang tidak hidup, sebuah cerita novel misalnya. Anda dapat memilih salah satu judul yang telah anda baca beberapa waktu yang lalu. Kini cubalah untuk konsentrasikan diri untuk melakukan ingatan untuk menuruti jalan ceritanya. Untuk hal-hal yang terlupa, maka anda harus berusaha untuk mengingatinya. Jika memang telah benar-benar terlupa bolehlah ditinggalkan. Dan kemudian tugas anda seperti dengan cara yang pertama tadi, iaitu sekali lagi untuk mengulangi membaca buku yang anda bayangkan tadi. Cubalah untuk merasakan apa-apa yang lupa atau salah ... Hal ini juga diulangi pada beberapa bahan cerita. Cara ketiga yang perlu anda latih adalah membayangkan sesuatu kenangan yang telah lama. Anda mengingat-ingat kejadian tersebut dengan terperinci mungkin. Di sini anda tidak dapat melakukan penipuan kerana ia merupakan suatu kejadian peribadi yang nyata, tetapi dapatlah sekiranya anda rasakan dalam batin apa-apa yang telah terlupa. Ketiga macam jenis latihan konsentrasi titik bayangan ini harus anda latih secara bergantian dalam satu bulan lamanya dengan tanpa rasa jemu dan sebaliknya harus diiringi dengan minat yang besar dan rasa senang! Ini harus anda lakukan! Semua ini bukannya sebagai suatu penghafalan saja, tetapi jelas lebih tinggi tingkatnya, kerana di sini anda tidak hanya menghafalkan saja tetapi juga harus dapat merasakan, menjiwai dalam erti yang sebenarbenarnya seakan-akan anda juga terjun di dalam cerita-cerita filem ataupun dalam cerita buku yang anda bayangkan itu dan barulah pada jalan pembayangan seperti yang terdapat pada cara ketiga itu berupa bayangan yang nyata dan semakin anda menjiwai secara penuh. Semua kejadian yang asli dengan apa-apa yang anda bayangkan akan tidak sama waktunya dan jelas akan lebih cepat waktunya. Dan sebagai hasilnya nanti, maka kecerdasan fikiran dan daya ingat akan menjadi berlipat ganda!!! Dan inti tujuan pun telah tercapai, iaitu kelak untuk dipergunakan sebagai suatu konsentrasi pada titik tujuan yang anda inginkan. Semua hal yang anda lakukan ini layaknya seperti sedang mengasah senjata saja. Semakin diasah semakin tajam nantinya. Di dalam hal ini, ingatan yang lemah dan tidak berghairah akan merupakan suatu gangguan utama bagi perkembangan ilmu yang anda rintis dan cara-cara latihan tersebut di atas mempunyai faedah yang besar sekali untuk atasinya. Dengan demikian, nantinya getaran batin yang anda lancarkan akan menjadi benar-benar hidup serta lebih tepat jalannya. Di sinilah letaknya keampuhan yang anda miliki. Begitu juga halnya dengan beberapa ahli penyembuhan misalnya, di mana masingmasing walaupun sama-sama berilmu, tetapi jelas salah satu atau dua di antaranya memiliki keampuhan yang lebih meyakinkan kerana dapat KEMPEN BERHENTI MEROKOK 107 menggunakan daya imaginasinya atau konsentrasi titik tujuan dengan lebih baik! Latihlah terus dengan tanpa rasa bosan, kerana pada titik inilah menentukan sekali bagi ilmu yang sedang anda himpun dengan berbagai macam latihan yang telah kami berikan semuanya pada anda. Yakinlah, bahawa dengan kemahuan yang kuat; nescaya usaha anda tidak sia-sia ... – ANDA HARUS YAKIN AKAN KEMAMPUAN UNTUK MEWUJUDKAN KEINGINAN ANDA MENJADI SUATU KENYATAAN. – HARUS MEMILIKI KEMAHUAN YANG SEDEMIKIAN BESARNYA DISERTAI DENGAN SEMANGAT YANG BERKOBAR. – SEMUA PERKARA YANG ANDA LAKSANAKAN HARUS MERUPAKAN HAL YANG TERPUJI DAN DEMI KEBAIKAN. Jika itu semua ada dalam kenyataan di batin atau “AKU” dalam diri anda, maka nescaya apa yang anda inginkan akan dapat mencapai keberhasilan secara menakjubkan sekali!!!___ MAGNETISME Kini anda kami ajak ketingkat pelajaran MAGNETISME yang diertikan suatu pengetahuan yang menyelidiki hal-hal DAYA GETAR TARIK - MAGNET. Pengetahuan magnet ini luas dalam bidangnya dapat dihubunghubungkan dengan ilmu alam misalnya diantara daya tarik bumi dengan planet-planet lainnya, besi berani elektrik, petir dsb. Sebenarnya di dalam tubuh manusia ini semenjak lahir sudah ditakdirkan mempunyai magnet, begitu juga pada haiwan. Magnet seseorang tidak sama besar kekuatannya, ada yang kecil ada yang besar. Magnet haiwan juga berbeza-beza besar kekuatannya. Kebenaran hal adanya magnet tidak dapat dibantah, kerana terbukti dapat dilihat oleh mata dan kepala, deria rasa. Kalau kita bermagnet lemah atau sedikit, sewaktu-waktu berada di dalam hutan dan kepergok-berpapasan dengan harimau, tentu kita tak berdaya dan gementar, mengangkat kaki sahaja tak berdaya. Sebaliknya jika bermagnet besar, untuk menghadapi segala kemungkinan tidak akan gementar atau gentar. Ular Kobra dapat kita saksikan kekuatan magnetnya yang begitu besar sehingga banyak para korbannya yang tak berdaya menyerahkan diri. Kucing, terhadap korbannya iaitu tikus dapat jatuh di hadapannya. Sekarang tenaga magnet yang dimiliki oleh orang-orang yang besar pengaruhnya, mungkin anda telah pernah berjumpa orang-orang walaupun sederhana, tidak banyak bercakap, tenang, sering terdapat sikap ganjil sehingga orang sekelilingnya sama kagum dan banyak yang KEMPEN BERHENTI MEROKOK 108 menghargai pada diri orang tersebut bahkan banyak yang tertarik dan menurut segala perintahnya. Magnet yang terdapat pada diri manusia ini dapat dipergunakan untuk seribu satu (1001) macam tujuan. Magnet dapat pula berkurang, sehingga kita mempunyai badan yang lemah dan berpenyakit. Maka orang yang berilmu kebatinan selalu WASPADA, tidak suka melakukan bersiul, menggoyang-goyangkan kaki, mengetuk-ngetuk dengan jari, berkedip yang berlebihan, ini semua dapat mengeluarkan magnet dan fikiran tidak dapat tenang atau konsentrasi. Untuk memperbesar daya magnet dalam tubuh anda agar kuat, sihat, berwibawa besar dalam kalangan massa, maka anda kami beri petunjuk-petunjuk yang praktis tanpa berpuasa, tetapi harus dijalani dengan rutin dan bersungguh-sungguh, tidak bosan dan bertekad bulat atau penuh kepercayaan, pasti akan memiliki magnet yang luar biasa dan dapat dipergunakan untuk segala keperluan dan dimana anda berada serta untuk selamanya. Di sini sengaja kami ulangi untuk setiap waktu yang harus dijalani : 1. Harus melatih kejujuran, bijaksana dan sabar. 2. Percaya pada diri sendiri, jangan mudah dipengaruhi. 3. Jangan suka pemarah, ini harus dijauhi betul-betul. 4. Buanglah sifat jahat, dengki, sombong dsb. 5. Pantang putus asa, sekali gagal harus diulangi sehingga berjaya. 6. Mohon hanya kepada Tuhan ALLAH dengan bersungguh-sungguh, pastu Tuhan akan makbulkan anda, untuk melatih boleh memilih cara yang paling cocok atau sesuai, agar tahan lama dan berhasil dengan gemilang. CARA PERTAMA Waktu pagi bangun tidur atau malam akan tidur, anda menyiapkan tempat sendiri kamar dikunci. Kemudian posisi anda bebas (relex) duduk dikerusi atau duduk bersila, ikat panggang kendurkan, punggung tegak 900, tarik nafas perlahan-lahan seolah-olah yang ditarik MAGNET berjutajuta yang berada di sekitar anda kemudian tahan selama mungkin dan bayangkan seolah-olah marasuk keseluruh urat dalam tubuh. Kemudian setelah tak tahan baru dikeluarkan perlahan-lahan seolah-olah mengeluarkan penyakit, angkara murka dlsb. Latihan ini selama 15 minit lebih dengan teratur setiap hari paling tidak sekali harus latihan. CARA KEDUA Cara kedua ini yang paling cocok dan sesuai untuk beberapa permohonan. Waktu tengah malam antara jam 24.00 - 03.00 pagi, anda keluar di halaman , berdiri sendirian, mengadah memohon kepada Tuhan dengan penuh konsentrasi, terus menarik nafas perlahan-lahan yang dihisap MAGNET berjuta-juta, kemudian ditahan selama mungkin dan serukanlah, ajukan permohonan ... Waktu ini juga dikatakan nafas Allah turun ke bumi memberi rahmatNya. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 109 TELEPATI Telepati iaitu bahasa Yunani, bahasa Indonesia dikata mengirim, contoh : Telepon mengirim suara; Telegram mengirim berita cepat; Television mengirim gambar langsung dan TELEPATI MENGIRIM FIKIRAN dari jarak jauh. Fikiran dikumpulkan untuk maksud tertentu kemudian dikirimkan keorang yang dituju dan cepatnya melebihi kilat. Cipta tunggal - Consentrasi menggolongkan fikiran menjadi satu tujuan. Daya cipta manjurnya dari golongannya cipta. Cipta ada dua macam iaitu cipta jahat (black), putih (white): Bila memperbesar daya cipta, jangan sampai terkalahkan oleh cipta jahat, sebaiknya dibiasakan pada cipta utama atau suci. Belajarlah jangan memaksa diri, sebaiknya dilakukan sedikit demi sedikit, tetapi tidak bosan, semakin hari semakin diperkuat. Tak ubahnya seperti melatih konsentrasi iaitu pelajaran yang lalu dengan jalan bermacam-macam cara, seperti : 1. Biasakan sewktu bekerja fikiran hanya pada pekerjaan sahaja. 2. Sewaktu hendak tidur fikiran hanya pada tidur sahaja. 3. Mengerjakan sembahyang, pusatkanlah perhatian hanya sembahyang. 4. Sewaktu menghadapi pelajaran-pelajaran apapun fikiran pusatkan pada pelajaran tertentu, tak ubahnya orang membaca berita surat khabar yang dianggap hebat atau penting, atau membaca cerita roman meskipun keadaan sekeliling ramai tak digubris, cipta fikiran hanya tertuju satu tujuan dan sampai selesai. Kemudian ingat semua atau terkenang selamanya. Apa bezanya konsentrasi sampai sukar? Ini semua fakta kenyataan dijamin moden abad 20an dan beberapa contoh dari zaman dulu maka ilmu cipta itu sngat luas kegunaannya antara lain untuk : @ Penyembuhan dari jarak jauh sampai ke mana saja sejauh yang kena, sinar matahari atau bulan. @ Untuk sukses dalam usaha dagang / pekerjaan. @ Sukses dalam percintaan / pergaulan / persekolahan. @ Selamat dalam rumah tangga / perjalanan / bebas dari pencuri. @ Memohon rezeki dan keduniaan. @ Memanggil orang melarikan diri (hilang) dengan putergiling. @ Mengetahui kejadian sebelumnya. Pokoknya dapat untuk dipelbagaikan kepentingan, asal dengan tekun dan yakin (kemantapan) pasti Tuhan akan memberi petunjuk-petunjuk. Seperti orang yang bertapa kalau kemahuannya belum dimakbulkan dia akan tetap terus, dan seperti orang menjalani puasa mutih dlsb. Kalau belum berhasil tetap akan menjalani sampai betul-betul mendapat. PENYEMBUHAN DARI JARAK JAUH KEMPEN BERHENTI MEROKOK 110 Untuk melakukan penyembuhan-penyembuhan dari jarak jauh, terlebih dahulu badan jasmani bersihkan ada cara mandi keramas atau mengambil air sembahyang dan jauh sebelumnya sudah membersihkan atau mensucikan hati dan fikiran dengan cara-cara seperti dihalaman : 3, 4, 5 dan 6. Kemudian disediakan kamar yang hawanya bersih, tak ada orang lain jadi sendirian. Waktu yang baik adalah malam hari diantara jam 24.00 - jam 04.00 pagi. Umumnya waktu itu keadaan sepi hawanya sejuk dan orang dalam keadaan istirehat. Terlebih dahulu orang yang sakit dihubungi dan ditentukan jamnya kemudian pasien boleh dengan posisi berbaring, duduk atau yang cocok dengan kekuatan kondisi badannya. Anda duduk di kerusi atau bersila di atas tikar di lantai atau katil. Menghadaplah ke arah orang yang dimaksud. @ Pandang fotonya dekatkan lampu (templok, lilin) kalau tak ada fotonya cukup bayangkan wajahnya seolah-olah sudah dihadapan anda, kemudian pejamkan mata. @ Tarik nafas perlahan-lahan seolah-olah menarik ubat. @ Tahan selama mungkin (tak terbatas) selama menahan nafas, ciptakan yang kuat penuh konsentrasi seolah-olah orang yang dimaksud penyakitnya diusir dan timbul gambaran sembuh selamanya. @ Bila tak tahan, keluarkan perlahan-lahan dan ciptakan seolaholah anda mengirim mengusir dengan hembusan nafas, seolah sakitnya keluar. Mengerjakan ini berulang kali selama 30 minit dan diusahakan lebih setiap malamnya dan selama 7 hari lebih. Mengerjakan Telepati ini kalau belum pernah melihat wajahnya, boleh minta fotonya dahulu. Jika tak punya boleh dengan nama kecilnya, atau cukup memegang barang kepunyaannya misalnya : suratnya, pennya atau kasut. Peganglah terus pejamkan mata seperti langkah di atas dan serukan dalam batin : "SAYA MENGIRIM KEKUATAN KEPADAMU, MULAI SEKARANG PENYAKITMU DAPAT SEMBUH SELAMANYA DAN KAMU MENJADI SIHAT". Kata ini boleh sesuka hati anda kerana yang penting adalah jeritan permohonan hati anda sehingga menimbulkan kekuatan daya cipta luar biasa. Pengiriman batin ini sangat cepat bahkan melebihi kilat jalannya, maka TELEPATI - MENGIRIM BATIN. TELEFON - BERITA DENGAN KAWAT. TELEGRAM - MENGIRIM BERITA CEPAT LEWAT TELEPON DAN SURAT. TELEVISION - MENGIRIM GAMBAR dan lain sebagainya. UNTUK SUKSES USAHA DAGANG Waktu tengah malam seperti pelajaran di atas cara-caranya dan tempatnya, hanya cipta konsentrasi dibayangkan seolah-olah orang yang beli dagangannya banyak sekali atau buatlah waktu menarik nafas seolah-olah yang ditarik adalah orang yang akan membeli sehingga penuh. UNTUK SUKSES DALAM PERCINTAAN KEMPEN BERHENTI MEROKOK 111 Waktu tengah malam semua seperti pelajaran di atas, tetapi yang diciptakan adalah wajah orang yang dimaksud dibuatnya si dia terpikat dan menurut segala kemahuan tetapi awas jangan dibuat semena-mena enaknya sendiri, haruslah dibuat sesuai norma-norma kemanusiaan dan saling pengertian yang wajar. UNTUK SUKSES DALAM SEKOLAH Waktu tengah malam ... segala perhatian curahkan atau konsentrasikan hanya pada pelajaran sekolah supaya dapat di atasi atau dapat menyelesaikan dengan lancar dan bahkan dapat mengingat-ingat pelajaran yang telah lampau. UNTUK SELAMAT RUMAH TANGGA, BEBAS DARI PENCURI Waktu tengah malam ... setelah persiapan lengkap siap seperti pelajaran di atas yang harus disiapkan : @ Buatlah tulisan permohonan kepada Tuhan Yang Kuasa, misalnya : Ya Tuhan yang patut disembah oleh seluruh umat didunia ini dan hanya Tuhan yang menciptakan langit serta bumi seisinya ini, perbolehkanlah saya ini memohon sesuatu agar : rumah tangga saya dapat selamat, terhindar dari kecurian, kebakaran, rompakan, penyakit, semua jin syaitan, roh jahat, malapetaka sihir dan semua pekerjaan yang terkutuk oleh Tuhan. Saya mohon ya Tuhan agar diberi keselamatan, kalau ada pencuri tidak akan dapat keluar kalau belum bertemu saya dan lain seterusnya ... dibuat yang baik rangkap 5 (empat untuk sudut rumah atau perkarangan dan satu untuk dalam). @ Ambil jarum 7, benang 7 warna (masukkan setiap jarum satu) siapkan 4 kali, kerana untuk 4 sudut perkarangan atau rumah, panjang benang 28 cm setiap jarum satu. @ Bulat-bulatkanlah ikat jadi satu jarum tuju dan permohonan satu lembar, seraya bersela dan menghadap satu sudut timur laut misalnya kemudian ciptakan dan katakan dengan berseru dalam hati atau membaca permohonan selama lebih dari 15 minit. Kemudian segera bungkus dengan timah putih atau hitam (gerenjeng) dan masukkan dalam botol kecil tutup rapat dan beri tanda T.L - Timur laut. Buat lagi seperti langkah di atas dan diberi tanda TE - Tenggara. Buat lagi beri tanda B.D. - Barat Daya dan lagi B.L. - Barat Laut. @ malam selanjutnya antara jam 24.00 - 02.00 pagi bungkusan rajah atau tumbal tersebut tanamlah ditepi rumah / perkarangan kemudian masukkan botol isi tumbal sesuai dengan tanda misalnya botol T.L. ditanam di tempat Timur Laut, juga dengan berdoa dengan penuh keyakinan (usahakanlah jangan diketahui orang). UNTUK MEMANGGIL ORANG Waktu tengah malam ... menghadaplah ketempat orang yang dimaksudkan sebaiknya kawan tetangga yang terdekat yang tak pernah berkunjung ketempat anda ... yakinkan dan ciptakan wajah orang KEMPEN BERHENTI MEROKOK 112 tersebut serukan berulang kali agar dia seolah-olah sudah datang dan bertemu dengan anda atau ditemukan dengan orang yang minta tolong. Lakukan selama 15 minit lebih dan semakin lama akan lebih sempurna dan anda akan lebih beruntung dan dalam mengerjakan ini sedikitnya 7 malam atau sampai berhasil, jangan putus asa sebelum berjaya. PENGUBATAN Cara berikut ini ialah tentang pengubatan, baik untuk diri sendiri mahupun dipergunakan untuk memberikan pertolongan pada pihak lain yang memerlukannya. Cara melakukan: – Jika tubuh anda merasa sakit, maka dengan segera laksanakan sistem pengubatan diri sendiri ini dengan pertamanya melakukan sujud pada Tuhan. Tuhan akan senantiasa memberikan apa yang diminta oleh manusia apabila manusia mengadakan pendekatan denganNya. Demikian pula dengan diri anda pada saat melakukan permohonan hendaknya dengan secara hikmah sekali meminta sembuh serta terlepas dari penyakit yang menyerang diri itu. – Selesai melakukan sujud, aturlah konsentrasi penuh dengan melakukan pernafasan meditasi. Lakukan dua atau tiga kali ulangan. Dan setelah itu hirup pernafasan meditasi 6 kali, setiap hitungan dengan merasakan bahawa ini merupakan pembangkitan dari kekuatan yang anda miliki. Tekan menggunakan jari telunjuk atau ibu jari pada daerah tubuh yang sakit. Bersamaan ini keluarkan nafas selama 12 hitungan, yang bererti memfokuskan kekuatan sakti pada daerah yang menderita itu. Iringilah dengan saranan dalam batin agar rasa sakit tersebut hilang dan sembuh kembali. Ucapkan kata-kata sembuh sebanyak tiga kali dengan tekanan yang penuh keyakinan. Ulangilah beberapa kali dan sakit yang diderita itu akan beransur hilang. Jika belum sembuh seluruhnya dapatlah diulangi sebanyak 3 kali dalam sehari sampai sakit yang dideritai itu benar-benar lenyap. Jika penyembuhan yang dikehendaki itu adalah untuk pihak lain, caranya hampir sama, iaitu menekankan jari-jari tangan pada daerah yang sakit dari pihak lain itu. Selain daripada ucapan diri sendiri yang menyatakan sembuh sebanyak 3 kali, si pesakitpun diharapkan untuk mengikuti dengan kata-katanya sembuh sebanyak 3 kali pula. Di sini jika si penderita dapat yakin akan kemampuan yang anda miliki, biasanya dengan cepat ia akan sembuh. Jika ia kurang yakin akan usaha anda itu, apa yang anda kerjakan biasanya akan sia-sia saja. Occultisme, penyembuhan ini dapat juga dilaksanakan untuk pengubatan jarak jauh jika sistem pernafasan semua yang diajarkan dalam perguruan ini telah dikuasai sepenuhnya. Getaran melalui udara mempunyai kecepatan melebihi suara sebenarnya apabila dilakukan oleh seorang yang telah pakar, kerana tidak usah dihairankan apabila penyembuhan semacam ini banyak mengandungi kebenarannya. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 113 HIPNOTIS DIRI SENDIRI Ia merupakan suatu cara untuk memberikan saranan diri sendiri untuk memberikan kemajuan-kemajuan seperti yang anda inginkan. Misalnya agar diri anda berjaya, tidak mudah untuk menyerah, tidak mudah untuk berputus asa dan sebagainya. Penggunaannya luas sekali tergantung kepada apa yang diinginkan oleh seseorang. Cara melakukan: – Saat yang paling tepat untuk melakukan saranan ini adalah pada tengah malam saat seseorang akan tidur atau dapat juga dilakukan pada saat bangun tidur. Duduklah dengan sikap penuh kepercayaan diri, lakukan konsentrasi sepenuhnya dan aturlah ketenangan diri yang sebaik-baiknya. – Pejamkan mata dan bayangkan dengan secara jelas akan apa yang anda inginkan. Sebagai contoh, jika pada saat itu anda menginginkan untuk mencapai cita-cita dalam kuliah misalnya. Maka apa yang anda tujui itu harus jelas. Bayangkan pada saat itu anda sendiri telah mencapai pada tahap yang diinginkan. Beralih pula pada kelemahan-kelemahan diri anda saat itu dan apa saja yang kiranya merupakan penghalang selama ini untuk mencapai cita-cita itu. Akuilah dengan jujur sehingga gambaran itu adalah yang sebenar-benarnya. Anda sendiri yang mengetahuinya dan tidak ada pihak lain yang akan mengetahuinya. Buatlah pengakuan itu. Semua kesalahan itu harus dikikis habis sehingga lebih cepat lagi bagi anda untuk mencapai cita-cita yang telah ditetapkan selama ini. – Lakukan sujud pada Tuhan Yang Maha Esa untuk mendapatkan berkatnya. Jika yang anda cita-citakan ini dilakukan dengan baik serta jujur, nescaya akan diperkenankanNya. Tuhan Maha Adil dan Maha Penyayang. Itu harus anda percaya. – Tariklah nafas sesuai dengan yang ada pada meditasi ke 2, iaitu menarik dengan 10 hitungan. Rasakan bahawa semua kekuatan itu telah terkumpul di seluruh bahagian tubuh. Dan hembuskan dengan fokus untuk diberikan pada semua bahagian tubuh, terutama sekali untuk menguatkan kemahuan serta semangat yang anda miliki, dengan seirama pengeluaran nafas sebanyak 12 hitungan. Sarankan semangat, kemahuan yang kuat, keteguhan tujuan serta lain-lainnya yang diperlukan sebagai penunjang daripada cita-cita! Lakukan beberapa kali ulangan sehingga mantap. Terus lakukan selama beberapa hari berturut-turut. Dan lakukan pula apabila ada keperluan. Jika semua ini dilakukan dengan rutin pasti akan merupakan pengawal yang dapat dipercayai untuk mencapai kejayaan seperti anda inginkan. HIPNOTIS UNTUK ORANG LAIN Fungsi kerjanya hampir sama seperti yang dipraktikkan dalam dunia hipnotisme dan berguna untuk memberikan bantuan pemecahan masalah terhadap pihak lain. Ini akan membantu untuk membangkitkan kemampuannya yang tersembunyi yang dimilikinya sehingga mempunyai erti penting untuk memecahkan persoalan yang dihadapinya. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 114 Setiap manusia mempunyai kekuatan yang tersembunyi dan hanya pada waktu terdesak kekuatan itu timbul dengan sendirinya. Sebagai contoh yang sering terjadi adalah seseorang yang sedang akan dibunuh oleh pihak lain, ketika lari untuk menghindari terhadap bahaya yang mengancam jiwanya itu, maka secara tidak disedari membangkitkan kekuatan yang terpendam dalam dirinya, akibatnya ia mampu untuk lari secepat-cepatnya yang selama hidupnya belum pernah dicapainya, untuk meloncat pada tempat yang tinggipun ia akan mampu! Ini sebagai suatu contoh sederhana yang sering terjadi. Demikian pula untuk keperluan lainnya dapat dipergunakan cara-cara tertentu, misalnya dengan menggunakan cara yang terdapat pada hipnotisme. Anda selaku ahli yang menguasai pernafasan akan mampu melakukan tugas membangkitkan kekuatan dalam menghancurkan kesulitannya itu. Anda mampu untuk bertindak sebagai hipnoterapis dan memberikan kekuatan yang anda miliki untuk membantu orang lain atau sipenderita dalam kesulitannya. Sebagai modal utama adalah adanya penguasaan ilmu pernafasan sakti, iaitu adanya keyakinan diri sendiri yang nantinya akan membawa pengaruh secara langsung pada si pesakit sendiri. Jika anda yakin, maka iapun akan yakin dengan kemampuan yang anda miliki. Hubungan batin yang tercipta harus dipelihara sebaik-baiknya untuk mencapai hasil yang semaksima mungkin. Dan barulah perlaksanaan itu akan berjalan dengan sempurna. Demikianlah antara lain syaratan yang diinginkan dalam menciptakan perlaksanaan hipnotis ini. Anda selaku ahlinya harus berdiri dihadapannya dan persilakan ia duduk di hadapan anda. Tetapi sebelumnya anda harus mengetahui dengan secara jelas apa yang menjadi kesulitannya itu. Dan yang paling penting anda harus melakukan cipta yang kuat serta konsentrasi dalam perlaksanaan ini secara penuh. Perintahkan ia untuk memandang pada mata anda yang sebelah kiri dengan kedua matanya. Larang untuknya untuk mengalihkan pandangan matanya atau berkedip-kedip. Sampai kira-kira 2 atau 3 minit, akan terasa perubahan pada matanya untuk merasa letih, yang disebabkan pandangan yang dilakukan dan adanya desakan dalam batin yang anda salurkan, yang menyuruhnya untuk menuruti apa perintah anda. Perintah anda jelas menghendaki agar ia jatuh dalam suatu hipnotis (mengantuk hipnotis). Setelah itu perintahkan dirinya dengan segera memejamkan matanya. Pada umumnya ia kan menuruti akan perintah ini jika memang sebelumnya telah tertanam suatu kepercayaan pada dirinya. Pada saat ia telah memejamkan matanya, ia telah terlena dalam hipnotisnya, maka anda lakukanlah penarikan nafas dalam 6 hitungan dan diteruskan dengan pengeluaran nafas selama 12 hitungan. Penarikan nafas dimaksudkan untuk menarik atau mengumpulkan kekuatan dan dihembuskannya nafas selama 12 hitungan adalah untuk menyalurkan apa yang menjadi kekuatan anda untuk menembus batin serta bawah sedarnya. Sasaran yang paling tepat adalah diarahkan pada ubun-ubunnya. Mengenai jarak tidak ditentukan dan tidak usah terlampau dekat dengan ubun-ubunnya, bukankah melalui jarak satu kilometer pun jika anda telah menguasai ilmu pernafasan ini juga dapat disalurkan, apabila dalam jarak sedekat ini tentu tidak akan mengalami kesukaran untuk melakukan penembusan. Selesai anda melakukan penghembusan, maka di sini anda mulalah untuk melakukan saranan melalui kata-kata yang jelas dan berwibawa KEMPEN BERHENTI MEROKOK 115 untuk memberikan nasihat-nasihat yang diperlukan olehnya. Ini tergantung dari kesulitan yang dihadapinya. Misalnya ia menghadapi sesuatu kesulitan yang berhubungan dengan ujian yang bakal ditempuhnya, maka anda melakukan suatu saranan mental untuk membangkitkan semangat, kemahuannya dan lain-lain. Jika pada saat itu ia mengangguk-anggukkan kepalanya, bukan ini bererti ia hanya berpurapura saja, kerana bagaimanapun juga alasannya saranan yang anda tembuskan itu telah mengarah dan mengawal sesuai dengan apa yang menjadi tujuan anda. Ia jatuh dalam hipnotisnya. Sehingga apa-apa yang diterima dalam pembicaraan itu akan dapat diterimanya untuk diteruskan pada bawah sedarnya. Akan dilaksanakan dalam hari-hari selanjutnya seperti direncanakan dalam saranan yang diberikan. Setelah dirasa cukup, maka anda dapat menghitung sampai tiga dan mempersilakan ia untuk membuka kedua matanya kembali. Di dalam hal ini anda dapat memegang kedua bahunya untuk menyalurkan kekuatan tambahan agar apa yang menjadi keinginan anda dalam memberikan kekuatan itu akan mencapai hasil yang semaksima mungkin. Kekuatan yang disalurkan semacam ini biasanya akan memberikan bantuan yang besar terhadap masalah-masalah yang dihadapi orang lain. Dan anda ikut berjasa untuk memecahkan persoalan lain dengan modal kekuatan sakti yang terpendam dalam tubuh. Apa-apa yang anda miliki sudah selayaknya untuk diamalkan demi kebaikan dalam kehidupan masyarakat. Itu merupakan suatu perbuatan bijaksana dan andapun akan semakin naik darjatnya akibat sikap baik yang mampu anda salurkan. Masyarakat luas memerlukan keahlian khusus yang dapat membantu pada kesulitan-kesulitan yang tidak terduga. Kini saatnya bagi anda untuk melakukan kerja sama yang baik berkat kemampuan yang anda miliki. Dengan modal ilmu pernafasan ini, akan membuat seseorang untuk timbul kekuatan-kekuatan yang tersembunyi di dalam dirinya. Seperti diketahui, bahawa sejak dilahirkan ke alam ini, sebenarnya manusia telah dikurniakan oleh Nya suatu kekuatan dalam tubuh. Manusia sendiri sering ditunjukkan, ditambah dengan tanda-tanda keghaiban lainnya seperti, petunjuk getaran ghaib dan sebagainya yang pada umumnya masih belum dapat menimbulkan kekuatan pada manusia, dan biasanya hanya menimbulkan keinginan untuk tahu saja. Sampai akhirnya manusia dalam keadaan yang terdesak sekali barulah akan sampai pada keinginan untuk berkenalan dengan alam ghaib yang selama ini hanya didengarnya. Alam ghaib penuh dengan hal-hal yang ajaib yang semestinya boleh terjangkau dengan daya manusia. Manusia mampu untuk mengadakan kekuatan ghaib tersebut melalui kekuatan dirinya sendiri, kerana di dalam dirinya sudah tersedia dasar-dasarnya. Ia tinggal mengolahnya dan itu memerlukan bimbingan. Kini saatnyalah anda dapat menggunakan buku ini sebagai dasar untuk membangkitkan kekuatan yang tersembunyi. Ia tidak untuk meragu-ragukan kemampuan anda. Asalkan ada kemahuan, itu sudah merupakan modal yang dapat diharapkan untuk mengawal diri untuk mencapai tujuannya. Di sini akan dapat dijumpai hal-hal yang menakjubkan dalam keghaiban, dan yang terpenting lagi, dengan adanya latihan-latihan ini akan dapat membuat diri anda memperolehi kekuatan yang besar ertinya untuk meningkatkan kesihatan diri. Organ-organ pernafasan yang KEMPEN BERHENTI MEROKOK 116 sebelumnya masih belum menepati kedudukan atau fungsi yang sebenarnya akan diolah sedemikian rupa yang tidak menyalahi dengan keinginan alam dalam menciptakan cara pernafasan yang sedemikian lengkapnya dan untuk memberikan nilai kesihatan yang tinggi pada siapa saja yang mahu meluangkan waktunya untuk melatihnya. Ini merupakan suatu tawaran yang sangat menarik sekali. Siapa yang tidak ingin sihat dan dapat terhindar dari bermacam-macam penyakit yang selama ini membawa kekhuatiran pada manusia, seperti batuk kering, ashma, penyakit jantung dan sebagainya. Berapa banyak korban yang ditimbulkan oleh penyakit-penyakit hebat ini, yang walau pun ilmu kedoktoran telah mencapai kemajuan pesat, tetap setiap waktu membawa korban, terutama sekali pada mereka yang kurang mampu ekonominya. Disinilah secara nyata sekali, bahawa setiap manusia mempunyai kelemahan, kelemahan yang membawa ketakutan secara kejiwaan. Pada bab selanjutnya ini akan dijelaskan pula dasar-dasar yang sangat penting yang harus diciptakan untuk dapatnya tercapai suatu kemampuan secara sempurna dalam ilmu pernafasan ini. Semua ini mendasari dan tidak terlepas dari semua ilmu yang diajarkan dalam buku ini. Kami persilakan anda untuk menganalisa secara matang sehingga anda tidak akan menemui kegagalan-kegagalan dalam mepelajari ilmu pernafasan ini. PERNAFASAN DAYA TAHAN PENYAKIT Latihan yang satu ini sangat terkenal sekali yang sering sekali dipergunakan untuk pengubatan berbagai macam penyakit. Sifat penyembuhan yang selain tergantung dari sikap latihan, juga dibantu dengan adanya daya saranan yang disampaikan melalui kata-kata batin dengan penuh keyakinan. Dan bagi mereka yang sihat dipersilakan untuk melatih sikap ini untuk setiap hari dengan secara rutin agar dijauhi dari adanya serangan macam-macam penyakit. Mereka yang telah melakukan latihan ini untuk sebulan saja telah merasakan hasilnya yang nyata. Masuk angin, pitam, pening, susah buang air dan sebagainya yang sering menyerang orang akan dapat dijauhi dengan hanya melakukan latihan ini saja. Latihan ini pada zaman dahulu dihubungkan dengan sekaligus untuk meresapkan tenaga pancaran suria saat terbit untuk menarik banyak KEMPEN BERHENTI MEROKOK 117 sekali kekuatan yang dimanfaatkan oleh manusia. Maka untuk latihan ini anda dipersilakan untuk melakukannya pada pagi hari saat matahari sedang terbit. Latihan ini jika dianalisa lebih jauh memang akan meperkembangkan otot-otot pada organ pernafasan. Penahanan nafas sehingga meninggalkan udara pada paru-paru akan membuat darah menjadi lebih baik. Dan tidak itu saja, tetapi pada sistem penahanan nafas yang terjadi pada sikap ini juga akan memelihara susunan dari tata saraf di seluruh bahagian tubuh dengan lebih baik, bersifat mengumpulkan sisa-sia udara kotor yang dapat mengakibatkan penyakit untuk nantinya terhembus keluar dengan bersih dan macam-macam manfaat lainnya. Faedah-faedah yang besar juga diperoleh, seperti: – Mencegah seseorang memiliki pernafasan yang bau – Membuat kesegaran wajah menjadi terlebih jelas – Mencegah gangguan pada daerah perut – Menimbulkan semangat yang besar – Menimbulkan kesegaran pada bahagian-bahagian tubuh dan terutama sekali untuk menguatkan daya fikiran seseorang Bagi mereka yang melakukan latihan ini dengan secara rutin akan diberi kurnia tubuh yang ideal terutama sekali pada bahagian dadanya yang sempurna sedemikian rupa. Cara melakukan: – Berdiri tegak menghadap ke arah timur iaitu tempat matahari terbit. Jika latihan ini dilakukan tepat pada saat matahari terbit akan memberikan perasaan yang segar pada perasaan serta terbangkitnya semangat yang luar biasa sekali. Dan nantinya semangat ini sangat bererti sekali dan mendampingi anda selama sehari itu dalam kesegaran pada fikiran akan membuat kerja itu tidak terasa melelahkan serta akan menimbulkan banyak idea yang menguntungkan. – Sekali lagi dianjurkan pada anda untuk berusaha melakukan latihan ini pada saat matahari sedang terbit. Jika ini dapat anda lakukan berturutturut selama 40 hari dengan secara rutin, anda sendiri nanti yang akan memberikan jawapan serta merasakan bagaimana manfaat yang nyata dari latihan sikap ajaib ini. Nantinya akan dibekali dengan suatu semangat serta kemahuan yang tangguh. Tubuhpun akan selalu segar, terutama sekali pada bahagian wajah dengan memberikan penampilan yang mempesonakan. Bagi para muda-mudi, alangkah baiknya untuk memiliki wajah yang segar, kerana ini akan mendatangkan kebanggaaan yang tersendiri tentunya! – Dan biasanya pula bagi mereka yang memiliki pendengaran yang kurang akan dapat menarik manfaat untuk memperolehi kebaikannya, dan tidak lupa juga untuk mereka yang memiliki rabun jauh mahupun dekat akan dapat menahan penambahan kuasa cerminnya, dan bahkan dapat berkurang secara bertahap. – Setelah menghadap ke arah timur, kini anda dapat meletakkan kedua tangan untuk menempel pada sisi pinggang masing-masing. – Bersikaplah dengan gagah penuh kepercayaan diri ... KEMPEN BERHENTI MEROKOK 118 – Kemudian ambillah nafas yang panjang, sepanjang-panjangnya sehingga terasa sekali bahawa udara yang dihirup tersebut memenuhi organ pernafasan. – Tahanlah nafas pula dengan selama mungkin yang dapat anda lakukan sambil menjinjitkan jari-jari kaki. Pada saat ini anda lakukan saranan untuk menciptakan kesihatan yang tinggi pada seluruh bahagian tubuh dan jika memang anda mempunyai keinginan yang lain untuk mencipta dalam saranan tersebut dengan penuh keyakinan. Bayangkan apa yang menjadi keinginan anda itu dengan sedemikian jelasnya. – Dan akhirnya mengeluarkan nafas melaui mulut dengan kuat, semburkan dengan penuh perasaan, bahawa semua yang anda keluarkan itu adalah udara yang kotor dan demikian pula dengan sifat-sifat negatif yang anda miliki, sambil mengembalikan dalam keadaan biasa pula. Lakukan beberapa kali ulangan untuk memperolehi manfaat secara maksimum. Keterangan: Khusus untuk mereka yang sedang mengalami sakit, hendaknya terlebih dahulu membuka sujud pada Tuhan Yang Maha Esa dengan doa yang agak lama sebelum dimulakan latihan. Capailah pendekatan yang terasa pada mata batin. Jika semua itu telah selesai dilakukan, barulah melakukan urutan cara-cara seperti ditunjukkan di atas. Tetapi ada perbezaan yang harus diketahui pula, untuk ini hendaknya jangan melakukan permintaan untuk keperluan lainnya dalam saranan, kerana untuk mereka yang sedang sakit ini merupakan fokus yang benar-benar terarah. Setelah benar-benar penyakitnya telah hilang barulah lakukan tambahan saranan lainnya. Lakukan ulangan yang cukup banyak dalam sikap ini sehingga keringat akan keluar dengan deras. Semakin deras mengeluarkan keringat semakin baik, kerana itu dapat diertikan dengan keluarnya penyakit yang dideritanya. Pada saat selesai melakukan latihan ini, keringat yang keluar hendaknya jangan diusap dengan menggunakan saputangan atau tuala, sebaliknya dengan meggunakan jari-jari tangan saja yang membersihkan atau mengusap-ngusapnya sehingga keringat yang dikeluarkan tubuh mengering. Jangan langsung duduk setelah melakukan latihan ini. Minumlah air yang hangat dan jangan sekali-kali minum minuman dingin. Demikianlah huraian tentang sikap yang istimewa ini dan semoga pada hari-hari mendatang sikap ini akan memberikan faedah yang besar untuk anda sekeluarga. PERNAFASAN UNTUK KETEGUHAN JIWA Latihan ini selain untuk semakin memperteguh jiwa seseorang juga merupakan latihan keseimbangan kaki yang baik. Demikian pula dalam memberikan kemajuan tambahan untuk sikap-sikap lainnya. Tidak seberapa sukar dilakukannya, kerananya latihan ini dalam waktu yang singkat akan dapat dikuasai. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 119 Cara melakukan: – Berdiri di atas satu kaki, iaitu kaki kanan sehingga kaki kiri diangkat ke atas. Kedua tangan saling dirangkapkan pada jari-jarinya untuk kemudian ditempelkan di belakang kepala. – Kemudian tariklah pernafasan yang panjang sehingga terasa organ pernafasan menjadi penuh dengan udara yang disedut melalui hidung. Tahanlah nafas untuk waktu yang lama menurut kekampuan anda. – Dan akhirnya menghembuskan nafas yang panjang pula melalui mulut sambil menurunkan kaki kiri. – Disusul dengan mengangkat kaki kanan ke atas serta melakukan pernafasan seperti cara di atas. Demikianlah berganti-ganti kedua kaki dinaik dan diturunkan sehingga tubuh mengeluarkan keringat. Selesaikan latihan ini dengan pernafasan Wira Bakti sebagai penutupnya. Sikap di atas satu kaki berguna sekali untuk melatih keseimbangan dan sekaligus untuk mengumpulkan kekuatan dalam yang berfaedah sangat luas untuk kehidupan. Ini merupakan salah satu latihan kuno yang berguna untuk memberikan keteguhan jiwa, sehingga seseorang tidak akan mudah untuk goyah atau berputus asa saat menghadapi sesuatu kesulitan yang bagimanapun macamnya. Keoptimisan yang timbul akibat dari adanya kerutinan melakukan sikap ini memberikan keuntungan yang besar dalam hidup seseorang dan sekaligus ia juga akan membentuk suatu keanggunan dan pesona yang tersendiri! PENYEMBUHAN PERIBADI Betapapun anda cukup berhati-hati serta secara tekun memelihara kesihatan tubuh, mungkin saja pada suatu waktu mendapat serangan sesuatu penyakit. Nah, pada saat itulah anda dapat menggunakan kekuatan tenaga peribadi yang telah anda latih. Itu akan dapat memberikan bantuan yang tidak kecil ertinya untuk mengurangi dan bahkan untuk memberikan penyembuhan secara total dalam waktu yang singkat saja. Rahsia melakukannya ada dua cara, yang pertama adalah dengan melakukan sentuhan-sentuhan menggunakan jari-jari tangan dan cara yang kedua iaitu dengan membuat minuman dengan menggunakan kekuatan sebagai ubat yang mustajab. Penyaluran Penyembuhan Secara Langsung Penyaluran penyembuhan secara langsung ini adalah dengan menggunakan jari-jari tangan yang telah dialiri dengan kekuatan. Caranya: 1. Duduk bersila untuk melakukan suatu konsentrasi. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 120 2. Kedua mata dipejamkan dan letakkan jari-jari tangan yang telah dirangkapkan kebahagian pusat. 3. Lakukan teknik ilmu pernafasan yang terdapat pada latihan yang keempat. Setelah beberapa babak, kemudian dilanjutkan dengan teknik yang hampir sama, iaitu untuk melakukan pernafasan seperti semula, hanya di sini anda mulai menggunakan salah satu tangan yang dipergunakan untuk mengalirkan kekuatan pada bahagian tubuh yang sakit. Usap- usapkan atau melakukan picitan, dan pada saat melakukan penarikan nafas adalah untuk menarik kekuatan yang dimaksudkan untuk memasuki tubuh yang langsung ditujukan pada titik sakit. Terus-menerus anda melakukan itu sehingga sampai benar-benar dirasakan bahawa rasa sakit yang dideritai itu menjadi berkurangan. Dan ulangilah beberapa kali sehari dalam pelaksanaan penyembuhan ini sehingga sakit tersebut seluruhnya benar-benar lenyap. Dengan menggunakan aliran yang intensif pada bahagian yang sakit, anda dapat melenyapkan rasa sakit yang diderita dengan secara sempurna. Tiada bezanya dengan pada saat menghimpun tenaga secara biasa, kali inipun anda menggunakan kekuasaan diri dan rasa untuk menuntut kekuatan tersebut untuk melakukan penguatan dan pengusiran pada penyakit yang mendatang. Ini merupakan suatu cara alami klasik yang sejak pada masa lalu telah digunakan oleh nenek moyang kita... Di dalam penyembuhan ini, anda dapat menggunakan daya saranan niat peribadi untuk memberikan kekuatan tambahan. Antara lain anda dapat mengatakan: “Wahai penyakit, nyahlah engkau dari tubuhku berkat kekuatan yang kualirkan dan kuasa Allah Yang Pengasih dan Penyayang. Sembuh... sembuh... sembuh...!” Penyembuhan Menggunakan Minuman Fungsi daripada minuman yang telah dialiri dengan kekuatan sama dengan cara di atas. Tetapi apabila anda menggunakan kedua-duanya, akan semakin menambah potensi penyembuhannya... Cara membuatnya: 1. Menyediakan segelas air. 2. Duduk bersila dan kemudian memegang gelas dengan tangan kiri dan tangan lainnya dipergunakan untuk menutup mulut gelas. 3. Menjalankan ilmu pernafasan seperti dalam latihan yang keempat. Tarik tenaga sakti untuk mengalir pada air yang berada di gelas dengan melalui tangan kanan yang saat itu menutupi gelas, menahan nafas adalah dengan menggunakan rasa anda untuk memutar atau mengadun kekuatan yang telah dilahirkan dan berlangsung pemantapan ini sampai pada saat anda mengeluarkan nafas kembali. KEMPEN BERHENTI MEROKOK 121 Diulangi untuk beberapa babak lamanya sehingga nantinya air tersebut berubah menjadi suatu minuman yang benar-benar mustajab untuk menyembuhkan pada sakit yang anda deritai. Pada saat anda meminumnya, tidak boleh diminum begitu saja dengan secara sekaligus, melalui harus diminum dengan secara perlahan-lahan untuk memantapkan di dalam penyembuhan. Setelah itu, kemudian di dalam hati, anda mengucapkan otosaranan yang berbunyi: “Sembuh... sembuh... sembuh!” Dan dengan segera, anda akan merasakan kesegarannya serta berkurangnya rasa sakit yang anda deritai. Pengaliran kekuatan dapat terlaksana pada bahagian mana saja, tergantung si pelakunya untuk menggunakan kekuasaan dirinya di dalam menuntun “kemahuan” atau keinginan” yang diproses keaktifannya itu. Dan bahagian tangan khususnya mahupun kata-kata memegang peranan yang sedemikian besarnya di dalam bidang penyembuhan, baik penyembuhan yang diperuntukkan secara peribadi mahupun untuk pihak lain. MELATIH PENGARUH KEKUATAN MATA Pengaruh kekuatan mata mempunyai tingkatan utama di dalam kehidupan manusia. Dari pandangan mata seseorang akan dikagumi, dihormati, merasa simpatik, merasa kasihan, jatuh cinta, ditakuti, disegani dan bahkan juga sampai dibenci. Kerana itu sebenarnya penting sekali bagi seorang wanita untuk mengerti akan makna yang sebenarnya, dan terutama sekali adalah untuk dapat mengawal pada bahagian matanya untuk berbagai macam keperluan, tepatnya sebagai penyalur daripada tenaga getaran ghaib yang telah berhasil dihimpun. Pengaruh kecantikan melalui mata juga merupakan salah satu rahsia yang sekiranya tidak asing lagi bagi wanita pada umumnya. Tidak ada wanita yang tidak ingin agar dirinya tidak nampak cantik bukan? Caranya untuk melatih bermacam-macam. Di sini kami hanya menunjukkan dua macam cara saja berikut bagaimana menggunakannya dengan setepat-tepatnya. Cara yang pertama, iaitu dengan cara memandang pada daundaunan yang sedang terkena sinar matahari. Pandanglah dengan suatu pandangan yang tajam dan pertahankan jangan sampai mata berkedip. Memang disedari bahawasanya untuk anda yang baru pertama kali latihan akan mengalami kesulitan, iaitu dengan tidak tahannya pandangan mata pada suatu titik saja dan sebagai akibatnya tentu mata akan mengeluarkan air mata secara berlebihan. Tetapi dengan adanya kerutinan latihan, semua itu akan dapat teratasi dengan secara sempurna nantinya. Yang perlu dilakukan pula adalah pada saat melakukan latihan pandangan mata ini adalah dengan mengiringinya dengan pernafasan terarah tenaga getaran ghaib. Kelak apabila kombinasi ini telah dapat tercapai akan dapat dipergunakan untuk berbagai macam keperluan seperti akan dijelaskan nanti ... . KEMPEN BERHENTI MEROKOK 122 Waktu yang diperluakan untuk latihan ini adalah sekitar 5 minit untuk tahap-tahap pertama. Selanjutnya ditambah sehingga dapat mencapai sampai 15 minit lamanya. Cara yang kedua untuk latihan pandangan mata ini adalah dengan menyalakan api pada sebatang lilin. Dapat mengatur sendiri jarak antara lilin dan mata, yang jelas adalah diatur sampai pandangan mata tidak terlalu dekat ataupun terlalu jauh. Memandang pada nyala api untuk tahap pertama latihan dan ditingkatkan kelak setelah tercapai kesempurnaan dengan mengubah sedikit pandangan mata pada hujung nyala apinya. Untuk jangka waktu yang diperlukan adalah sama dengan cara yang pertama. Demikian pula untuk latihan cara yang kedua inipun kekuatan utamanya adalah mengiringinya dengan ilmu pernafasan seperti telah dijelaskan. Apabila anda telah berhasil melatih pandangan mata ini dengan secara rutin pada setiap harinya, maka dalam waktu 3 bulan saja sudah dapat dipetik hasilnya. Kini sinar mata anda telah mengalami perubahan dengan sedemikian manakjubkan; bukan orang lain saja yang dapat merasakan pengaruhnya, tetapi anda sendi5ri juga akan dapat merasakan perubahan ini. Jika pada waktu-waktu yang lalu anda seakanakan tidak berani untuk bertatap mata dengan orang lain, maka kini berbalik keadaannya. Tetapi di sini bukan bererti anda tidak dapat menguasainya, kerana segi penguasaan inilah yang terpenting. Jika dalam hati anda terbit suatu rasa yang gembira, maka pantulan sinar mata anda akan ikut mewakilinya. Dan sebagai akibatnya pihak lain yang merasakan juga akan timbul rasa senangnya pada diri anda. Kerana itu penting sekali untuk menciptakan rasa senang dihati, terutama sekali pada saat berhadap-hadapan dengan orang yang baru anda kenal atau dengan orang-orang yang biasanya melakukan hubungan pergaulan dengan diri anda. Dengan demikian secara nyata sekali akibat dari adanya getarangetaran ghaib yang terpancar melalui mata ini mempunyai segi keuntungan yang tidak kecil di dalam pergaulan dengan sesamanya. Selanjutnya sebagaimana halnya dengan kaum wanita yang senang dengan sikap dirinya yang manja. Ia dapat menyalurkan apa yang menjadi kehendaknya itu melalui pandangan sinar matanya yang telah terlatih dengan dikombinasikan sikapnya yang manja terhadap pasangannya, maka sebagai akibatnya kekasihnya akan menjadi tunduk dan menuruti apa yang menjadi keinginannya itu ... . Pada saat-saat menghadapi keadaan yang mencurigakan, misalnya di dalam bas kota, maka andapun dapat menyalurkan keteguhan hati serta ketabahan yang anda miliki dengan mengiringi dalam suatu pandangan mata dengan orang yang anda curigai sambil melakukan suatu niat yang mantap, misalnya: “AKU PERINTAHKAN KAMU JANGAN MENGGANGGU DIRIKU, KERANA KEKUATANKU SANGGUP MENGHANCURKAN NIATMU ITU ... .” Maka dengan seketika getaran-getaran ghaib yang telah terhimpun di dalam diri itu akan memancar keluar untuk terkirim pada sasarannya. Dan jika anda selama ini telah dapat menyimpan sejumlah kekuatan yang memadai, maka dengan seketika getaran-getaran ghaib tersebut akan melakukan kerjanya sesuai dengan apa yang diinginkan oleh batin anda. Di sinilah segi manfaatnya untuk dapat memiliki kekuatan ghaib yang KEMPEN BERHENTI MEROKOK 123 dimaksudkan. Dengan demikian marabahaya yang seharusnya terjadi akan menjadi buyar dengan sendirinya, kerana sipelakunya seakan-akan telah menjadi hilang niatannya untuk menciptakan kerugian terhadap diri anda. Hal ini meliputi secara luas untuk menghadapi bahaya-bahaya lainnya yang secara langsung berada dihadapan kita. Demikianlah tentang penggunaan mata dengan kekuatannya yang kini jelas mempunyai fungsi di dalam kehidupan anda ... . “MENCARI ROTAN DI GUNUNG DAIK BANYAK RINTANGAN BANYAK DUGANYA MANFAAT ILMU KEJALAN BAIK BANYAK PAHALA BESAR SYURGANYA TERLUKA JARI TERKENA PAHAT DAUN MARKISA PENGUBAT RASA PENYALAHAN ILMU KEJALAN JAHAT BANYAK BERDOSA PANAS NERAKANYA” SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA, Master Izham Nayan Pengarah Wira Bakti Kebangsaan KEMPEN BERHENTI MEROKOK 124


Pustaka

SPONSOR

Pustaka

Pustaka

68

FREE GAMES, 3D, THEMES, WALLPAPERS
XtGem Forum catalog